Chapter 39: Marah ke cemburu?

14.2K 415 9
                                    



Syed berdehem kecil lalu mematikan hubungan matanya bersama Putri dan memandang ke arah Melissa. "Yeah, sure. We work together to let the students achieve their dreams." balas Syed dengan senyuman kepada Melissa.

Putri hanya melihat dengan wajah yang tenang sahaja. Tetapi tiada siapa yang tahu hatinya sedang menjerit-jerit kemarahan.

'WHAT! Dia terima macam tu sahaja. What is he trying to do? Senyum-senyum pun perlu ke? Haritu cakap benci sangat dekat perempuan ty masa dekat LA. Arghh! Kenapa geram sangat ni? Work together konon. Bukannya ada kena mengena pun multimedia dengan english language. Tak perlu pun nak berkerjasama. Aieee, geramnya. Fuh, relaxs Putri.' Putri bermonolong seorang diri dengan kedua-dua tangannya digenggam kuat lalu menarik nafas, hembus, tarik nafas dan hembus.

"Oh, how sweet of you Syed. I juga harap you boleh tunjuk ajar mengenai cara nak mengajar dan menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus dan semua okay. I baru first time nak jadi lecturer so I tak berpengelaman lagi. Heee." kata Melissa dengan suara manja. Bibirnya yang merah menyala itu sengaja dikoyakkan senyuman goda.

Tetapi suara manjanya itu membuatkan semua pelajar menyampah lagi ada. Waktu pertama kali Melissa masuk pelajar-pelajar lelaki ada jugalah tertarik dengan kecantikan Melissa tapi lepas melihat karakter Melissa yang seakan-akan gedik dan terdesak nakkan perhatian jadi mereka macam fikir dua tiga kali jugalah. Seorang gadis berdehem.

"Miss Lisa, saya rasa kalau miss perlukan tunjuk ajar cara untuk nak mengajar dengan betul atau lebih bagus. Miss boleh cari lecturer yang lain dan lebih berpengelaman lagi dari Mr Syed. Isn't it?" Farhana bersuara dengan lembut menyebabkan semua mata melihat dirinya. Ew, sengaja nak goda suami kawan akulah tu! Baru hari pertama, berlembut dahulu. Lek!

"Yaa, betul. Saya rasa saya pun setuju dengan apa yang Farhana cakapkan. Miss Lisa boleh cari Puan Rahimah yang sudah bertahun-tahun mengajar di sini, lebih berpengalaman bukan? Mr Syed baru sahaja pindah dan belum sampai setahun dia mengajar di sini. So, saya rasa lebih baik kalau miss cari lecturer yang lebih lama disini kan?" Adiba menyokong kata-kata Farhana.

Adiba cuba untuk menolong Putri kerana dia tahu di sudut hati Putri mesti bencikan Melissa. Dia yang tak ada hubungan apa-apa dengan Syed pun berbulu biji mata melihat inikan pula Putri yang berstatus isteri pada Syed mestilah lagi berbulu. Jadi, apa salahnya nak tolong kan. Dia pun dah boleh move on dari Syed sebab macam tak ada chance je. Buat apa nak buang masa lagi.

Tetapi apa yang dia cuba buat ini, Putri tidak tahu lagi. Jadi, Putri mengagak yang Adiba buat mesti nak lindungi Syed. Hm, Adiba dengan Melissa dua-dua nakkan suaminya. Apalah yang akan berlaku agaknya? Susah ada suami kacak dan bergaya ni pun.

Mendengar kata-kata Farhana dan Adiba. Melissa agak terkesima. Pada mulanya dia seperti hilang kata-kata tetapi kemudian senyuman diukirkan dan menjawab kata-kata kedua-dua gadis itu.

"Oh, thank you sebab ambil berat mengenai I. Yes, apa yang you berdua cakap memang betul tapi I rasa I tetap nak Syed yang ajarkan I semua tu sebab I memang dah selesa dengan Syed. Kitorang kenal dari zaman universiti lagi. Even dating." balas Melissa.

Kata-kata itu membuatkan semua pelajar mula berbisik-bisik di antara mereka. Manakala kawan-kawan Putri semuanya melihat ke arah Putri. Tetapi Putri buat endah tak endah sehinggakan Syed membalas sesuatu kepada Melissa.

"Enough with the chit-chat students. Yes, Melissa I will work with you and help you and now may go. My lesson is not over yet so I would love to continue it back." balas Syed dengan selamba tanpa memikirkan perasaan Putri.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now