Selesai mandi, Anna mendirikan solat Zuhur dan jam ketika itu menunjukkan 4.10 petang.
"Alhamdulillah, nasib baik aku tak terlepas solat zuhur. Biar lewat janji buat. hehehe," kata Anna sambil melipat telekung yang dibeli di Mekah.
"Dah bangun puteri gunung kayu, ingatkan dah syahid tadi," sindir Rayyan yang berada di pintu sambil memegang sebotol air sejuk.
"elehh, Ian pun same jer. Btw sape yang hantar Anna hari ni? Driver ke Ian?"
"Biar Ian yang hantar, lagipun Ian nak keluar jap lagi,"
"ok, nanti siap-siap pukul 5.30 petang dah nak gerak. dah keluar,keluar. Anna nak kemas baju dan kemas bilik ni,"kata Anna sambil menolak abangnya keluar dan menutup pintu
"eh budak ni. Nasib aku offer hantar je. Mengarah pula,"perli Rayyan di depan bilik Anna.
......................................................................
"Puan, minum petang dah ready. Biar saya panggilakan cik Anna dan tuan Rayyan,"beritahu housemaid kepada Sharifah Marjan.
Sharifah Marjan yang sedang meluangkan masa dengan sepasang kembarnya, Isyraf dan Insyirah mengangguk dan membawa mereka ke taman yang berada di belakang rumah untuk minum petang. Housemaid memberitahu Anna dan Rayyan untuk turun menyertai Sharifah Marjan dan kembar untuk minum petang. Setelah 10 minit berlalu, mereka pun datang.
"Ingatkan tak nak turun tadi,"kata sharifah Marjan
"Ian nak je turun tapi mak cik sebelah ni suruh tunggu dia," balas Rayyan sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Maaf umi,tadi Anna kemas barangan Anna untuk balik hostel. Plus, Anna tak nak kena marah sorang," Anna buat-buat cute sambil mengangkat peace.✌
Rayyan malas nak layan sebab sudah terbiasa. Mereka sekeluarga kecuali ayahanda mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual.
Selesai minum petang,Anna ke bilik untuk solat Asar. Tepat jam 5.25 petang, Rayyan sudah berdiri di hadapan pintu rumah sambil memegang Iphonenya.
"Anna! Dah pukul 5.30 ni,kata tepat. Cepatla turun nanti jalan jammed,"
"Alaa, baru pukul 5.28, 2 minit lagi..chill lerr," balas Anna sambil menuruni anak tangga
"Beg mana?"
"Dan suruh housemaid letak dalam bonet. Jom gerak!"
......................................................................
Di rumah dipanggil Anna tapi kalau di sekolah guru-guru dan rakannya memanggil Nisa. Anna ni agakla popular mungkin disebabkan wajah yang cute,kulit putih kemerah-merahan, tinggi lebih kurang 165cm serta aktif dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
"Anna, kau datang dengan sape tadi? Handsome giler, dahla pakai shades hitam,perghh,"kata Syuhada a.k.a Syu, bestfriend Anna. Hanya dia yang panggil Anna.
"eh eh, kau rabun ke. Tu abang aku, semua kata handsome bagi aku tak pun. Btw, kau dah siap homework lastime?"kata Anna sambil memasang cadar katilnya.
"Memang la kau rasa macam tu sebab tu abang kau! kau nihh... Homework yang Madam Xandra bagi tu ke? Kalau yang tu aku dah siap. Kenape?"
"Hehe, ada soalan yang aku tak dapat jawapan. Nanti aku nak copy kau,"
Selepas solat Isya', Anna dan Syu bersiap untuk study di kelas. Tak fokus katanya kalau study kat dorm. Dalam perjalanan, mereka berbual-bual.
"weh, kau kenal tak ig the white mask guy(TWMG). Last time dia ada update nak datang sekolah kita. Maigodd excited aku!!"
"Ig yang ada 1.6m followers tu ke?Tak hairan lah kalau orang macam dia nak datang sekolah kita. Kalau kau stalk dia memang nampak la yang dia ada banyak free time,"
Tanpa mereka sedari, ada seseorang sedang mengekori mereka. Anna rasa diperhatikan tapi dia biarkan.
"Cik muda, nampaknya dia bersekolah di Chempaka High School. Tapi cik muda rasa betul ke yang cik muda jumpa? Baiklah saya akan terus kumpul maklumat," end call.
THANKS FOR READING✨
Don't forget to comment and vote. Lot's of love. Have a great day
💞💞💞
YOU ARE READING
Awak?!
Romance"kak, budak perempuan yang tadi selalu ke datang sini ?" "iye dik, kak ingat dia sebab dia selalu pakai pakaian yang ada warna skyblue. kak dan pekerja lain pun dah kenal dia," siapakah gerangan yang bertanya itu "heishh... mane pulak pergi Syu ni...