01 (New)

1.1K 59 11
                                    

Seomin memandang wajah anaknya yang baru sahaja dia lahirkan. Keringat yang masih berbaki di wajahnya tidak diendahkan sebaliknya dia tersenyum melihat kecomelan wajah bayi di dalam dakapannya itu.

Air matanya terus mengalir. Hatinya menjadi sebak. Bayi inilah yang dia pernah ada niat untuk gugurkan.

"Maafkan mama sayang... Maafkan mama..." Ucapnya berkali-kali. Wajah bayi itu diciumnya lembut. Dia betul-betul rasa bersalah dengan sikapnya yang hampir membunuh bayi comel ini.

"Seomin.."

Seomin mengangkat mukanya tatkala namanya dipanggil oleh ibunya. Wajah Puan Jeon kelihatan serba salah.

"Ya ibu?"

"Taehyung..dia okey?" Soalan ibunya membuatkan wajah Seomin lebih kelihatan sayu. Seomin mengangguk lemah.

"Dia terima kami berdua."

"Syukurlah." Puan Jeon kembali tersenyum. "Tapi kenapa kamu nampak sedih? Bukan ke ini yang kamu nak?"

"Ibu sendiri tahu yang ini bukan anak dia. Bayangkan apa yang dia boleh buat dekat anak Seomin ibu! Seomin tak nak dia apa-apakan anak Seomin." Suara Seomin membuatkan anaknya menangis.

Muka Puan Jeon berubah. "Kalau macam tu mana ayah dia?! Mana lelaki yang dah mengandungkan kamu? Kamu patut bersyukur Taehyung sanggup kahwin dengan kamu tahu tak?! Dapat terima budak ni! Apa lagi yang kamu nakkan?!"

Tangisan anaknya semakin kuat apabila suara ibunya mulai tinggi. Seomin mula rimas.

"DIA DAH PERGI!!"

Jeritan Seomin membuatkan ibunya terdiam. "Ibu faham tak? Lelaki tu dah pergi! Dia tinggalkan Seomin lepas tahu yang Seomin mengandung!  Ibu tolong jangan kusutkan fikiran Seomin boleh tak?" Tambahnya lagi. Melihat wajah ibunya yang berubah itu membuatkan suaranya terus mengendur.

"Kalau kamu tak nak ibu masuk campur, ok, boleh. Kamu boleh fikir sendiri jalan penyelesaiannya sendiri."

Itulah kata-kata terakhir yang diterimanya daripada ibu kerana dia tidak lagi berjumpa dengan wanita itu sehingga hari ini. Sudah lama hubungan mereka renggang. Ibunya masih terasa dengan sikapnya dahulu. Dia pula masih lagi tidak meminta maaf.

-

Taehyung membuat muka jelik apabila bayi di dalam dukungan Seomin memandang tepat ke arahnya. Senyuman bayi itu membuatkan kerutan di dahinya lebih jelas.

"Apa pandang-pandang?" Marahnya pada bayi itu. Namun, suaranya membuatkan bayi itu tertawa. Taehyung mendengus geram melihat sepasang mata bundar yang kini sepet kerana sibuk mentertawakan dia.

Seomin hanya menggelengkan kepala melihat Taehyung. Jauh di sudut hatinya, dia takut. Takut kalau Taehyung tak boleh terima anaknya. Lagipun jelas kebencian lelaki itu pada anaknya. Betul ke pilihannya ni? 

"Kalau y-awak tak nak takpe, saya boleh jumpa mummy untuk batalkan perkahwinan kita." Lembut sahaja Seomin bersuara sambil meletakkan Jungwook pada katil bayi di penjuru bilik. Rengekkan terus kedengaran sebaik sahaja bayi itu berbaring. 

"Jungwook sayang..sabar ya. Mama sibuk ni." Pujuknya namun Jungwook masih merengek.

"No. Tak perlu batalkan." Taehyung melangkah mendekati katil bayi itu. 

Rengekan tadi terus terhenti saat wajah Taehyung muncul semula di hadapan wajah bayi itu. Taehyung tersenyum sinis memandang Seomin yang sudah terpinga-pinga apabila tubuhnya merapati figura wanita itu. 

Seomin mengundur apabila lelaki itu datang semakin dekat. Haba jelas terasa pada wajahnya. Dia keliru. Kehadiran Taehyung tak pernah membuatkan dia berasa gelisah begini ketika lelaki itu masih bergelar teman lelakinya. 

Dia tak boleh nafikan yang imej lelaki itu sudah berubah. Taehyung sudah tidak memakai kaca matanya sekarang. Wajahnya juga semakin matang, tubuhnya lebih maskulin. 

"Tae..." Suaranya mengendur. Kecut perutnya apabila kini tubuhnya terperangkap di antara katil bayi dan tubuh Taehyung. 

Jari-jemari lelaki itu licik bermain dengan rambutnya yang panjang. Tangan Seomin menggeletar dengan perbuatan lelaki itu. Sejak mengandungkan Jungwook dia tidak pernah membiarkan mana-mana lelaki menyentuhnya seperti dahulu. Dia tak nak dan dia serik!

"Taehyung!" Dia menjerit apabila terasa tangan  Taehyung yang lain meliar di tubuhnya.

Entah dari mana datang keberanian dia, tubuh Taehyung ditolaknya supaya menjauh. Seomin cuba mencari nafasnya kembali. Anak mata Taehyung dipandangnya tajam. Siapa lelaki ni? Mana Taehyung yang sentiasa menghormatinya dahulu?

"Kenapa? Dah acah suci?" Lelaki itu tersenyum mengejek. Hati Seomin panas mendengarnya. Berapa banyak lelaki di hadapannya ini berubah?


-Tbc-

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now