💠91

946 161 100
                                    

Nah, sekaligus terus minyu update!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nah, sekaligus terus minyu update!

Ha terima kasih mana terima kasih?

Ha vote jgak okeyh! Bukan slalu sis nk baik mcm ni utk update sekali trus gini😌

appreciate it by voting this chap💙

✿ ✿ ✿ 

"Chae... Kau.. "

Hanya ayat itu sahaja yang mampu dikeluarkan dari mulut Eunha. Dia terlalu kecewa dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Woi perempuan! Pergi lap cepat darah dia tu. Kotor tempat ni lah! " herdik Han Chun kepada Chaeyeon yang sedang berdiri statik di tepi pintu.

Chaeyeon mengangguk kepalanya. Dia bergegas bergerak ke arah Eunha.

Eunha memandang lama Chaeyeon yang sedang mengelap darah di hadapannya itu.

"Chaeyeon.. Kau--"

"Lepas kau siap lap darah tu, kunci bilik ni! "

Suara laungan dari Han Chun itu langsung membuatkan Chaeyeon menganggukkan kepalanya.

"Chaeyeon.. Kenapa kau.. Sampai hati kau buat aku.. macam ni, Chae" tutur Eunha sambil menatap Chaeyeon yang sedang fokus mengelap cecair merah itu.

"Chae.. Sampai hati kau.. Sampai hati kau tipu aku.. Kau perangkap aku.. " tambah Eunha lagi. Air mata dibiar membasahi pipi.

"Chae.. Mesti kau ada sebab kan.. Ada sebab.. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni..? " tutur Eunha perlahan.

Namun, Chaeyeon langsung tidak merespon apa-apa jawapan. Dia hanya fokus mencuci lantai yang berlumuran darah itu.

"Chaeyeon.. Aku tanya kau ni. Kau ada.. Sebab yang munasabah kan...? Sebab kenapa kau sanggup--"

"Aku tak ada apa-apa sebab! Kau boleh diam tak?! Aku dah buat kau menderita sakit macam ni, kau still nak sangka baik dengan aku hah? Sudah la. Aku rimas " respon Chaeyeon dengan lantang.

Eunha terdiam seribu bahasa. Dia seakan tak percaya dengan apa yang baru dikatakan Chaeyeon itu.

"Tapi, Chae.. Aku tak percaya yang kau berubah--"

"Percaya je lah! Percaya yang apa yang kau nampak depan kau ni ialah Jung Chaeyeon! kau faham tak situasi sekarang ni? Aku. Jahat. Aku dah perangkap kau untuk buat kau jadi tebusan lelaki tadi tu! " hambur Chaeyeon dan berdiri. Kain putih yang diselaputi darah itu dironyok sebelum dicampak ke luar tingkap.

"tapi, kenapa? Aku buat salah apa dengan kau? Kau--"

Eunha meronta-ronta kecil apabila mulutnya disumbat kain oleh Chaeyeon.

"Diam. Kau duduk sini diam²" tutur Chaeyeon dan langsung menapak ke arah pintu. Dia menoleh sekilas ke arah Eunha sebelum kepala dihalakan ke depan semula.

Dapat dia lihat air mata mengalir membasahi pipi gadis itu.




BAD BOY PRINCE
:91
_________________________
_________________________



    

[C] Bad Boy Prince [J.J.K] Where stories live. Discover now