Chapter 46

15.2K 428 15
                                    


A/N: As y'all can see, I change the cover of this story 🤭. Anyways, enjoy and vote.

Setelah selesai makan malam bersama, mereka semua berkumpul di ruang tamu kecuali Putri yang sudah masuk ke bilik tidur untuk berehat. Penat. Putri masih lagi tak layan Syed. Dia nak merajuk sampai Syed betul-betul tahu dan fikir apa sebab dia merajuk. Biarkan. Hehe. Bukan selalu nak dapat pujukkan.

Kesemua mereka menyambung perbualan mereka yang tertangguh pada waktu petang tadi.

"Iyyad." panggil Syed perlahan kerana tidak mahu menganggu perbualan orang-orang tua yang sangat rancak itu. Dia juga mencubit paha Iyyad.

"Aduh! Sakitlah bongok!" marah Iyyad denngan tangannya tak henti-henti menggosok pahanya yang sakit dicubit Syed. Bisa betul tangan mamat ni. Macam kena sengat tebuan.

"Hekeleh! Banyak tu pun sakit. Jom kita duduk kat luar." ajak Syed.

"Ha ok. Jom. P lah dulu." suruh Iyyad.

Syed meminta diri dan keluar dahulu pergi ke pondok di luar rumah Nek Syaziah sebelum diikuti oleh Iyyad.

Suasana malam ini memang tenang. Dengan angin malam yang menyejukkan tubuhnya. Syed menarik nafas menikmati udara dan suasana malam di kampung Nek Syaziah. Lama sudah dia tak menikmati suasana kampung begini. Kadang rasa macam nak bina rumah dan tinggal di kampung. Village is better than a city.

Iyyad menepuk belakang tubuh Syed.

"Yow. Asal hang ajak aku duduk kat luaq. Ada benda nak cerita ka?" soal Iyyad mula menggunakan loghat kedahnya.

Kedua-dua lelaki itu mengambil tempat duduk di pondok bersebelahan.

"Ish kau ni! Kejap cakap KL kau-aku. Sekarang tukar hang-aku pula. Kesian bini kau nanti. Pening dengan kau!" marah Syed. Iyyad memang dari dulu lagi suka tukar-tukar loghat. Kejap KL, kadang Kedah dan kadang datang Kelantan ikut belah abahnya. Ikut suka hati dialah. Bila dia rasa nak cakap siam, dia cakap siam lah kut.

"Alah, macamlah hang taktau. Aku kan ada banyak mix. Itali, australia, american, kedah, kelantan dan arabia. Bini aku nanti kena berbangga ada suami mix-mix lagu aku ni." gurau Iyyad.

Syed mengguling kepala mendengar kata-kata Iyyad. Bab kelentong memang kemahiran si Iyyad.

"Lantak kau lah. Asalkan kau bahagia. Harap-harap kau dapat bini yang muda sikit ah! Boleh bini aku dapat kawan bila balik kampung kan! Kalau tua kang tak sekepala pula."

"Muda? Tapi aku nak lagi tua daripada aku! Dua tahun tua ke? Ok an?" soal Iyyad.

"Tua?! Nah. Ya allah kau berikanlah Iyyad ni dapat jodoh dengan perempuan muda. Umur 18 takpun 19." doa Syed.

"Woi! Hang ni kan. Aku humban hang dalam bendang nanti baru tau! Ada sepupu perangai kalah Abuja. Asyik nak pertikaikan aku."

Syed tergelak dengan kata-kata dan reaksi Iyyad. Apahal yang dia nak perempuan lebih tua do? Tak faham. Aku prefer muda dari tua. Tapi tak apalah lain orang, lain citarasa.

"So la ni hang nak sembang apa dengan aku ni?"

"Aku tau kau tak kahwin lagi kan! Tapi kau lebih berumur mungkin kau lagi berpengetahuan. Putri merajuk ah dengan aku. Kau tahulah aku, mana nak pandai pujuk-pujuk ni." cerita Syed. Buntu dah.

"Lah itu ja? Hang ni ada isteri dah takkan tak reti nak belajaq semua tu. Senang ja......Tapi an sebenaqnya aku pun taktau nak pujuk perempuan." Iyyad tersenyum malu. Yelah! Terus terang, dia tak pernah bercinta. Seperti yang Nek Syaziah kata, yang dia habiskan waktu hanyalah belajar. Itulah girlfriend dia.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now