52.

1.6K 88 0
                                    

"Cik Reyna.."suara Ace kedengaran dari tempat pemandu menyentak lamunan Reyna yang sedang memandang keluar tingkap.

"Hm."jeda Reyna tanpa mengerling ke Ace.

"Kita terus ke rumah ke?"tanya Ace semasa toleh ke belakang memandang Reyna.

Lepas makan tengah hari tadi, dia terus ke pejabat dengan menaiki teksi. Setiba dia di pejabat, Reyna hadiri beberapa meeting dan menyiakan kertas proposal untuk projek terbaru. Setelah itu baru la dia gerak turun untuk ke kereta. Tak sedar dia dah berapa lama dia duduk dalam kereta tu tak gerak-gerak.

Ace tunggu dengan patuh taktala Reyna termenung sekali lagi. Entah apa yang dah menganggu fikiran bos dia yang seorang ni, beberapa minggu dia perhati, Reyna asyik termenung dan sentiasa sugul. Wanita ni tak pernah senyum agaknya. Sepanjang dia kerja dengan bos baru dia ni, sekali dia tak pernah nampak Reyna senyum mahupun ketawa.

"Hospital."jawab Reyna setelah mendiamkan diri buat seketika.

Ace mengangkat kening lepas dengar. "Tapi Tuan Yuan arahkan saya untuk bawa cik terus pulang ke rumah.."

Masa ni la mata Reyna bergerak. Dia gerakkan mata dia ke Ace sebelum kepala dia ikut berpaling menghadap drivernya itu.

Memangnya siapa bos sekarang ni?

Ace balas renungan dingin Reyna tanpa berkedip.

"Kalau macam tu yang kamu tanya saya lagi nak ke mana tu kenapa?"sentap Reyna dengan perlahan.

"Maaf..."ucap Ace yang terus hadap ke depan serta merta lepas tengok reaksi gelap dari Reyna.

Dengan jelingan tak puas hati, Reyna pandang pantulan mata Ace melalui cermin pandang belakang bersama tangan silang ke dada tak puas hati.

"Sekarang ni awak driver saya ke pengintip Yuan?Pilih satu kemudian lupakan yang lain.." aju Reyna kerana jengkel.

Dia jengkel sebab Yuan tak habis-habis nak control dia. Itu tak ini tak boleh. Kena buat macam ni, kena buat macam tu! Ingat dia ni budak-budak tadika lagi ke nak di suruh itu dan ini?

Ace kelu. Dia tak tahu nak cakap apa. Yalah, dia sendiri tersepit antara dua bos dia sekarang ni. Kalau dia tak dengar kata Yuan, dia kena pecat, dia tak dengar kata Reyna, sepanjang masa la jawabnya wanita ini akan sentap terhadap dia.

"Dah cepat gerak...bawa saya ke hospital." arah Reyna dengan tegas semasa palingkan kepala ke luar.

"Baik."angguk Ace sebelum turunkan handbrake dan mula memandu keluar kereta dari laman utama syarikat tersebut.

Reyna duduk tegak sambil memejam mata. Cuba bertafakur untuk kawal emosi dan psikologi dia supaya stabil. Dengan cara ini la dia dapat kekalkan kewarasan dia. Kalau tak lama dah dia terjun bangunan bunuh diri!

Setelah beberapa ketika, pemanduan itu akhirnya berhenti. Reyna keluar dari kereta dengan muka berlagak lepas Ace bukak pintu untuk dia.

Kalau orang tengok mungkin akan anggap Reyna berlagak, tapi sebenarnya itu la muka dia bila marah atau jengkel.

Disebabkan hospital tu dah familiar dengan Reyna, ketibaan Reyna sentiasa di sambut dengan renungan para staf, jururawat dan doktor sewaktu wanita yang anggun mengenakan dress fit susuk badan itu melintasi mereka.

Reyna perasan, tapi dia buat tak tahu. Bukannya ini kali pertama dia kena tenung dengan orang!

Sampai saja di tingkat dimana kembar dua orang itu di rawat, Reyna berdiri depan cermin kaca tu dengan muka dumbfounded. Sampaikan dia langsung tak sedar beg tangan dia terjatuh ke lantai kerana terkejut!

Di dalam bilik rawatan rapi tu, berdirinya Yuan dengan pakaian precaution biru cair, topi dan topeng di badan. Lelaki itu sedang bongkok memandang dua incubator dimana dua puterinya sedang lena.

Hati sakit Reyna yang tadi membuak-buak hendak melenting terus surut. Sejuk perut bila dia tengok lelaki berkaca mata tu sedang asyik menatap dua kembar tu.

Buat kali pertama sejak sebulan dua orang ni di lahirkan, ini la kali pertama Reyna dapat tengok Yuan jenguk mereka berdua depan mata dia. Selama ni, Yuan sekali pun tak pernah jenguk, apatah lagi bertanya khabar tentang kembar dua orang ni.

Reyna ingatkan Yuan dah tak peduli akan mereka langsung! Sebab itu dia marah sangat pada Yuan.

Sekali tu, Yuan berdiri tegak lepas selesai lihat anak dia. Dia nak peluk dan cium, tapi doktor tak izinkan dia atas faktor keselamatan. Nak tak nak terpaksa la dia tengok saja. Dia palingkan kepala ke cermin kaca bila perasan ada yang berdiri, dan bertentang mata je dia dengan orang tu, hatinya terus di pagut rasa sedih.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now