Jungkook meletakkan penselnya di atas meja setelah dia selesai melakar tapak pembangunan bagi projek terbarunya itu.
Dahinya berkerut. Jam Polo yang terlilit di pergelangan tangan ditilik.
"apahal lambat sangat dia buat air? 10 minit dah kot. Ke, sesat? " gumam Jungkook sendiri.
Halamakk nak cakap company dia besar ah tu!
Jungkook mencapai telefon pintarnya yang berada disisi meja. Nama kenalan Bebal💙 ditekan untuk mendail nombor gadis itu.
Namun, baru saja dia mahu mendail nomber Eunha,
Tok tok tok!
Dia segera meletakkan semula telefon pintarnya di atas meja. Bibirnya mengukir senyuman nipis apabila dia betul-betul menjangka Eunha yang bakal masuk.
Namun, senyumannya segera mati apabila jangkaanya salah. Choi Kyung Joo melangkah masuk sambil membawa mug berisi hot chocolate sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Your hot chocolate, tuan~"
Gedik sungguh nada suaranya ketika meletakkan mug itu di atas meja Jungkook.
"Asal kau yang hantarkan? Kenapa bukan Eunha aku? " soal Jungkook dingin. Dia langsung tidak memandang gadis didepannya ini.
Kyung Joo mengetap bibirnya. Dia berdehem kecil.
"Eh, bukan setakat hantarkan, saya yang buatkan hot chocolate ni." respon Kyung Joo dan tersenyum lebar.
"Eh kau memang tak faham bahasa ke? Aku nak dia yang buatkan. Aku tak nak kau yang buatkan. " ujar Jungkook dengan intonasi suara agak tinggi.
"Ala, bukannya saya sukarela nak buat. Tapi, sampai je pantry, PA Jung tu terus arah saya buatkan air untuk tuan. Saya dah cakap dah yang tuan nak dia yang buatkan, tapi dia berkeras tak nak buat. Dia cakap dia ada kerja yang lagi penting dari buatkan air untuk tuan. Saya pun ye kan jelah, dan alih-alih saya yang kena buatkan" jelas Kyung Joo dengan penuh dusta. Namun, reaksi mukanya langsung tidak mentafsir niatnya.
"Heol. Eunha aku tak pernah macam tu. Tak perlu nak reka cerita. Bagitahu aku benda betul" tutur Jungkook tegas. Kyung Joo tergamam seketika.
"Eh, takdelah. Saya tak reka cerita. Ni benda betul lah ni. Buat apa saya nak reka cerita pulak? Takde benefit apa pun" nafi Kyung Joo bersahaja. Langsung tidak ditayang kegusaran hatinya sekarang.
"Ok, let's say aku percaya kau, then dia pergi mana? Kenapa dia tak balik pejabat dia lagi sekarang? "
"Erm.. Tak silap, dia pergi.. Graphic department. Yes, graphic department" balas Kyung Joo secara rawak. Kebetulan, dia teringat akan jabatan yang dia nampak ketika dalam perjalanan ke pejabat Jungkook tadi. Jadi, dia main petik sajalah nama jabatan itu.
Jungkook mengetap bibirnya. Entah kenapa, panas pula hatinya mendengar jabatan yang disebut Kyung Joo itu. Tangan kanannya perlahan-lahan menggempal penumbuk.
"So.. Enjoy ur drink. Saya.. Keluar dulu ya." pamit Kyung Joo dan menundukkan hormat. Baru saja dia mahu beredar,
"Kau sure department tu? " soal Jungkook, masih ingin mendapatkan kepastian.
Tanpa teragak-agak, Kyung Joo langsung menganggukkan kepalanya. Dan, mampu menyebabkan lelaki itu merengus perlahan.
"Dah, blah" arah Jungkook dingin, dicampur pula kemarahan yang hampir memuncak.
Kyung Joo menganggukkan kepalanya dan dia menundukkan hormat.
Badan dipusingkan, membelakangi Jungkook dan kaki dihayun dengan gembira. Bibir mengukirkan senyuman kemenangan.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Random[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...