Selepas pertengkaran bersama Reyna, Yuan banyak sibukkan diri. Sementara Reyna pulak terpaksa tanggung kesan kesibukkan Yuan.
Disebabkan kesibukkan lelaki tu, Reyna jadi mangsa perhatian Jenny. Ada je yang dia kena hadap permintaan Jenny tu.
Sekejap ajak makan malam bersama, sekejap berkelah sama, sekejap bermalam di rumah mereka, ada masa tu siap dengan gurau-gurau senda yang penuh maksud.
Mulanya Reyna boleh terima. Namun bila hari-hari kena hadap benda yang sama, dia sendiri rimas. Sampaikan dia selalu ngelak kalau Jenny ajak nak ke mana-mana.
Sayang punya pasal, dia hanya makan dalam je la dengan semua ni. Asalkan Jenny happy, dia tak kisah.
"Comel tak?"Jenny talakan sepasang baju bayi warna merah jambu dekat depan Reyna yang sedang tunduk memandang skrin ipad.
"Hmm.."angguk Reyna yang tak fokus.
Jenny melepaskan keluhan. Dia buat muka. "Apa yang hmm...kau dengan Yuan sama je tau tak...kerja memanjang...bagi la perhatian sikit dekat aku."
Reyna turunkan ipad ke riba silaan dia lepas dengar. Nak berapa banyak lagi perhatian yang perempuan ni nak? Lantas kepalanya di angkat memandang Jenny.
Jenny pandang Reyna lalu menarik garis nipis di bibir bila bebelannya berjaya buatkan Reyna beri perhatian kepada dia.
"Beritahu aku...apa yang kau akan buat if one day something happen dekat aku?Kau sanggup tak jaga anak-anak aku..?"Jenny usap perut dia.
Kening Reyna terus berkerut lepas dengar. "Apa kau merepekkan ni?"
"Beritahu je la...kau sanggup ke tak?"
"Nothing will happen to you...dan aku akan jaga kau dengan anak kau...stop asking stupid question can you?"balas Reyna dengan perlahan sebelum kembali mencapai ipadnya dan mula menyambung kerja dia.
Patutnya dia ada dekat pejabat siapkan kerja, tapi Jenny mintak dia datang ke penthouse supaya temankan Jenny. Memandangkan Yuan oustation selama beberapa hari ni. Terpaksa la dia bermalam dan siapkan kerja di penthouse mereka.
Kalau ada meeting pun dia terpaksa skype.
Jenny lipat pakaian bayi lalu dimasukkan dalam beg persediaan sebelum bersalinnya setelah itu. Mereka berdua senyap seketika, tapi tak lama lepas tu Jenny kembali bersuara.
"Reyna..."panggil Jenny dengan perlahan sewaktu tunduk mengusap baju bayi di ribanya dengan senyuman di bibir.
"Hmm."jeda Reyna lagi tanpa memandang Jenny.
"Ada something aku nak beritahu kau ni.." Jenny anglat kepala. Dia pandanh Reyna.
Dengan keluhan letih Reyna pandang Jenny. Dia letak ipadnya ke sisi lalu fokus pada kawannya itu
Apa yang dah rasuk kawan dia kebelakangan ni. Ada je benda bukan-bukan yang dibebelkan.
"Apa dia?"tanya Reyna dengan malas.
Jenny tatap wajah Reyna dengan senyuman nipis di bibir. Lama dia tenung wajah tu tak bersuara.
Reyna yang ditenung cuma mengeluh."Kenapa kau pandang aku macam tu?Cakap je la."
Jenny ketawa kecil. "Saja..biar anak aku nanti mukanya comel dan cantik macam kau.."
Reyna pandang Jenny dengan renungan 'buang tebiat ke apa' pada Jenny.
"Apa kau merepek ni?Inikan anak kau dengan Yuan..aku pulak terlibat sekali kenapa?"
"Sebab kau akan jadi ibu dia orang jugak suatu hari nanti kalau something happen dekat aku.."ujar Jenny dengan selamba.
Reyna lepaskan keluhan fed up. "Itu lagi itu lagi...kenapa kau cakap macam tu...tak ada apa-apa akan berlaku dekat kau la..."
"Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan nanti.."kata Jenny.
Reyna rasa tak sedap hati dengan semua ni. Dan dia tak suka dengan kata-kata Jenny. Bakal ibu depannya ni asyik merepek.
"Dan kalau masa tu tiba, aku nak kau dengan Yuan sama-sama jaga anak aku..bukan perempuan lain, bukan sesiapa. Hanya kau dengan Yuan.."ujar Jenny sewaktu zip beg.
"Jen...boleh tak berhenti cakap macam tu. Aku tak suka la." keluh Reyna.
Seusai itu Jenny capai tangan Reyna. Dia ramas lembut tangan Reyna. "Janji dekat aku Reyna.."
"Jenny...apa ni?"Reyna cuba tarik tangan dia dari cengkaman Jenny tapi Jenny gengam erat tangan dia.
"Janji dengan aku dulu.."desak Jenny.
"Fine. Aku janji. Puas?Sekarang boleh kau berhenti cakap benda bukan-bukan boleh tak?"
Terus Jenny tarik Reyna ke dalam pelukan. "Terima kasih...."ucapnya sambil memejam mata.
Reyna tepuk belakang Jenny dengan lembut. Tengah dia tepuk, tiba-tiba sesuatu menendang dia. Terkejut dengan keadaan itu Reyna cepat-cepat tolak diri dia jauh dari Jenny.
"What was that?"bisik Reyna masa tunduk pandang perut besar Jenny.
"Hahaha..tengok siapa yang dah bangun.." ketawa Jenny sambil usap perutnya.
"Dia orang sepak ke?"tanya Reyna.
"Ha'ah..pegang sini.."Jenny capai tangan Reyna lalu diletakkan ke atas perutnya.
Bila tapak tangan Reyna sentuh perut Jenny, satu benjolan muncul dari permukaan perut tu. Terus tahan nafas Reyna dibuatnya.
"Wow.."gumam Reyna dengan perlahan.
"Dah ada nama untuk princess ni tak?"tanya Jenny.
Reyna pandang Jenny buat beberapa saat sebelum kembali memandang perut Jenny semula.
"Tania dan Tasha."sebut Reyna dengan perlahan.
Jenny yang dengar tersenyum. "Aku suka.." komennya.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...