‘’Renjis-renjis dipilis! Tumbuh la engkau dengan baik. Besar dan membesar!~" Nyanyi seorang gadis dengan riangnya. Hos air digerakkan ke kiri dan kanan,menyirami pokok-pokok bunga yang subur dan cantik di hadapannya."Eoh! Yoon ahjumma! Dari mana tu?!" sapa gadis yang sedang menyiram pokok itu mesra tatkala matanya tertancap pada seorang wanita yang baru melepasi pagar rumahnya.
"Eo, Eunha ya! Ahjumma dari pasar ni. Ahjumma beli bahan untuk masak makan makanan tengah hari nanti. " jawab wanita lingkungan 50-an itu. Dia mengangkat beberapa beg plastik yang dijinjingnya, ditunjuk kepada Eunha.
Ya,Eunha. Jung Eunha. Gadis ini sangat peramah dan riang.Dia memang dikenali dengan sifatnya yang mesra itu oleh penduduk di kawasan perumahan itu. Dia memang mudah disenangi orang. Sesiapa saja berasa selesa dengan gadis berumur 22 tahun ini. Sikapnya memang seakan dipenuhi dengan aura positif saja.
"Ahh, awalnya ahjumma beli. Tak apa lah. Nanti jangan lupa kirim sikit makanan tu dekat saya ea? " Seloroh Eunha bergurau. Satu sengihan comel diberikan.
Ahjumma Yoon tergelak kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ye, ahjumma akan kirim. Jangan risau" balas ahjumma Yoon mesra. Ahjumma Yoon atau nama penuhnya Yoon Seul ini ialah bekas presiden untuk syarikat pesawatnya. Namun begitu, dia sudah serahkan jawatannya kepada anak lelakinya atas faktor usia.
Mendengar respon wanita itu langsung membuatkan Eunha tersengih suka.
"Wah jjinja yo?! Ahjumma the best la! " puji Eunha gembira. Ahjumma Yoon tertawa halus sebelum tersenyum kecil.mengukir senyuman lebar. Memang mencuit hati betul sikap Jung Eunha ini.
"Ahjumma pergi dullu lah ye. Buat kerja kamu tu baik-baik. Jangan pergi curah air dekat anjing pulak" pesan puan Yoon bersahaja, lebih kepada mengusik Eunha.
"Ah ahjummaaaa~!" Rengek Eunha protes dek sensitif apabila diusik tentang kisah hitam dan memalukannya itu.
Ada ke patut dia pergi curah air dekat anjing liar di luar pagar akibat terlalu leka menyanyi sambil menyiram pokok. Anjing tu apa lagi, mengamuk sambil cuba melompat naik atas pagar lah. Eunha pula terjerit-jerit minta maaf kepada binatang itu. Satu penduduk kawasan perumahan orang-orang kaya disitu semuanya keluar melihat situasi memalukan Eunha itu. Malu betul!
Ahjumma Yoon tergelak-gelak. Eunha pula langsung menarik muncung panjang.
"Aigoo. Dah, ahjumma pergi dulu ni" pamit ahjumma Yoon dengan nada yang masih tersisa rawa itu. Satu lambaian kecil diberi sebelum dia melangkah ke rumahnya
Eunha meleraikan muncungnya apabila wanita itu meminta diri. Dia tersenyum sambil melambai. Apabila kelibat Ahjumma Yoon mulai tidak kelihatan, Eunha kembali menyambung aktivitinya. Pokok-pokok bunga di hadapannya itu kembali disiram.
"Aju gakkawojo lainbow, lainbow--"
Pon pon!
Terhinjut drastik bahu Eunha apabila bunyi hon kereta yang kuat itu memeranjatkannya. Dia segera menoleh,memandang ke arah pagar. Kelihatan sebuah kereta mewah sedang berada diluar pagar.
Kereta itu merupakan kereta majikannya, Choi Im Hwa. Wanita ini merupakan Presiden bagi syarikat perusahaan, CIW Holdings, sebuah syarikat perusahaan pembangunan mewah yang sangat terpengaruh di Korea selatan.
"Ne! Sekejap! " laung Eunha lantang seraya hos air di tangannya itu dilepaskan ke atas rumput.Dia bergegas masuk ke dalam rumah agam yang besar itu lalu butang kawalan pagar automatik yang dipasang di dinding sebalik pintu itu ditekan. Apabila pagar automatik itu mula terbuka,Eunha menunggu pula kereta majikannya itu masuk ke dalam ruang porch kereta. Setelah itu,dia menekan kembali butang kawalan itu bagi menutup kembali pagar itu.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Разное[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...