Uhuks, sorry lmbt sikit update! Tengah tulis draft tadi~
Btw, votes okeh! 💙💙
"Aneonghaseyo"
Sapa dua lelaki itu serentak dan menundukkan hormat.
Terkebil-kebil Eunha melihat gerangan dua manusia itu. Jangkaannya sepenuhnya meleset.
Bodyguard apa macam ni? Ini terlalu berbeza dari jangkaannya!
"Erm.. Cik? "
Suara garau yang menyapa telinga Eunha langsung membuatkan dia kembali ke rahmatullah-- eh realiti.
"E-eoh, aneonghaseyo" respon Eunha dengan membalas sapaan dua lelaki di hadapannya itu. Dia membongkokkan sedikit badannya. Kemudian, dia mengangkat badannya semula.
Eunha tersenyum kekok apabila dua orang lelaki dihadapannya itu menghadiahkan senyuman buatnya.
Alahaiii, ada jugak ke bodyguard macam ni? dalam movie tak ada pun bodyguard hensem macam ni~ (╥_╥)
"Oh yea, kami perkenalkan diri dulu eh? Saya Choi Soobin, 20 tahun" tutur lelaki itu dan tersenyum mampu menampakkan lesung pipitnya.
"20 tahun? Mudanya kerja macam ni" getus hati Eunha. Dia membalas senyuman Soobin. Dapat dia lihat Soobin menyiku lengan lelaki disebelahnya yang ligat memandang sekeliling.
Peka betul!
"Eo-eoh, aneonghaseyo. Kim In Seong imnida" jelas lelaki disebelah Soobin itu ringkas. Dia sambung melihat sekeliling.
"Eoh, aneonghaseyo" balas Eunha dan menundukkan kepalanya sedikit kepada dua lelaki muda dan kacak di hadapannya itu.
"Eoh, Cik Eunha, semua barang dah siap ke? Kalau boleh, kita kena keluar dari sini dengan cepat. " jelas Soobin setelah dia menutup pintu hadapan.
"Eo-eoh, dah. Kejap, saya ambil--"
"No, we will. Cik Eunha duduk situ dulu eh"
Cepat saja In Seong memintas percakapan Eunha. Mereka berdua langsung bergerak ke bilik Eunha dan meninggalkan gadis itu yang masih terkebil-kebil.
"What...?" gumam Eunha bingung. Dia turut melangkah menuju ke biliknya.
Baru saja kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya,
"dua beg ni saja ke? " soal In Seong yang sedang memegang kedua-dua bagasi milik Eunha.
"Ye--"
"Soobin ah" panggil In Seong sedikit lantang dan kunci kereta dicampak kepada Soobin. Soobin menyambut kemas kunci itu.
"Kajja, Eunha ssi" pelawa Soobin lembut. Dia memberi laluan kepada Eunha dan gadis itu hanya menuruti sahaja. Walaupun hakikatnya dia masih bingung dengan layanan istimewa dua lelaki ini.
Soobin langsung membuka pintu hadapan dan dia berlari anak ke arah kereta Hyundai Sonata berwarna hitam yang elok terparkir di luar pagar.
"Here" tutur Soobin setelah dia membuka pintu kereta itu. Eunha yang masih tercengang itu hanya akur sahaja. Senyuman nipis dihadiahkan buat lelaki itu.
Kemudian, lelaki tinggi itu membuka pintu bahagian pemandu dan dia masuk ke dalam. Enjin dihidupkan.
"In Seong ah! Dah letak ke belum? Lambat sangat, aku tinggal kau tau! " laung Soobin dengan nada bergurau.
Setelah laungan Soobin itu, langsung seketul In Seong masuk ke dalam kereta dan semestinya duduk di bahagian sebelah pemandu.
Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Soobin.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Random[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...