06.

1.6K 116 0
                                    


Disebabkan Gina tidak masuk kerja hari ini, Reyna terpaksa keluar bersarapan dekat luar. Untuk itu juga dia kena keluar lebih awal dari kebiasaanya. Bukannya dia tak reti nak sediakan sarapan, dia reti je. Cuma Reyna malas nak masak kemudian kemas kemudian makan, kemudian kemas sekali lagi. Terlalu banyak kerja nak buat. Dia terlalu sibuk untuk semua tu.

Jadi selepas bersiap, Reyna mengarahkan pemandu syarikat terus bawa dia ke diner berdekatan dengan rumahnya. Tak sampai 15 minit macam tu dia sampai.

Pemandu kereta buka pintu untuk Reyna dengan tertib. Dan bila dia keluar dari kereta Reyna pandang pemandu kereta tu dengan renungan kosong. "Mari sarapan dengan saya." pelawa Reyna.

Pemandu kereta yang baru saja mula bekerja hari ni taken aback dengan pelawaan Reyna. Terkejut bila majikan sendiri pelawa dia sarapan sama. Tak pernah-pernah dalam sejarah kerjaya dia sebagai pemandu selama lapan tahun ni di pelawa untuk minum sama dengan majikan. Paling tak pun, hanya berdiri dekat tepi untuk temankan.

Reyna berdiri dekat situ sambil perhati pemandu kereta yang baru je dia ganti. Sebab yang lama boleh pulak eksiden sampai patah tulang pulak. Tak pasal-pasal dia kena tebalkan muka untuk pelawa orang baru temankan dia. Yalah, pemandu lama dia tu dah biasa, tak payah tunggu dia pelawa sendiri ikut dia sarapan atau makan sama dengan selamba.

"Maaf..saya salah dengar ke?"soal pemandu itu.

"Tak...saya betul serius ajak awak makan sekali."jawab Reyna dengan bersahaja.

"Oh.."pemandu tu terlopong sekejap. "Tak apa ke?"

Malas nak berlengah Reyna pegang lengan pemandunya itu lalu ditarik sama masuk ke dalam premis. Masuk saja mereka di dalam diner tersebut.

Bau aroma kopi di brew menerawang di udara. Bau roti bakar bercampur dengan bacon goreng memenuhi ruangan diner tersebut. Seakan menarik para pelanggan di situ untuk makan.

"Selamat pagi Cik Reyna..Gina cuti lagi hari ni?"sapa pengurus diner tu selepas nampak kelibat Reyna dalam premisnya.

Kalau Reyna ni wanita biasa mesti dia dah tersenyum manis menampakkan lekukan lesung pipit rahsia yang selama ni tersembunyi dari pandangan umum. Tapi tidak, Reyna hanya memberi anggukan kecil pada pengurus tersebut.

"Sini..meja biasa tempat awak duduk saya dah sediakan dan kekal kosong tak kira masa.." pengurus tu pegang belakang badan Reyna lalu mendorong Reyna maju ke depan.

"Berikan saya macam biasa ya."pesan Reyna masa kerusi ditarik untuknya dan dia duduk ke atas kerusi tu.

"Baik Cik..dan macam mana dengan encik ni?"

Pemandu Reyna terkebil-kebil bingung. Dia pandang Reyna hendak dapatkan izin dari wanita tu yang mana Reyna nampak hanya mengangguk kecil.

"Berikan saya sandwich cheese toast dengan black coffee.."minta pemandu tu serta merta lepas Reyna bagi kebenaran.

"Baik..pesanan anda akan tiba 10 minit lagi." pengurus tu beredar dari situ dengan senyuman mesra.

Seusai menyelesakan dirindi kerusi,Reyna mula sibukkan diri dengan memeriksa email melalui ipadnya. Dia sentuh itu dan ini pada skrin dengan tekun. Matanya tekun membaca setiap email yang ada di situ ingin memastikan sekiranya terdapat dokumen penting yang perlu dia check.

"Pasti Cik puan pelanggan biasa di sini..."

Reyna angkat kepala, dia pandang pemandunya yang sudah ambil tempat di kerusi bertentangan dengan dia.

"Ya."jawab dia dengan pendek sebelum kembali tunduk memandang skrin ipadnya.

"Oh ya..saya belum kenalkan diri. Nama saya Ace.28 tahun. Sebelum ni saya bekerja untuk pasangan suami isteri pesara tentera. Disebabkan mereka pindah tinggal bersama anak mereka, khidmat saya tak di perlukan lagi."cerita pemandu itu.

Reyna yang sudah tahu mengenai hal itu sebelum Ace masuk kerja lagi hanya mengangguk kepala. Tidak berminat hendak melanjutkan perbualan terutama sekali semasa dia sedang fokus dengan perkara kerja.

Tidak lama selepas tu pesanan mereka tiba. Pengurus tadi yang menghidangkan sarapan tu pada mereka. Malah pengurus tu juga yang sediakan pesanan mereka.

"Ini pesanannya. Selamat menjamu selera." pengurus tu tunduk hormat sedikit pada Reyna.

"Hm..."angguk Reyna yang sikit pun tak tunjukkan apreasiasi terhadap gesture yang diberikan.

Ace yang perhati berasa tak puas hati. Dia merasakan Reyna bersikap kurang ajar kerana tidak menghiraukan pengurus tersebut.

Tapi lain ceritanya pada pengurus tu. Dia malahan tersenyum senang. "Ada apa-apa sila panggil saya."

Reyna lambai tangan menghalau. "Terima kasih untuk kerjanya."ucapnya dengan nada mendatar macam tak ikhlas kalau di dengar orang.

Tapi bagi pengurus tu seakan kata-kata pujian, dia tersenyum lebar menampakkan barisan gigi.

Ace buat muka pelik, dah kenapa pengurus tu boleh tersengih-sengih macam tu bila di layan Reyna acuh tak acuh macam tu. Memangnya dia salah tengok ke salah dengar ni?

Riak Reyna kekal bersahaja semasa dia mula menjamah makanan. Langsung tidak perasan akan tatapan yang diberi Ace waktu itu.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now