💠 11

1.4K 164 139
                                    

BANG!

Satu bunyi tembakan membuatkan konco-konco disitu mengambil tindakan masing-masing.

Eunha menjerit kecil. Terkejut dengan bunyi tembakan itu. Reaksi Jungkook berubah kepada serius. Dia memandang Eunha.

"Kau pergi masuk bilik tu" arah Jungkook. Eunha masih menundukkan kepalanya.

"Cepatla! " jerkah Jungkook seraya mengeluarkan pistolnya dari poket.

"tapi--"

Jungkook menarik tangan Eunha dan menolaknya masuk ke dalam bilik kosong itu.

"Don't do anything! Stay here quietly" arah Jungkook sebelum menutup pintu bilik yang dududuki Eunha. Jungkook mengeluarkan walkie-talkie nya.

"Jungwoo, bilik senjata. Depan pintu. Over"

"Algesumnida"

Jungkook bergegas ke arah ruang yang berdentum kuat akibat bunyi tembakan yang dilepaskan oleh kedua-dua pihak.

"TUAN, BELAKANG! "

Jungkook lantas memusingkan badannya. Anak buah musuhnya, Tuan Kim hampir melepaskan satu das tembakan. Tetapi, mujur Jungkook lebih pantas.

Satu das tembakan dilepaskan tepat ke arah jantung anak-anak buah Tuan Kim yang sedang mengacu senjata ke arahnya. Mereka rebah, menyembah bumi dengan berlumuran darah.

Beberapa orang lagi muncul. Kapak, pisau, pistol setia berada di pegangan mereka.

Jungkook tersenyum sinis.

"Will be more fun"

Dia terus-menerus menyerang anak-anak buah Tuan Kim dengan handal. Mujur sahaja serangan kapak dari seorang anak buah Tuan Kim sempat dielaknya. Kalau tidak, sudah pasti dia hilang sebelah tangan harini.

Serangan dari seorang lelaki yang berlawan menggunakan pisau Jungkook tahan. Tangan lelaki itu dikepak kuat sebelum dipusing ke belakang badan. Belakang pelipat lutut disepak, terduduk jatuh lelaki itu. Tangannya tidak mampu diangkat.

sudah tentu patah.

Lelaki yang menyerang dengan kapak tadi masih tidak berputus asa. Kali ni dia melibas dengan laju. Hampir saja Jungkook tersungkur namun sempat mengubah kedudukan.

Tong yang terletak berhampiran kotak-kotak kayu disepak mengenai wajah lelaki itu. Merintih kesakitan dibuatnya lelaki itu.

Kemudian, Jungkook menggunakan otak geliganya. Kotak kayu dijadikan tangga lalu dia menyepak jatuh lelaki tadi melalui tendangan udara.

Tersenyum sinis dibuatnya saat darah tidak henti keluar dari telinga lelaki itu. Apabila darah keluar dari telinga menandakan bahwa lelaki itu sudah mati.

Mahu tak tersenyum si Jeon Jungkook.

"WOI! "

Jungkook berpaling ke arah Tuan Kim yang menyalak sambil pistol diacu ke arahnya. Tuan Kim tersenyum sinis dan tembakan dilepaskan.

Pantas saja Jungkook mengubah kedudukannya.

"SHIT! "

Jungkook mengambil peluang itu dan melepaskan juga tembakan ke arah Tuan Kim.

Namun, Tuan Kim bijak. Dia menarik pembantunya dan dijadikan sebagai perisai.

Jatuh terkulai lelaki itu disebabkan peluru berpandu masuk ke dalam jantungnya.

"BLAH! " jerit Jungkook sambil mengacukan senjata api ke arah Tuan Kim. Konco-konconya sudah lemah dan ada juga yang mati.

Tuan Kim tersenyum sinis.

[C] Bad Boy Prince [J.J.K] Where stories live. Discover now