"Haaa, turun dah hampa berdua. Mai kita makan. Iyyad ni kalut dok lapaq dah." ajak Nek Syaziah selepas melihat pasangan itu masuk ke ruangan dapur. Syed dan Putri mengambil tempat duduk bersebelahan.Nasi semua sudah dicedokkan. Tinggal pilih lauk dan makan. Tangan Putri bermain-main dengan nasi putih itu. Masih belum diletak lauk. Rasa bersalah menghantui Putri. Dia tak turun tolong kut, lepastu turun makan je. Rasa macam anak menantu pemalas je.
Syed melihat isterinya yang leka termenung. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Putri dan berbisik.
"Oih, kau ni makanlah. Haritu nak bercinta dengan baju kau. Sekarang dengan nasi pulak ke? Taste kau pelik-peliklah. Aku punyalah hensem. Benda lain juga kau pilih." bisik Syed sengaja menyakat. Dia tahu yang Putri rasa bersalah. Jadi tak salah dia nak ceriakan Putri kan?
Putri tersenyum kecil mendengar bisikkan Syed. Lalu tangan kirinya mencubit sisi pinggang Syed. Tangan je kecil tapi cubitan berbisa membuatkan Syed terjerit kecil.
"Ahhh, sakit." jerit Syed membuatkan kesemua orang di meja makan itu menoleh melihatnya pelik.
"Padan muka." sempat Putri berbisik sebelum mula mencedok ayam masak kicap ke dalam pinggannya.
"Kenapa Syed?" soal Puan Sri Siti Aisyah.
"Uh-uhh semut berkepala hitam gigit Syed kut. Sakit. Nanti Syed cari dan lenyek-lenyek dia." kata Syed tersenyum sinis kepada Putri.
"Macam-macam hang ni." Nek Syaziah bersuara sebelum meneguk air kosong.
Syed hanya tersenyum malu menundukkan kepalanya dan terus makan.
"Awak, saya seganlah nak makan. Coverlah something untuk saya." bisik Putri.
"Kau coverlah sendiri."
"Taknak. Saya tak pandai menipu." terus-terang Putri cakap.
"Yela." balas Syed mendapat senyuman dari Putri.
"Sedap ayam masak kicap ni. Lama dah tak rasa air tangan tok mummy. Lagi satu maaf kalau Putri tak turun tolong tadi. Syed umm suruh Putri umm.. urutkan belakang Syed tadi. Lenguh." Syed selamba memberitahu. Walaupun sedikit tergagap nak memikirkan alasan.
"Hmm, kalau macamtu hang rajin-rajinlah balik sini dengan Putri. Hari-hari tok mummy boleh masakkan. Allah, takyah turun pun takpa. Rehat. Hampa baru ja sampai. Apa tuh orang puteh kata jet-luck? Jet-lap?" Nek Syaziah berkata mendapat gelakkan dari mereka semua.
"Jet-lagged emak." beritahu Encik Hazran dalam keketawaan.
"Lenguh lagi ka belakang hang? Satgi mai tok mummy urutkan."
"Eh! Takpa tok mummy Putri urut tadi dah okay." Syed laju mempertahankan diri. Kalau kena urut dengan Nek Syaziah. Fuh, menjerit dia nanti. Tangan apa pun aku taktau. Sakit do.
"Lenguh. Urut belakang oooooooo. Nice position on how to massage by the way." Iyyad tiba-tiba bersuara selepas mendengar penipuan Syed.
Putri langsung tak berani nak panggung kepalanya jadi dia hanya tertunduk dan terus makan.
Syed mengeluh kecil. Dah agak dah. Malas betullah aku nak layan Iyyad ni.
"Kenapa Iyyad kata macam itu?" soal Tan Sri Syed Amran.
"Oh! Takdak apa pon. Cuma tu lah. Kalau Iyyad tak terjah masuk tadi agak-agaknya uncle dah boleh timang cu......"
Belum Iyyad nak habiskan ayatnya. Syed cepat-cepat bisik kepada Putri supaya ikut dia ketawa membatalkan ayat Iyyad. Mereka berdua ketawa seperti Iyyad bergurau.
YOU ARE READING
That Mr Arrogant Is My Husband! ✅
Romance[ COMPLETED ] "Awak?" "Kau?" Serentak gadis dan lelaki itu bersuara menyebabkan orang tua mereka terdiam dari perbualan. "Eh, awak buat apa di sini?" garang gadis itu bertanya. "Aku pun nak tanya soalan yang sama untuk kau!" balas lelaki itu sinis...