BAPEK LAMBAT AKU UPDATE HAHAHAHA
Ha vote okeyh! Kalau dh 40 votes,Esk kite double update okeh!
Ye tahu aku baik. Ahaks.
✿ ✿ ✿ ✿
"slow lah sikit hanat" tutur Jungkook geram. Dia menjeling tajam Mingyu yang sedang meletakkan ubat antiseptik pada bahunya yang cedera dek peluru yang padu.
"Eh ni habis slow aku treat luka kau kot. Macam budak-budak " respon Mingyu dan ayat terakhir itu diperlahankan.
Namun, apakan daya. Pendengaran Jungkook yang tajam itu mampu mendengar kutukan Mingyu yang diperlahankan itu.
"Kau cakap apa? eh, meh aku try tembak kau pula. Nak tengok sikit kau meraung macam mana" balas Jungkook dan menjeling maut Mingyu.
"Sanggup ke kau nak tembak aku? Aku ni yang banyak berjasa dekat kau. Sampai hati kau nak tembak--"
Tak.
Bunyi hammer pistol ditarik langsung membuatkan mata Mingyu membuntang. Tambahan pula pistol diacu ke arahnya.
"---Weh Jungkook! Kau tak sayang aku ke sia?! Weh, pikir baik² dulu woi! " laung Mingyu sambil menolak pistol yang diacu Jungkook pada bahunya itu.
"Dah² la tu berdrama. Tadi bukan main kau tembak orang. Baru acah sikit, dah takut. Macam budak-budak"
Ha kau. Jungkook balas balik!
Jungkook menurunkan pistolnya yang diacu pada bahu Mingyu itu. Diletakkan pistol itu di atas meja semula.
Mingyu merengus perlahan. Dia mengambil kapas lalu dilekatkan pada bahu lelaki itu. Kemudian, dia menekan kuat bahu lelaki itu.
Sengaja.
"Eh sakitlah bangang! " Laung Jungkook geram. Tangan lelaki itu ditepis.
Mingyu hanya membuat muka selamba badaknya sahaja. Langsung tidak memaparkan reaksi bersalah.
Dia mencapai bandage lalu dicampak pada Jungkook. Lelaki itu menyambut kemas balingan Mingyu itu.
Mingyu mengemas peralatan first aid kit itu dan memasukkan ke dalam peti kecemasan itu.
"eh, Eunha tahu tak kau pergi membunuh hari ni? " soal Mingyu sambil menyusun peralatan peti kecemasan itu.
"Gila kau aku nak bagitahu dia. Kang dia pujuk aku 24 jam untuk tak buat kerja ni hari ni" jelas Jungkook sambil membalut bahunya yang cedera itu.
Mingyu sekadar mengangguk kecil. Dia menutup peti kecemasan itu lalu dibaling perlahan ke atas meja yang jauh sedikit darinya.
"Ha kau? Tak bagitahu teman sehati sejiwa sehidup semati sekubur kau tu? " soal Jungkook selamba. Dia mengerling Mingyu sekilas.
YOU ARE READING
[C] Bad Boy Prince [J.J.K]
Random[COMPLETED] "Dia cold, dia savage, dia annoying, dia badboy.. tapi, tu adalah sebab utama, aku suka dia" - Eunha »Jung Eunha, gadis perisng dan sangat peramah. Dan yang paling jelas, dia seorang gadis yang bermata duitan atau erti kata lain, gila...