Terkuis-kuis garpu tu pada makanan dekat pinggan tu,sampai dia yang tengok pelik. Restoran mewah ni tak tepati citarasa wanita depannya ini ke?
"Kenapa awak tak makan?"tanya Killian pada Reyna yang sedang duduk menghadapnya ketika itu. "Makanannya tak menepati citarasa awak ke?"
Reyna angkat kepala, dia pandang Killian yang sedang menanti jawapan dari dia.
"Ke sebab awak tak sihat sampai tak ada selera?"tanya Kilian lagi lepas Reyna langsung tak cakap apa-apa. Dia pandang Reyna tanpa berkelip.
Malas nak cakap banyak,Reyna cuma geleng kepala lalu tunduk menikmati sarapan dia.
Bila Killian nampak Reyna mula makan dia pun sambung makan. Suasana senyap sekejap tak lama lepas tu. Dua-dua tenggelam dalam fikiran masing-masing.
Reyna tak selera nak makan sebab dah kenyang lepas makan masakan Jason tadi sebenarnya. Tapi tak sampai hati beritahu Killian. Sebab tu dia tak nak cakap.
Patut la dia rasa familiar sangat bila makan makanan dekat diner Jason. Rupa-rupanya Jason pandai masak macam Gina. Itu la sebabnya dia suka makan dekat diner tu dari tempat lain,makanan Jason tu sama rasa macam Gina.
Masa makan tadi, sempat Jason beritahu alasan kenapa dia masak khas untuk Reyna setiap kali Reyna datang ke diner tu. Rupanya Gina sendiri yang mintak, kerana Reyna ni jenisnya suka memilih makan. Gina yang faham selera Reyna macam mana, mintak Jason masak sama macam Gina masak. Itu yang Reyna tak complaint masakan dekat situ.
"Yuan sibuk ke kebelakangan ni?"tanya Killian tiba-tiba. Dia pandang Reyna sambil mencapai gelas berkaki dia lalu diminum sedikit air kosong dalamnya.
Reyna angkat kepala, dia pandang Killian dengan kening terangkat. "Kenapa awak tanya saya?"soal Reyna. Macam la dia babysit lelaki bipolar tu.
"Tak ada la...kan awak kerja sebumbung dengan dia, kawan baik dia..mesti la awak tahu perihal dia.."kata Killian.
Reyna pandang gelas berkaki yang terisi dengan jus fresh oren dia, termenung mengingatkan situasi yang berlaku antara dia dengan Yuan tempoh hari.
Yalah, kawan baik la sangat, punching bag Yuan ada la. Lelaki kepala angin tu tak habis-habis nak marahkan dia tanpa sebab. Memang tak la dia nak pedulikan perihal urusan Yuan!
"Entah..saya tak tahu. Kenapa awak tanya?" balas Reyna sambil termenung pandang titisan air pada sekeliling gelas berkaki dia yang sejuk tu.
"Tak adalah..sejak kami balik dari confference dekat Berlin dua minggu lepas tu, Yuan macam buat tak endah kalau saya try contact dia.." jelas Killian sambil mengerat makanan dalam pinggan lalu di suap ke mulut dia dengan garpu."Entah kenapa saya rasa macam dia mengelak dari saya..."
Mata Reyna laju-laju gerak ke Killian. Dia orang berdua pergi confference sama-sama? Kenapa dia tak tahu?
"Hari tu kita orang elok je berborak, lepas saya borak tentang awak, angin dia tiba-tiba berubah... Lepas tu senyap tak ada khabar sampai la sekarang...itu yang saya tanya, kot la kalau dia busy ke apa sampai tak reply contact saya.."cerita Killian sewaktu memandang Reyna sambil mengunyah.
Kening Reyna berkerut sedikit lepas dengar nama dia timbul.
"Awak borak tentang apa mengenai saya pada Yuan?"tanya dia yang berasa tak sedap hati tiba-tiba.
Killian tersentak sedikit seperti menyedari sesuatu, lantas dia letak pisau dan garpu dia ke pinggan dan lekas-lekas mengesat mulut sebelum tolak pinggan dia jauh dari dia.
"Cakap tentang tu, saya nak tanya awak something ni..."Killian punya ekpresi jadi serius tiba-tiba jugak.
Reyna yang kehairanan dengan perubahan tu duduk tegak dari sandar ke meja.
"Apa dia?"tanya dia.
"Semua yang berlaku terhadap awak selama ni Yuan ada ambil tahu tak?"tanya Killian dengan kening berkerut ingin tahu.
Reyna tenung mata Killian dalam-dalam masa dengar soalan tu. Memang la Yuan kawan baik dia, tapi tak semua perkara dia beritahu Yuan. Lagipun Yuan dah banyak lakukan segala benda untuk dia. Jadi tak semua dia beritahu Yuan sebab tak nak susahkan lelaki tu lagi.
"Kenapa?"tanya Reyna dengan perlahan.
"Tak adalah..hari tu masa saya tanya dia kenapa dia tak hadir hari pengebumian ayah awak, dia cakap dia tak tahu. Jadi saya beritahu la dia apa yang berlaku. Kemudian saya cerita la tentang Alvin bantu awak soal hal pewarisan tempoh hari dan Stephen bantu bedah ayah awak dan Rian bantu awak masa awak disakiti dengan abang tiri awak...tapi dia macam tak tahu apa-apa tentang hal tu..."
PANG!Macam ditampar rasanya waktu tu, Reyna bungkam memandang Killian. Killian buat apa?Dia...dia apa?
"Awak tak beritahu dia apa-apa ke?"tanya Killian bila Reyna terkedu diam dekat situ.
Perlahan-lahan Reyna eratkan cengkaman dia pada kaki gelasnya. "Kenapa awak beritahu dia tentang hal tu?"soal Reyna dengan nada perlahan sambil menahan diri dari marah di situ.
"Dia tanya saya hari tu...apa saya buat dengan awak dan mereka yang lain. Saya cerita la.."jawab Killian blur-blur dengan muka tak bersalah dia.
Reyna melepaskan hela nafas panjang sewaktu tunduk memejam mata. Patut la Yuan angin memanjang dekat dia lepas balik tu. Rupa-rupanya Yuan dah tahu semuanya. Pasti Yuan sakit hati sebab dia tak ceritakan semua tu sendiri pada Yuan.
Killian buat muka tak faham. "Awak okay ke?"
Reyna angkat kepala lalu memandang kesal ke Killian. Dia ingatkan Killian ni boleh buat percaya dan bijak orangnya. Tapi tak, sangkaan dia meleset rupa-rupanya.
"Saya okay.."angguk Reyna dengan lemah. Apalah nasib dia ni! Kenapa tak ada satu pun yang berjalan dengan lancar?
"Cik Reyna.."panggil satu suara dari tepi kedengaran.
Reyna yang dengar terus palingkan kepala ke sisi. Kening dia terangkat bila nampak driver dia berdiri dekat situ.
"Ada apa Ace?"tanya dia dengan nada tak ada mood.
"Tuan Yuan ada dekat bawah...dia tunggu cik." maklum Ace dengan formal.
Killian yang dengar tersentak. Sementara Reyna cuma jungkit kening terkejut.
"He is?"tanya Reyna tak percaya.
"Ya...sepertinya ada sesuatu yang penting.." ujar Ace.
Dah..apa pulak ni?!
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...