Sebuah keluarga daripada Top 5 richest family in the world tinggal di Malaysia. Identiti anak-anak mereka yang berumur kurang 18 tahun perlu dirahsiakan atas dasar keselamatan. Tengku Syahananisa atau Anna ialah anak kedua kepada Tengku Ariff dan Sharifah Marjan. Cantik, comel, cute, bijak, dan semualah 😂. Umurnya baru saja mencecah 17 tahun, Anna tahu yang identitinya tidak boleh didedahkan, gelaran tengku juga tidak ditulis atas sebarang kertas rasmi mahupun kertas berkaitan pendidikan di sekolah. Penduduk yang tinggal di kawasan kediaman mereka mengenali keluarga ini dan sangat menghormati mereka. Penduduk di kawasan ini juga kaya tetapi kekayaan yang dimiliki mereka amatlah tidak setanding dengan kekayaan keluarga Tengku Ariff. Namun begitu nama Tengku Syahanisa tidak dikenali penduduk kawasan ini kecuali nama abangnya iaitu yang akan menjadi pewaris syarikat QE Holding, Tengku Rayyan Al-Fath.
p/s: Tengku Rayyan memang abang kandung Anna so, jangan fikir bukan- bukan. Chempaka High School adalah tempat Anna bersekolah and today, Anna perlu balik ke hostel selepas cuti hujung minggu.
................✨.............✨............✨..............
-Anna's room-
"Anna! bangun, dah pukul 3 petang ni. Anna belum solat lagi kan?Bangun cepat, lepas ni dah nak balik hostel kan,"kata Sharifah Marjan kepada anak perempuan kesayangannya.
Anna perlahan-lahan mengangkat mukanya yang tadi dititupi oleh comforter yang selesa di dalam bilik yang berpenghawa dingin itu. Sharifah Marjan bangun daripada katil Anna dan terus ke pintu bilik.
"Kalau kamu lewat bukan salah umi, umi dah kejut. Kamu yang malas nak bangun," pesannya lalu keluar dari bilik itu.
Anna bangun dan duduk di birai katilnya. Dia melihat jam yang berada di atas meja menunjukkan 3.45 petang.
'Alamak! dah lewat ni,'
Kaki yang tadinya malas bergerak terus menapak laju ke bilik mandi.
.............😝.............😝..............😝...........
Sharifah Marjan yang sedang menuruni anak tangga terserempak dengan anak sulungnya.
"Ian,kamu ni dari mana? Umi tengok macam baru lepas kena kejar dengan penjahat,"
Rayyan memberhentikan langkahnya yang ingin ke peti ais dan kembali berdiri di hadapan uminya.
"Tadi time otw nak masuk kawasan perumahan ni, kat taman tempat Ian selalu joging ada 3 bulldogs kejar Ian. Ian pun lari la. Takkan nak tercegat kat situ. Tak pasal-pasal kena sertu baju yang Ian pakai,"
"Eh, hari ni tak kerja ke? Ian pergi mana tadi?"
"Jumpa kawan lah umi, Ian pergi dapur dulu. Dahaga," kata Rayyan sambil berjalan ke arah peti ais.
Sharifah Marjan menyuruh housemaid mereka untuk menyediakan minum petang di taman yang berada di belakang rumah mereka.
💙...........................💙...........................💙
Setelah selesai mandi, Anna menukar baju yang sesuai untuk pulang ke hostel di Cempaka High School di dalam walk-in wardrobenya.
Besar? kata ayahanda Anna
'that's just a standard wardrobe for us, kalau house kita yg kat oversea tu pun ayahanda dah besarkan lagi.. kamu pun bukan budak kecik lagi, umi kamu lagi satu, suka shopping. Setiap tahun ayahanda kena upgrade wardrobe dia😑'
THANKS FOR READING✨
Don't forget to comment and vote. Lot's of love. Have a great day💕
YOU ARE READING
Awak?!
Romance"kak, budak perempuan yang tadi selalu ke datang sini ?" "iye dik, kak ingat dia sebab dia selalu pakai pakaian yang ada warna skyblue. kak dan pekerja lain pun dah kenal dia," siapakah gerangan yang bertanya itu "heishh... mane pulak pergi Syu ni...