Chapter 76

12.1K 400 16
                                    



"Kenapa dengan anak saya doktor? Bagaimana keadaan anak saya?" soal Puan Sri Siti Aisyah bimbang.

"Tenang Puan. Anak Puan dalam keadaan stabil. Tak ada yang memudaratkan cuma kami ada kesan cecair pil ecstasy dalam badan anak Puan yang menyebabkan dia khayal dan sakit kepala." jawab seorang doktor perempuan dalam lingkungan 30-an.

"Kalau macamtu kenapa anak saya boleh pengsan?" soal Tan Sri Syed Amran.

"Pil itu tak merbahaya. Cuma anak Tuan tidak boleh tahan dos yang terlalu tinggi atau mungkin dia mengambil pil itu terlalu banyak?" soal doktor itu.

"Tapi doktor pil ecstasy itu termasuk kategori dadah bukan? Anak saya tak ambil dadah!" mula kerisauaan terdengar dari suara Tan Sri Syed Amran.

"Umm, ya. Tapi kalau Tuan cakap dia tak ambil dadah saya tahu nak ulas bagaimana lagi. Mungkin kita tunggu pesakit sedar diri dahulu boleh Puan Tuan?" kata doktor itu lembut.

"Baiklah. Boleh kami masuk melawat?" soal Tan Sri Syed Amran.

"Ya, boleh. Tapi sekejap sahaja ya. Dia perlukan rehat." balas doktor wanita itu sebelum meminta diri untuk pergi.

Tan Sri Syed Amran dan Puan Sri Siti Aisyah masuk ke dalam bilik Syed untuk melihat keadaan anak mereka manakala Syed Aniq Muhaimin hanya menunggu di luar.

"Weh, Aniq! Pasaipa dengan Syed?" soal Iyyad termengah-mengah. Dia mendapat panggilan dari Tan Sri Syed Amran terus datang ke sini. Risau akan sepupunya itu.

"Doktor cakap dalam badan dia ada cecair ecstasy." beritahu Aniq melihat gerak-geri Iyyad yang mula mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Wait! Tu bukan cecair yang sama..."

Kata-kata Iyyad terus terhenti apabila melihat Aniq yang mengangguk laju.

"Yup. Sama."

"Damn!" balas Iyyad lalu mulutnya terus dipukul oleh Aniq kuat.

"Mencarut kau kan!" marah Aniq. Walaupun dia bukan budak yang baik tapi dia tak mainlah carut-mencarut ni. Memang dia masuk kelab dulu tapi bukan sekarang. Tapi waktu dulu bila dia masuk kelab pun untuk enjoy macam budak-budak muda dan tak pernah langsung dia sentuh air arak.

"Sorry hehe." senyum kambing ditayang oleh Iyyad. Terlepas pula tadi.

"So, macamana? Hang tak suspect apa-apa?" soal Iyyad.

"Come on not yet. Kita tak dengar lagi citer sebenar dari mulut Syed. Dia cakap Putri lari. Putri tu siapa?" soal Aniq.

"PUTRI LARI? Putri tu isteri dialah! Hang ni!" terkesima Iyyad mendengar kata-kata Aniq. Putri lari? Ke mana pulaklah. Adoi, lepas satu, satu masalah datang.

"Isteri dia? Dia dah kawin?" soal Aniq.

"Dah. Dah hampir setahun pun." balas Iyyad mula meregangkan ototnya.

"Oh." Aniq pun terkejut juga. Dia tak tahu pun. Malam tu yelah dia nampak seorang gadis dengan Syed. Tapi dia hanya ingatkan tu girlfriend Syed ke apa. Alih-alih isteri da.

"Agak-agak Putri pergi manalah. Risaulah." kata Iyyad.

"Kau risau lebih asal? Bukan bini kau!" sergah Aniq.

"Risaulah. Aku sebagai sepupu. Putri tu pun muda lagi tau. This year kalau sampai birthday dia baru masuk 20."

"Alaa, everything gonna be fine. It's okay." pujuk Aniq.

Tengah rancak mereka berdua berborak Tan Sri Syed Amran dan Puan Sri Siti Aisyah keluar dari bilik Syed manakala Encik Hazran dan Puan Maria pula mendekati mereka sekeluarga.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now