Mungkin sesetengah khabar angin yang tersebar tentang dia adalah benar. Tapi khabar angin tu takkan tercipta sekiranya tak ada sebab lenapa ia tercipta.Sehingga sekarang dia cuba fahamkan alasan dan punca kenapa semua ni berlaku?
"Kenapa awak tak nak beritahu hal sebenar?Semua orang dalam company ni tahu scandal Norman dengan assistance saya.."
Reyna hanya diam memandang skrin komputer. Dia sikit pun tak terjejas dengan kejadian yang baru berlaku tadi. Malah pipi yang bengkak tu dia tidak pedulikan sakitnya.
"Rey..."panggil Yuan kejengkelan.
"Mana seronoknya..."sebut Reyna sewaktu mencapai fail dan mula membeleknya.
"Hah?"Yuan berkerut kening tak faham. "Apa awak kata?"
Reyna pandang Yuan dengan riak kosong dia. Dengan relaks dia sandar ke belakang lalu menyilang kaki dia.
"Sebab semua orang tahu la saya mengaku. Semua dekat sini suka label saya perampas dan perempuan jalang bukan?Saya bagi la apa mereka nak...lagipula Norman sejak awal lagi dah jadikan identiti saya sebagai kekasih gelap dia jadi saya hanya realitikan hasrat dia je." jelas Reyna dengan nada tidak kisah.
Yuan hanya diam memerhati perubahan angin Reyna. Tiba-tiba je dia rasa awas. Dah..mula dah!
"Apa yang awak cuba lakukan Reyna?"
Reyna tenung Yuan dalam-dalam. "Awak jangan pecat Norman dan Wina...biarkan mereka kerja di sini..."minta Reyna dengan nada perlahan dan dingin.
"Kenapa?"tanya Yuan.
Reyna kembali duduk tegak dan menyambung kerja memeriksa email dia. "Dengan cara ni je kita boleh buatkan mereka malu...lepas ni dua orang tu takkan bersama lagi memandangkan khabar angin dah tersebar luas...mana mereka nak letak muka?"jelas Reyna." Makin lama mereka berada di sini semakin banyak cemuhan yang mereka akan dapat... that's what they need to pay."
Yuan berkerut kening mendengarnya. "Macam mana kalau mereka nak jugak berhenti?"
"Itu la tujuannya...buat mereka berhenti dengan sendiri. Jadi tak adala orang label kita ni kejam dan tak ada hati perut pecat pekerja sesuka hati. Lagipun ini situasi win-win. Awak tak dibenci dan saya takkan di label lagi dengan khabar angin yang bukan-bukan selepas ini..."
Yuan tersandar ke belakang kerana kagum dengan apa yang di dengarnya. Reyna bukan saja selamatkan imej dia sebagai bos, malah Reyna lindungi imej dan nama syarikatnya sekaligus membersihkan nama sendiri. Disamping itu, Reyna selesaikan isu ni tanpa mengeruhkan lagi keadaan dengan melibatkan Wina dalam hal ni.
"You hurt yourself for other people...."keluh Yuan. "...again."
Reyna yang dengar cuma mendiamkan diri. Dah biasa dah, dari dulu lagi dia sering di sakiti. Disebabkan dah terbiasa la dia tak kisah.
"Kalau Jenny tahu tentang hal ni pasti dia akan naik angin.."
Reyna geleng kepala bila Yuan mengeluh macam tu. "Kalau tak nak dia tahu awak jangan la beritahu dia..."
"Saya tak beritahu, dia ada mata-mata dekat sini.. Apa yang berlaku dekat syarikat dia akan tahu.."luah Yuan.
Reyna jungkit bahu tak peduli. "Tak boleh tolong la kalau macam tu..."
"Norman tu kan...kena jugak nanti. Geram pulak bila saya ingatkan balik.."deram Yuan sambil menumbuk perlahan meja kerja Reyna.
"Benda dah berlaku...biar kan aje la. Jangan di ungkit balik.."
"Saya tak faham...apa yang mereka bencikan sangat pada awak?Kenapa mereka tuduh awak yang bukan-bukan sedangkan mereka tahu itu bukan salah awak..."tanya Yuan dengan kening berkerut.
Reyna taip sesuatu pada keyboard komputernya buat seketika sebelum bersuara. "Because they know that I had you as my knight shinning armor..."
"So awak nak kata mereka bencikan awak sebab cemburukan saya selalu back up awak?"tanya Yuan bernada tak percaya.
Reyna gerakkan mata dia ke Yuan. Apa yang nak diterkejutkan sangat. Yuan tak sedar lagi ke mengenai hal ni?
"Awak kawan saya, teman baik isteri saya. Yang mana saya dah anggap keluarga saya sendiri. Mesti la saya lebihkan awak dari sesiapa..lagi-lagi bila awak dianiaya dan dalam masalah. Apa yang nak dicemburukan..mereka semua sedia maklum hal tu kan.."marah Yuan pula.
Reyna melepaskan hela nafas panjang. Habis la dia. Kena tadah telinga mendengar leteran Yuan sejam ni.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...