"Awak dah siap?" soal Putri lembut menapak masuk ke dalam bilik Syed. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz king milik Syed itu."Jap!" kata Syed yang sedang membutang baju kemeja warna hitamnya itu berhadapan dengan cermin.
Mata Putri lama memerhati lelaki itu. Agak-agak bilalah nak bagitahu Syed pasal perasaan aku ni eah? Sampai bila aku nak sembunyikan. Tapi malu pun ada jugak. Haish.
Syed menyikat rambut hitamnya hingga rapi. Minyak wanginya di capai dan disemburkan ke tubuh sasanya. Dia melihat dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum matanya mula mendarat ke arah isterinya yang molek itu.
"And I'm done. Hensem tak?" soal Syed tetapi soalannya tidak berbalas kerana Putri masih lagi sibuk menatapi Syed.
Syed berdehem kuat mendapatkan perhatian dari Putri.
"Hensem sangat ke aku sampai nak terbeliak mata kau tengok aku." tutur Syed sambil tangannya mencapai dompetnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang dipakainya itu.
Putri menjeling Syed lantas terus bangun dari katil itu.
"Dah jom. Nanti kita lambat pulak nak jumpa dorang." bicara Putri.
"Baiklah. Jom." Syed menutup lampu biliknya lalu mengikuti Putri keluar dari rumah.
Mereka berdua memasuki perut kereta dan Syed mula memandu keluar dari perkarangan rumah.
"Kau memang takde lesen kereta? Tak nak gi amik ke?" soal Syed.
"Tak. Taknak. Saya takutlah nak bawak kereta." jawab Putri ringkas.
"Bawak kereta pun takut? Kau ni. Ape bendalah." kutuk Syed perlahan. Tetapi Putri jelas boleh mendengarnya. Paha milik Syed menjadi sasaran cubitan kuat oleh Putri.
Syed mengerang kesakitan.
"Padan muka awak!"
"Muka mana boleh padam. Kau tak belajar ke? Ke kau ponteng je waktu sekolah."
"Ehhh mana adalah." kata Putri. Tetapi macam biasalah. Reaksi milik Putri memang tak boleh menipu. Fail.
"Ish ish. Kau ni asyik ponteng je kan. Boleh tahan jahat kau ni. Konon cakap papa dan mama kau overprotective itu ini. Tapi kau buat kerja belakang dorang."
"Alah! Bukan selalu pun. Benda-benda jahat macamtulah yang kita akan ingat bila dah besar. Kalau benda-benda baik ni membosankan."
🌹🌹🌹
"Iyyad!" sapa Saiful teruja melihat wajah yang sudah lama tidak dijumpainya.
"Yow bross. Lama gila tak jumpa hampa." sapa Iyyad semula.
"Eh duduk ah." suruh Alvin tersenyum lebar kepada Iyyad.
Iyyad mengambil tempat duduk di sebelah Alvin.
"Hampa macam mana? Sihat?" soal Iyyad kepada ketiga lelaki itu.
"Alhamdulilah sihat." jawab Saiful.
"I'm very fine laa. Iyyad kau amacam? Dah cari calon isteri belum?" *fyi, Alvin is chinese and bkn mualaf*
"Amboi kau Alvin! Terus masuk soalan cepumas hah?" Hanif bersuara mendapatkan gelakkan dari Alvin dan Iyyad.
"Aku belum..."
Ayat Iyyad tergantung dengan bunyian telefon pintar milik Saiful Azreen. Saiful menyeluk dan mengambil telefon pintarnya dari poket. Nama yang terpapar di skrin telefon pintarnya membuatkan senyuman dibibirnya laju terukir. Laju tangannya menoreh skrin itu dan menjawab panggilan itu.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...