Ha vote dulu sblm baca eh!
Rasa mcm nk gelak sampai terkeluar anak tekak bila tgk readers 90 votes 40, lol hshshshhs🙈❤
Sokey, nnti gue buat tutorial vote utk korang, oke!
Dey, vote ah! 🌝 appreciate sikit gue type in about 1900++ words au
Sebaik sahaja Jungkook mematikan taliannya dengan Nara, satu mesej diterimanya.
+82-0986228687
»Kerja pembangunan resort di Sokcho,Gangwon-do perlu kami haramkan atas sebab didapati tiada kelulusan dari pihak jabatan kerja raya malah pihak pentadbiran negeri dan kerajaan.
-Arahan: Tuan Gang Ju Cheol, menteri pembangunan Korea Selatan.
Jungkook mencengkam kuat telefon pintar di tangannya itu setelah dia membaca isi mesej itu.
Tangan kirinya sudah menggempal penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak, menahan api kemarahannya yang sudah memuncak.
Tak semena-mena, Telefon Samsung Galaxy Note 10+ miliknya itu dicampak kuat menghempas dinding.
Hancur berkecai telefon mahal itu saat menyentuh lantai.
Eunha sudah keras kejung melihat situasi berdekatan dengannya itu. Dia menelan sukar air liurnya.
"AISH SIAL LAH! " hambur Jungkook lantang. Wajahnya sudah berona merah padam.
"Wh-what just happened? " bisik Eunha sendiri. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Dia ligat memerah otaknya, berfikir jikalau dia ada tersilap cakap atau sewaktu dengannya.
"AISH BODOH LAH! " jerit Jungkook berang. Kabinet yang diletakkan atasnya pelbagai barangan antik dan berharga itu ditolak kasar kesemua barang itu jatuh ke atas lantai.
Praaangg!
Eunha memejamkan matanya serentak dengan menutup telinganya apabila bunyi barangan mewah yang diperbuat dari kaca diamond itu pecah berkecai menyentuh lantai.
Pasu-pasu bunga kecil yang menjadi hiasan di penjuru dinding, disepak kuat oleh Jungkook, mampu memecahkan beberapa dari kesuluruhan.
Jungkook mengusutkan rambut kasar. Dia merengus kasar. Bibir diketap kuat.
Api kemarahannya masih memuncak tinggi. Dia berjalan ke arah cermin yang dilekatkan elok di dinding itu. Tak semena-mena, cermin itu retak seribu akibat tumbukan padunnya pada cermin itu.
Eunha terjerit kecil melihat kelakuan Jungkook itu. Dia mendapati buku lima lelaki itu sudah melecet kemerah-merahan. Matanya membulat.
Dia memberanikan dirinya untuk berdiri.
"AISH SIAL LAH!"
Sekali lagi, tumbukan sekuat hati menyentuh cermin yang sudah retak itu. Kini, buku limanya sudah mengeluarkan darah.
Eunha terduduk melihat keadaan lelaki itu begitu. Dia tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk terus menghalang Jungkook.
"APA YANG KAU TAK PUAS HATI, SIAL?! "
Buat kali ketiga, buku lima Jungkook yang berlumuran darah itu menyentuh cermin yang hampir terkeluar serpihannya.
Kini, cermin yang retak seribu itu sudah dicorakkan cecair merah. Buku limanya lagi bertambah teruk luka terbentuk.
Jungkook mengetap bibirnya. Kepala disandarkan di dinding. Mata dipejamkan rapat.
Cuba bertenang.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Random[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...