Ding!
Pintu lif terbuka masa Reyna tengah tunduk melihat skrin ipad tu dalam perjalanan hendak ke jabatan cetakan. Nak tahu apa hasil banner yang dia mintak pada jabatan tu.
"Oh...Cik Reyna..."sapa seorang staf dari dalam lif tu.
Reyna terus angkat kepala pandang ke depan masa berjalan masuk ke dalam lif tu. Lelaki segak mengenakan kot branded dan berambut coklat gelap dipandang dengan muka tak berminat. Setelah dia masuk, Reyna berdiri hadap pintu lif. Langsung tak hiraukan sapaan yang diberi kepadanya.
"Dari mana nak ke mana?"tanya lelaki tu lagi.
Reyna pandang pantulan lelaki disebelahnya pada pintu lif. "Ada apa Damon.."tanya Reyna. "Tak pernah-pernah awak tegur saya..."
Damon Ice, ketua kumpulan projek Eve. Anak kepada empunya syarikat makanan segera. Seorang lelaki yang kacak, tinggi dan berdada bidang. Tapi berbanding dengan luarannya karakter lelaki ni tak ubah macam duri dalam daging dan selicik musuh dalam selimut.
"Hahaha...tegur sekali sekala apa salahnya.." jawab Damon dengan senyuman berlesung pipit dia.
Reyna palingkan kepala. Dia terpaksa dongak sedikit sebab tinggi dia paras leher lelaki tu.
"Just straight to the point."ujar Reyna masa lif tu perlahan-lahan gerak naik ke atas.
Damon beri senyuman plastik dia kepada Reyna.
"Jangan la serius sangat Ketua Reyna..kita sama-sama rakan sekerja kena la saling mesra antara satu sama lain tak begitu?tengah hari nanti awak free?Saya nak belanja makan.." ajak Damon.
Reyna palingkan muka semula ke depan lantas mendatar bersuara. "Busy."
Ding!
Pintu lif akhirnya terbuka, buatkan Reyna lepaskan nafas lega dia tanpa sedar. Ingatkan dia seorang je yang keluar, sekali Damon tu ikut sekali.
"Jangan la macam tu.."Damon berdiri mengejut di depan Reyna.
Terkejut dengan keadaan tu, Reyna undur sedikit ke belakang lalu memandang Damon dengan perasaan menggerutu kerana rimas.
"Apa awak nak sebenarnya ni?"tanya Reyna.
"Nak ajak awak makan la.."
"Untuk apa?"
"Saja.."
Reyna hampir nak mencarut dekat situ lepas dengar. Dia silangkan tangan ke dada lalu lentokkan sedikit kepala ke kanan sewaktu meneliti Damon.
Nampaknya Damon dah tahu projek yang Dante handle kini beralih ke tangan dia. Dan kini Damon ubah target tu kepadanya. Kenapa la nekad sangat?Banyak lagi projek lain yang ada. Kenapa nak berebut?
Dia tak boleh nak brain la.
"Awak buat semua ni sebab tahu saya dah ambil alih projek Dante ke?"tanya dia.
"Nak ambik hati saya untuk dekati saya dan rosakkan pelan macam mana awak rancang terhadal Dante macam tu?"Senyuman Damon perlahan-lahan pudar masa dengar kenyataan Reyna. Muka Damon dah macam orang kantoi membunuh je masa ni.
"Ahaha..."ketawa Damon dibuat-buat kerana terpaksa. "Apa awak cakap ni?Mana ada saya rancang apa-apa terhadap Dante.."
Reyna jungkit kening sebelah seakan bertanya 'oh-really' pada Damon. Damon ingat dia ni bodoh sangat ke sampai tak tahu apa-apa?
"Kenapa awak pandang saya macam tu...betul la..jadi awak handle projek Dante ke?Taniah la kalau macam tu.."ucap Damon yang sedaya upaya nak buat muka tak bersalah dia.
Reyna turunkan tangan yang dia silangkan ke bawah lalu jalan mendekati Damon dengan dada mendabik yakin.
Tak!Tak!Tak! Bunyi detak tumit kasut Reyna menghuni hallway lengang tu masa dia berjalan.
Dengan muka cuak, mata Damon ikut pergerakkan Reyna masa wanita dengan renungan menakutkan tu jalan mendekati dia.
"Ada pepatah berkata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.."ujar Reyna dengan nada perlahan yang sangat dingin untuk telinga dengar.
Sampaikan bulu roma Damon sendiri meremang lepas dengar. Mata lelaki tu mengigil takut masa Reyna berdiri rapat seinci di depan dadanya.
"Why?Cat get your tongue?"tanya Reyna bila Damon diam terkedu tak berkata sejak tadi. "Hari tu bukan main lagi.."Reyna pegang kolar baju Damon lalu dibetul-betulkan dengan lembut.
Terkebil mata Damon masa Reyna pegang. Dia ingatkan Reyna nak apa-apakan dia tadi.
Lalu Reyna tepis habuk imaginasi pada kot tu. "Mana semangat awak yang nak rosakkan pelan Dante sebab nak dapatkan jawatan yang ditawarkan pada dia tu...kenapa sekarang diam pulak?"
Mata Damon tunduk pandang Reyna dengan kejung. Dalam diam, Damon mengepal penumbuk dia menahan diri dari menggeletar.
Reyna pandang kerongkong Damon masa halkum lelaki tu bergerak naik turun menelan air liur."Cuba la...saya nak tengok..memandangkan saya yang handle projek ni..cuba rosakkannya dan dapatkan jawatan tu..."cabarnya masa mata dia naik pandang Damon.
Damon yang pandang dah terkelu. Habis!Rosak rancangan dia!
Tanpa amaran, Reyna tolak dada Damon sampai lelaki tu bergerak ke belakang beberapa langkah dan undur ke tepi tak bertenaga.
Lalu Reyna berjalan pergi meninggalkan Damon dengan lenggok penuh karimsa dan yakinnya.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...