"Kamu ahli keluarga pesakit--"
"Ne! Saya anak pesakit. "
Doktor itu menganggukkan kepalanya.
"Jadi... "
Eunha memandang doktor itu dengan harapan sesuatu yang baik bakal diungkapkan.
"Josohamnida. kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan pesakit, malangnya tumor ganas kanser sudah memenuhi pada otak pesakit dan tersebar di seluruh sel badan menyebabkan pesakit sudah tak dapat adapt dengan tumor ini. Mungkin kalau pesakit ini mengambil rawatan minggu lepas, jaminan untuk hidup masih ada.. Tapi sebab pesakit juga kritikal, kami.. Tak dapat buat apa-apa. Josohamnida "
"N-ne? "
Bagai mahu luruh jantung Eunha apabila mendengar apa yang diungkapkan doktor itu. Dia rebah, menyembah bumi. Air mata mengalir laju membasahi pipinya.
Jungkook menundukkan kepalanya. Mata dipejam rapat sambil mengemam bibirnya.
Sakit.
"Th-this is a prank, ma-maji? " gumam Eunha sambil mengenggam erat tangannya. Eunha mengangkat kepalanya, memandang doktor itu.
"Doktor.. Doktor tipu kan? Om-omma saya se-sedar kan? Dia--"
"Josohamnida. Waktu meninggal, 7.17 malam" ujar doktor itu dan menundukkan hormat. Dia meninggalkan Jungkook dan Eunha yang sedang dibelenggu kesedihan.
Eunha menundukkan kepalanya. Dia mengetuk dadanya sambil menangis teresak-esak.
"Omma... " rintih Eunha dengan tersedu-sedu. Air mata menitis di atas lantai.
"Yah--"
Eunha mendongak memandang Jungkook. Dia memandang Jungkook tajam dengan matanya yang berair.
Eunha berdiri dengan bahunya yang terhinjut-hinjut.
"Tu-tuan tahu kan omma.. Omma kan-kanser otak? Tuan tahu kan?!"
Jungkook merengus perlahan. Dia menganggukkan kepalanya.
"LEPASTU KENAPA TUAN TAK BAGITAHU SAYA? KENAPA?! " jerit Eunha sekuat hati sambil tangannya menumbuk dada lelaki itu. Air mata tak henti membasahi pipi.
"mian.. " tutur Jungkook seraya melarikan bola matanya ke arah lain.
"Sa-saya han-hanya dapat luangkan masa.. t-tak sampai sehari pun dengan dia.. " gumam Eunha dengan nada bergetar.
Jungkook mengeluh perlahan melihat keadaan Eunha sekarang. Eunha menunduk memandang lantai. Dia menggenggam erat bajunya.
"Saya bodohh. Saya.. Dah nampak dah om-omma batuk-batuk, bibir omma pu-pucat.. Ta-tangan omma sejuk.. But still! Saya ignore benda.. Benda tu. Sa-saya.. Saya--"
Eunha mengesat air matanya. Terhinjut bahunya akibat tangisannya yang teresak-esak. Jungkook memejam matanya. Bibir diketap kuat.
Tubuh kecil Eunha ditarik masuk ke dalam dakapannya. Teragak-agak tangannya untuk mengusap belakang gadis itu yang sedang teresak-esak menangis.
"Im such a.. Dumb.. " rintih Eunha dan menyembamkan kepalanya di bahu Jungkook.
Jungkook hanya mampu menepuk-nepuk lembut belakang gadis itu.
Dia tidak boleh ungkapkan apa-apa sekarang. Dia juga sebak.
Dia juga rasa macam mana Eunha rasa sekarang.
Pedih. Perit.
Betapa sakitnya kehilangan seseorang yang dia sayang seolah-olah ibu kandungnya sendiri. Seseorang yang selalu ada dengannya. Seseorang yang selalu membantunya, menyokongnya ketika dia jatuh. Seseorang yang tidak memburukkan orang lain. Seseorang yang selalu mengukirkan senyuman lebar dan manis.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Acak[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...