Jam tangan Putri sudah menunjukkan 8.45 P.M. Dia keluar dari bilik selepas selesai bersiap untuk keluar dan pergi ke suatu majlis dengan Syed. Entah ke majlis apa yang hendak Syed bawa dia. Kononnya Syed kata perlukan partner. Disebabkan nak iPhone kesayangannya semula, Putri kena akur dengan permintaan Syed."Tiga syarat lah sangat menyusahkan aku betul mamat ni tapi aku pun satu yang cuai sangat jatuhkan phone tu apesal hm ujian kena tabah." bebel Putri.
Keluar sahaja dari bilik dia melihat seorang lelaki yang lengkap berpakaian sut hitam dan seluar hitam. Gayanya seperti seorang putera dari kayangan.
Fuh makin hari aku jumpa dengan dia makin hensem mamat keret ni. Berdebar-debar jantung, desisnya dalam hati. Eh, Putri jangan cair, jangan cair.Manakala Syed juga tergamam dengan Putri kerana kelihatan lebih cantik, yelah selalu kan fesyen Putri sedikit seperti lelaki 'tomboyish' gitu. Gaun terletak di badan gadis itu yang seperti model dan makeup ala-ala korean yang tidak terlalu tebal menampakkan lagi natural beauty yang dimiliki oleh Putri.
"Cantik!" gumam Syed perlahan."Huh? Awak cakap apa?"
"Aku cakap apa? Mana ada. Kau yang terlebih dengar asal?" Syed menggulingkan bebola matanya.
Putri hanya menjeling lelaki itu. Geramnya dengan Mr Arrogant depan dirinya ini. Rasa macam nak siat-siat bagi makan dekat buaya. Bahasa yang dituturkan tak pernah indah. Cubalah cakap bebaik. Barulah orang suka.
"So, shall we go?" ajak Syed.
"Yes, let's go. But kita nak pergi majlis apeni? At least, bagilah tahu saya supaya sampai nanti saya tak keliru." tanya Putri dengan nada yang lembut berserta senyuman.
"Majlis pertunangan anak perempuan kawan lama daddy aku. Dia tak dapat hadir atas sebab kesihatan dia so aku ganti bagi pihak keluarga kitorang." balas Syed lalu beredar masuk ke dalam lif meninggalkan Putri. Sampai sahaja mereka di lobi Syed berkata kepada Putri.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...