20.

1.4K 101 0
                                    

"Apa yang tak kena dengan dia?"

"Kau call aku sebab dia?Serius?Aku ada meeting kot.."

"Boleh tak cakap tu slow-slow.."

"Jangan nak merungut...kau Rian, sebab kau dia jadi macam ni.."

"Eh asal aku pulak.."

"Stephen beritahu yang Reyna sakit sebab stress..it means kau satu dari punca sebab jumpa dia dan ugut dia guna video tu.."

"Huh?Stress?Video?Apa kau orang cakapkan ni?"

Suara perbualan empat lelaki menggangu lena dia. Entah bila dia sedar, dia tak perasan. Apa yang dia tahu kepalanya tengah sakit boleh pulak empat orang ni memekak dekat dalam bilik ni. Dah tak ada tempat lain apa nak berborak.

Mahu tak mahu dia paksa jugak mata dia di buka. Memang nak kena agaknya mereka ni. Sekali bila dia buka mata, dia di sambut dengan pemandangan dimana empat lelaki berdiri di sekelilingnya dengan wajah serius masing-masing.

"Killian?"sebut Reyna bila wajah tu yang pertama sekali dia nampak lepas bukak mata.

Dengar je suara lembut tu, empat kepala dengan serentak tunduk ke bawah. Mereka semua memandang orang yang terbaring si atas katil dengan pakaian pesakit kelabu putih.

"Hei...awak dah sedar. Macam mana..dah okay ke?"tanya Killian masa tunduk pegang kepala Reyna.

Mata merah Reyna pandang tiga wajah asing disekeliling katik satu persatu. Dan setelah dia sober dari mamai dia baru la Reyna sedar siapakah mereka.

"Apa awak semua buat dekat sini?"tanya dia semasa berasa pelik dengan suasana sekelilingnya. Rasa asing! Dan bila dia angkat tangan hendak periksa sama ada dia tak apa-apa, mata Reyna terarah pada jarum IV drip yang tertusuk pada tangan kirinya. "Saya dekat mana?"

"Hospital..."jawab Rian.

Reyna pandang Rian. "Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

"Killian bawak awak ke sini..lepas dia dapat call awak pengsan dia terus gegas dapatkan awak dan hantar awak ke sini.."jelas lelaki berjubah doktor sebelah kanan katil pula.

Reyna pandang doktor tu dengan kening berkerut sedikit. "Awak doktor?"tanya Reyna.

"Ya...maaf la sebab tak kenalkan diri elok-elok masa perjumpaan hari tu.."ucap Stephen.

Reyna pandang Killian semula. "Macam mana awak tahu saya tinggal dekat mana?"

Killian cuma tersenyum nipis. "Gina..maid awak yang jawab call, dia yang beritahu saya."

"Awak okay?Sakit dekat mana-mana. Maaf la kalau disebabkan kami awak stress sampai jatuh sakit macam ni..."ucap Alvin pula.

Reyna pandang lelaki ke empat yang segak mengenakan kemeja dan vest hitam di badan seperti seorang butler di sebelah kiri katilnya.

Well empat orang lelaki yang dah tengok dia menangis kini melihat dia sakit pulak. Bravo!Lengkap hidup dia dengan malukan diri sendiri dan kelihatan lemah dan vurnable macam ni.

"Awak duduk la sini sampai sembuh. Saya akan tanggung semua kos perubatan dekat sini."aju Stephen dengan tangan berada dalam poket jubah doktornya.

Reyna pejam mata dia. Menyusahkan betul!

"Tak perlu. Saya boleh bayar sendiri...dan terima kasih untuk ke prihatinan awak semua. Tapi saya lebih suka sendirian buat masa ni." aju Reyna dengan mendatar dan perlahan sebelum buka mata.

Mereka berempat pandang Reyna dengan renungan serba salah. Rasa kasihan terhadap Reyna.

"Stop."arah Reyna serta merta.

Kening Killian berkerut tak faham. "Apa yang stop?"tanya dia.

Mereka bertiga yang lain diamkan diri, mereka tunggu jawapan Reyna.

Reyna tenung Killian dengan renungan dalam seperti marah. "Berhenti pandang saya macam saya ni seorang yang pathetic..saya tak perlukan simpati sesiapa. Jadi berhenti pandang saya macam tu.."jelas Reyna.

Alvin nak bukak mulut, tapi Reyna teruskan kata-kata.

"Tolong...tolong tinggalkan saya sendirian." Reyna tarik selimut naik terus ke atas kepala.
Tak nak pandang mereka atau dipandang dengan mereka.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now