Kecoh ruang lobi tu dengan suara maki hamun Ryan dan Rudy sewaktu dua orang tu marah-marah recieptionist yang bertugas dekat kaunter penyambut tetamu. Ditambahkan lagi dengan security guard yang sejak tadi cuba halau dua beradik tu keluar dari situ.
"Aku nak jumpa betina tak guna tu!Kau faham bahasa ke tak!"
"Encik tolong jangan begini...bawa bertenang!"
"Kau diam!Sebelum pecah muka kau aku kerjakan baik kau diam!"
"Selagi aku tak jumpa dia selagi tu aku tak berhambus!!"
"Panggil Reyna Salazar sekarang jugak!Suruh dia turun!Kau dengar ke tak ni!"
Staf wanita yang ada dekat belakang akunter tu cemas sejak tadi. Dia cuba call pejabat Reyna tapi tak angkat. Kemudian dia call nombor staff yang sama jabatan dengan Reyna baru lah di angkat. Itupun beberapa kali cubaan, baru la dia dapat.
Security guard cuba halang amukan dua beradik tu bersungguh-sungguh. Sampaikan mereka ditolak kasar dengan Ryan dan Rudy.
"Mana perempuan tu!Aku tahu dia kerja dekat sini!"tempik Ryan dengan lantang sampai bergema suara dia dekat seluruh kawasan lobi tu.
Bila staf wanita dekat belakang kaunter tu dah selesai bercakap dia pandang cemas ke dua orang penceroboh di depannya. Tak tahu nak cakap macam mana sebab dua orang tu dari tadi asyik terpekik-pekik. Nak bersuara pun asyik tak jadi.
"Encik!"panggil staf wanita tu. "Dengar...tolong bawa bertenang!"kata dia dengan kuat. Hendak saing kuat dengan suara dua lelaki tu.
Bila Ryan dengar dia terus pukul kaunter tu dengan kuat."Mana betina tak guna tu!" bentak dia pada staf wanita tersebut.
Melompat terkejut staf wanita tu dibuatnya. "Cik Reyna dalam perjalanan turun ke sini...tolong tunggu sebentar.."jawabnya takut-takut.
Lepas Rudy dengar, dia berhenti bergelut dengan security guard tu. Dia tolak mereka jauh darinya dengan kasar lalu berdiri di sebelah Ryan.
"Better dia cepat sebelum kita orang yang cari dia sendiri!"arah Rudy dengan bengis.
Beberapa minit kemudian, Reyna tiba di lobi tu. Seperti biasa, dia dengan lenggok berkarisma dan wajah dingin bersahaja jalan mendekati kaunter dimana kekecohan berlaku.
Rudy orang pertama yang nampak kehadiran Reyna di situ. Jadi dia orang pertama yang jalan mendapatkan Reyna terlebih dahulu.
Belum sempat nak buat apa-apa semuanya berlaku secara mengejut dan sekelip mata. Termasuk la security dan staf yang ada di sekitar. Mereka semua tak dapat nak beri reaksi atau halang bila Rudy berarak mendekati Reyna lalu menampar Reyna kuat-kuat sampai Reyna tercampak jatuh ke atas lantai tu.
Lepas mereka sober dari terkejut, semua dekat situ bergegas hendak dapatkan Reyna. Nak selamatkan wanita tu.
Sebelum Rudy dan Ryan pegang Reyna beberapa security guard dan staf lelaki pegang tangan dan badan dua orang abang tiri Reyna dan jauhkan mereka dari Reyna.
Beberapa orang staf yang lain cuba hulur tangan nak bantu Reyna bangun, tapi Reyna tolak pelawaan mereka. Dia bangun dari situ dengan sendiri.
Sambil pegang pipi yang sedang kebas dek tamparan tadi Reyna pandang Ryan dan Rudy dengan renungan kosong.
"Ada apa ni?"tanya Reyna masa tunduk pandang jari dia bila tersentuh sesuatu yang basah di tepi bibir dia. Darah! "Tak boleh ke call apa-apahal?"tanya Reyna masa pandang dua lelaki yang diapit beberapa security guard.
"Hei betina!Mana kau bawak ayah hah?Siapa izinkan kau bawak dia keluar dari situ!"jerkah Ryan dengan kaki naik nak tendang Reyna.
Reyna turunkan tangan dia ke sisi lalu memandang Ryan. "Aku pindahkan dia ke hospita lain.."
"Siapa suruh!Asal?Kau nak biarkan dia mampus tanpa pengetahuan kita orang macam tu je?Biar kau boleh kaut semua harta dia sendiri?"tuduh Rudy dengan kuat.
Terus semua dekat situ saling berbisik lepas dengar kata-kata Rudy.
"Kau kena ingat...selama kau tinggalkan dia...kita orang yang jaga dia..kita orang ada hak dari kau.."marah Ryan pula.
Reyna cuma berdiri dekat situ pandang Ryan dan Rudy tanpa emosi. Dia tak peduli apa pendapat dua orang abang tirinya terhadap dia. Reyna cuma peduli akan kesihatan ayahnya saja.
"Jangan risau...dia baik-baik je."maklum Reyna dengan perlahan. "Balik la dulu..kita bincang hal ni kemudian.."
"Tak ada kemudian-kemudiannya..aku nak kau beritahu ayah dekat mana sekarang jugak!"desak Rudy.
"Kau ingat aku tak tahu perempuan licik macam kau ni fikir?Kau ingat aku tak tau niat kau pindah kan dia jauh dari kita orang supaya kau boleh ubah wasiat tu bila-bila masa...dah kaut semuanya sendiri...."desis Ryan dengan bengis.
Reyna yang dengar dah pejam mata picit pelipis tepi kepala dia. Pening betul la dia hadap abangnya ni.
Sudah la dia tengah sibuk meeting dengan Rian soal projek lelaki tu. Tak pasal-pasal terganggu kerana dua orang ni. Tolong la..dia ada banyak benda lain nak buat dari hadap benda ni.
"Please...berapa kali nak aku beritahu kau orang pasal ni huh?"Reyna jalan mendekati mereka berdua. "Aku tak hamak dengan harta ni...kalau aku nak, lama dah aku ambik semua harta ayah dari dulu lagi...tanpa
susah-susah.."sebut Reyna dengan renungan gelap dan bibir berdarah kerana luka tamparan tadi. "Sebab aku anak kandung ayah."dia berhenti tiga langkah di depan Rudy. "So dari kau orang memekak macam orang tak ada tamadun..better kau orang balik.."Ryan dan Rudy bergerak nak serang Reyna semula. Tapi satu suara dalam muncul dari belakang Reyna.
"Sehelai rambut dia kau orang sentuh, bertahun kau orang meringkuk dalam penjara."
Ryan dan Rudy mengerling ke lelaki yang berdiri rapat di belakang Reyna."Siapa pulak kau?"soal Ryan.
Rudy dekat sebelah dah buka mata besar-besar. Kening dia terangkat tinggi lepas nampak lelaki belakang Reyna. Lelaki sama yang ditemui dekat hospital hari tu.
"Aku?"tunjuknya dengan sengih sinis. "Rian.."
Reyna silangkan tangan ke dada masa pandang Ryan dan Rudy lepas Rian bersuara. Menyusahkan betul!
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...