Epilogue

20.5K 538 54
                                    



Lima tahun kemudian

"Here the criminal comes, Mr Officer. Warghhh." Syed berlari mengejar figura kecil dihadapannya.

"Stay there! Don't move." suara kecil itu mengarah Syed.

"Piu..piu..piu." figura kecil itu bersembunyi dibelakang sofa selepas menembak dengan pistol mainannya.

"Argh." Syed memegang dadanya berlakon seolah-olah dia ditembak.

Figura kecil itu mengintai Syed lalu perlahan-lahan diangkat dan dilambung oleh Syed.

"Arghh, ibu tolong! Penjahat tangkap Aqish!" jerit figura kecil itu. Tawaan kecil terlepas dari mulutnya apabila Syed sekali lagi melambungnya.

"Ish, ish dari tadi tak habis-habis lagi main. Sudah-sudah! Tengok ruang tamu ni. Dah macam kandang kambing. Bantal dan mainan bersepah. Televisyen biar terbuka padahal tak tengok pun. Balang kuih tu dah makan tak reti nak pergi simpan dekat dapur semula. Tu, haa buku-buku warna tu biar atas lantai." Putri keluar dari dapur sambil mengikat rambutnya membuat ponytail, matanya tajam memandang suami dan anak lelaki sulungnya yang sudah genap empat tahun minggu lepas.

"Ala, ibu ni! Janganlah marah-marah. Tak baik tau, kesian dekat Baba dengan Aqish." Syed Aqish Haiqal mendekati Putri dan menunjukkan wajah kesian. Walaupun baru sahaja genap empat tahun, putera pertama kesayangan Syed Aqil Mikhael dan Putri Emylia Irdina ini sangat lancar lagi fasih percakapannya.

"Pandailah, Aqish! Asyik nak kesian dekat korang berdua je, siapa nak kesiankan ibu?" Putri sempat mengusap kepala anaknya sebelum pergi mengutip bantal-bantal dan di susun semula di atas sofa.

"Cepat kemas, boys! Or else no lunch for you two." kata Putri membuatkan dua kaum adam tersebut laju sahaja mengutip mainan-mainan yang berselarak dilantai.

"Sayang ni, apa-apa sikit no food. Tak acilah." Syed mencebik sambil mengutip pistol-pistol mainan milik Syed Aqish Haiqal.

"Betul tu, Baba. Ibu asyik-asyik ugut kita tak nak bagi makanan. Mana aci." Aqish laju sahaja menyokong Syed. Bapak borek, anak rintik. Like father, like son.

"Aci dekat India." Putri menjelir lidah kepada suami dan anaknya setelah selesai mengemaskan bantal-bantal. Laju sahaja Syed dan Aqish menarik muka muncung. Selalu sangat kalah dengan Putri. Well, perempuan kan selalu menang.

Syed dan Aqish meletakkan semua mainan-mainan ke dalam kotak kayu berbentuk segi empat tempat. Kotak kayu tersebut disediakan buat simpanan mainan Aqish yang sememangnya menggunung. Syed dan Putri memang sangat manjakan Aqish, tambahan pula Aqish anak mereka yang sulung.

"Aqish, amik remote pergi tutup TV." suruh Putri.

"Yes, ma'am!" Aqish salute kepada Putri.

"Abang kutip balang-balang kuih tu pergi ke dapur." suruh Putri kepada suaminya pula.

"Yes, ma'am!" Syed juga turut salute kepada Putri sama seperti Aqish.

Barulah tenang mata Putri melihat ruang tamunya yang kembali bersih dan kemas. Haih, hari-hari rumahnya ibarat perang dunia ketiga. Bunyi pistol sana sini. Kejap pom, pom, pom. Kejap piu, piu, piu. Kejap bom pula. Lepastu dengar bunyi ambulans dan polis datang. Nino nino nino. Assobarru minal iman jelah dengan Syed dan Aqish.

Putri duduk di atas sofa dan mengeluh kecil. Panas, dia baru sahaja lepas memasak untuk tengahari. Itu yang agak penat. Ingat jadi suri rumah ni goyang kaki masuk duit ke?

Syed mendekati sofa yang diduduki oleh Putri, dia melabuhkan punggungnya disebelah kanan Putri. Syed Aqish Haiqal pula berlari dan mengambil tempat duduk disebelah kiri Putri. Dia memeluk lengan Putri erat.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now