Seperti mahu menghadiri majlis pengebumian, dari solekan, ekspresi muka sehingga la penampilannya serba serbi hitam dan gelap. Semua orang yang mengenali diri dia faham akan citarasanya yang gemar pada warna hitam.
Sampaikan ada yang menggelarkan diri dia sebagai Ahli Sihir.
Budak-budak sendiri pun takut kalau bertembung dengan dia.
Lelaki jangan cakap la. Mereka nak dekat semeter pun tak berani inikan lagi menegur dirinya. Kalau mereka tegur sekalipun..mesti ada something yang mereka mahukan tu.
Mesti! Guarantee!
Orang sekeliling selalu pandang slack pada dia setiap kali dia melintasi mereka. Seakan ada aura gelap yang menyelubungi dirinya yang membuatkan semua orang sedaya upaya nak jarakkan diri untuk tak terlibat dengan dia. Tak kira apa sekalipun keadaan yang berlaku. No matter what!
Bekerja sebagai eksekutif perancangan strategi dia sering di jadikan target rakan-rakan sekerjanya kerana sikap dia yang suka mementingkan diri dan being isolated.
Bukan saja gemar lakukan kerja secara sendirian malah dia suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan mana-mana pihak sekalipun rakan sekumpulannya sendiri.
Well, kalau benda boleh settle cepat buat apa buang masa berbincang. Bukan ke lagi senang macam tu?
Tapi itu la, mereka tak faham. Mereka fikir dia buat semua tu semata untuk dapatkan nama dan kenaikan pangkat. Padahal dia cuma nak mudahkan kerja mereka je.
Disebabkan itu ramai yang condemn segala perkara yang dia lakukan. Tak kira la benda kecil ke besar mereka akan cuba letakkan semua kesalahan padanya. Kalau boleh mereka nak tengok dia susah.
Infact, bukannya dia kisah, cuma tak tahan la jugak. Stress ada kadang-kadang tu bila benda dah melebihi had serta melampau-lampau.
Nak buat macam mana bukannya dia boleh ubah peribadi dia macam tu je!
Dan paling penting, kenapa dia bersikap pelik macam ni?Well manusia ni adalah sejenis mahluk yang tak reti nak rasa bersyukur atau cukup apa yang ada. Dah di bagi itu nak ini, dah di bagi ini tak puas hati pulak..cikai la murah la...low standard la..apa la.
Untuk tu dia kena bagi pengajaran sikit. Biar mereka tau nak berterima kasih dan menghargai sikit.
"Apa kau cuba buat hah...asal kau tarik kereta yang kau dah bagi dekat aku?Asal buruk sangat perangai kau ni!"marah Henry dengan berang.
Sambil dia tandatangan dokumen dalam fail, dia bersuara. "Secara rasminya menurut perjanjian segala harta dan aset yang saya serahkan kepada awak sah milik awak selagi awak berhubungan dengan saya."dia angkat kepala lalu memberi muka kayu tanpa ekspresi dia pada Henry a.k.a bekas teman lelakinya lalu menyambung kata. "Memandangkan kita dah putus, dari apartment,kereta dan kad kredit premium yang saya berikan pada awak secara automatiknya akan ditarik balik." jelasnya dengan diplomatik.
Mulut Henry ternganga luas macam pintu gua.
"Ta-tapi kita...Reyna,jangan la macam ni..." rayu Henry.
Malas nak pedulikan kaki penipu depannya Reyna kembali memeriksa dokumen kerja dia semula. Dia tak ada masa nak sibukkan hal remeh temeh macam ni. Ada banyak lagi kerja dia kena fikir dan selesaikan.
Henry berdengus tak puas hati sambil mengepal penumbuk sewaktu Reyna buat tak tahu akan rayuan dia di situ. Dasar perempuan tak ada perasaan!
"Oh...macam ni kau ya. Kau ingat aku suka sangat dengan kau ke!Dah la pelik!Tak ada emosi...kaku. aku tak tahu la macam mana perempuan macam kau ni ada yang minat!Kalau bukan sebab duit tak adanya aku nak jadi teman lelaki kau!"luah Henry dengan bengang. Tiga bulan bersama semuanya sia-sia. Perempuan tak ada hati perasaan macam Reyna patutnya single sampai ke tua.
Reyna yang dengar sikit pun tak terasa. Bah kan dia pernah dengar lebih teruk dari ni.
"Ya...ya...awak cakap apa awak nak cakap. Lepas selesai nanti, keluar tolong tutup pintunya semula ya.."Reyna lambai tangan menghalau Henry tanpa angkat kepala sebab sibuk teliti butiran di atas kertas yang dia periksa tu.
Bersama dengusan kasar dilepaskan Henry berpaling pergi dari situ dengan muka bengis tak terkata. Sememangnya semua itu adalah hak Reyna, dia dah tak boleh nak kata apa lagi.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...