Knock!
Knock!
Ketukan diberikan.
Lalu Yuan menolak pintu kaca ke dalam dengan senyuman lebar di bibir."Ready?"tanya dia semasa jengah kepala ke dalam pejabat Reyna.
Reyna yang sedang menyusun fail atas meja kerling sekilas sebelum tunduk mematikan suis komputer dari CPU.
"Kenapa awak excited sangat ni?"tanya Reyna sambil memasukkan kunci kereta, dompet dan telefon ke dalam beg tangannya.
"Hehehe..."sengih Yuan masa masuk ke dalam dan capai kot Reyna dari tempat penyangkut lalu berdiri di belakang Reyna. "Mesti la..awak tak tahu berapa lama saya hadap perangai Jenny sepanjang minggu ni...dia asyik desak saya bawa awak ke rumah untuk makan malam bersama..."
Reyna menyarungkan tangan ke dalam lengan kot sewaktu Yuan menolong dia menyarung kot ke badan.
"Kenapa awak tak beritahu dia saya busy?"tanya Reyna seusai menyarung kot ke badan.
Yuan melepaskan keluhan panjang.
"Saya dah beritahu dia..dan awak tau apa saya dapat?Dia leteri saya selama dua jam berturut-turut menyalahkan saya buat awak sibuk dengan kerja sampai awak tak ada life...setiap kali saya cuba nak back up diri saya, Jenny pintas kata-kata saya.."
Reyna yang dengar terbayang muka marah Jenny. Rakan baiknya yang seorang tu boleh tahan garangnya jugak. Dulu dekat kolej kalau dia di buli, Jenny la yang selalu back up dia untuk serang semula pembuli dia. Kasihan Yuan.
"Jadi sebab itu la awak excited saya setuju ikut awak balik?Sebab awak tau saya akan back up awak?Macam tu?"
Yuan tekan butang lif selepas mereka berdua keluar dari kawasan pejabat utama terus ke koridor.
"Bukan l...saya seronok sebab untuk buat kali pertama selepas tiga bulan kita bertiga dapat berkumpul sama macam dulu-dulu...Jenny mesti seronok bila awak ada dekat situ.."maklum Yuan dengan senyuman lebar teruja dia.
Reyna toleh ke sisi, dia tenung tepi wajah bahagia Yuan. Berseri-seri betul bakal ayah sebelahnya ini. "Saya harap Jenny dan baby sama-sama sihat. Lama saya tak tengok.." ujarnya tak lama lepas tu.
Yuan toleh ke sisi, dia tersenyum lalu mengangguk kepala. "Lebih dari sihat...semalam Jenny timbang berat badan dia naik tiga kilo dalam masa sebulan ni..."cerita Yuan dengan bersemangat. "Merengek-rengek dia..."
Pintu lif terbuka selepas bunyi ding kedengaran. "Biasa la..pregnant kembar berat tu jangan cakap la..."ujar Reyna sambil berjalan masuk ke dalam lif.
"Saya nak awak berikan nama untuk kembar tu nanti lepas mereka dilahirkan...Jenny sendiri yang cadangkan.."
Reyna mengangguk kepala setuju.
Tak lama lepas tu mereka berdua tiba si ground floor. Tingkat di mana kereta di parking, Reyna naik satu kereta dengan Yuan.
Sambil ketawa dan tersenyum riang Yuan jalan pegang belakang badan Reyna dan pimpin Reyna masuk ke dalam kereta. Sementara Reyna yang sentiasa memasang ekpresi kayu diwajahnya hanya mendiam.
Kereta merah milik Yuan itu kemudiannya dipandu keluar dari situ dengan pantas.
Pemanduan itu selama setengah jam itu berakhir setelah dua orang sahabat itu tiba di bangunan penthouse mewah. Kereta tersebut dijemput valet sebelum dua orang itu berjalan masuk ke dalam bangunan sambil bergandingan tangan seperti pasangan kekasih.
"Selamat pulang Tuan Yuan.."sapa pakcik guard depan kaunter recieptionist setelah melihat Yuan berjalan masuk ke dalam bangunan itu.
"Hai uncle.."balas Yuan dengan mesra.
Pakcik guard tu mengerling ke Reyna lalu memberi anggukkan kecil.
Reyna yang perasan hanya memberi jelingan kecil sebelum jalan ke depan dengan wajah dingin tanpa emosinya.
"Awak mesra pada semua orang...awak tak risau ke semua tu hanya akan mengundang bahaya pada diri awak?"soal Reyna selepas mereka masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 26.
Yuan yang dengar tersengih. "Ianya bukan mesra Reyna..ianya sebahagian dari etika berbudi bahasa pada orang tua..."
Reyna termenung memandang pantulan bayangnya di dinding pintu lifnya. Dia tak pernah berbudi bahasa dengan sesiapa. Tua mahupun muda.
Dia layan semua orang sama je.
Disebabkan Reyna pernah melalui situasi dimana, sekiranya dia berbuat baik pada orang, orang akan berbuat jahat padanya Reyna jadi skeptical dan pesimis untuk melayan seseorang dengan mesra. Jadi sejak tu dia belajar kawal diri dan emosi untuk tak mudah jatuh pada sebarang muslihat atau pengaruh.
Ding!
Pintu lif terbuka tak lama selepas itu. Dan dua orang itu jalan keluar bersama-sama. Seperti sudah terbiasa, Reyna terlebih dahulu jalan ke depan meninggalkan Yuan di belakang.
Kebetulan semasa Reyna tiba di depan pintu rumah, telefon Yuan berdering. Membuatkan lelaki tu terpaksa jawab panggilan dan mengisyaratkan Reyna masuk terlebih dahulu.
Reyna tekan butang loceng sewaktu Yuan bercakap melalui telefon. Tak lama dia tekan, pintu itu terbuka luas.
Belum sempat nak buat apa-apa tiba-tiba satu terpaan dan pelukan erat melingkari sekeliling badannya.
"Oh my god...Rey...lamanya tak jumpa kau.." ucap Jenny kegeraman semasa memeluk kuat tubuh Reyna.
Reyna yang dipeluk itu memejam mata rapat. Entah kenapa dia rasa lega bila di peluk begitu. Tubuh tegang dia menjadi relaks yang selesa.
"Hai Jen..."sebut Reyna selepas pelukan itu di lepaskan.
"Miss me huh?"senyum Jenny sewaktu menarik Reyna masuk ke dalam.
Reyna menanggalkan kasut tumit tinggi dia terlebih dahulu lalu menyarung selipar dalam sambil dipegang tangannya dengan Jenny.
"Masuk la...aku dah siap masakkan makanan kegemaran kau...lepas aku dengar Yuan kata kau nak datang aku terus shopping bagai nak rak..sampai tak sempat nak belikan hadiah untuk kau.."maklum Jenny sewaktu mengiringi Reyna ke ruang tengah penthouse. "Tapi tak apa...aku ada back up untuk hadiah tu.." Jenny menarik sengih penuh maknanya pada Reyna.
"Apa maksud kau?Hadiah?Untuk apa?"tanya Reyna.
Dan bila mereka tiba di ruang tengah tu Reyna dikejutkan dengan susun atur seperti parti hari lahir. Dan bila Reyna tengok belon merah jambu yang terapung di sekitar ruang tengah itu Reyna tersentak. Dia berdiri kaku dekat situ.
"Jangan cakap yang kau lupa hari lahir kau sendiri?"Jenny pandang tak percaya ke Reyna.
Reyna pandang Jenny dengan muka blur tapi still expressionless.
"Sayang...awak dekat mana?"panggil Yuan dari arah pintu masuk.
"Sini..ruang tengah.."sahut Jenny.
Reyna yang masih terpinga-pinga sebab lupa akan hari lahir sendiri tak perasan ada orang berdiri di sebelahnya.
"Wah...cantiknya. Ada event apa hari ni?"tanya suara tu.
Sekali lagi dia tersentak, Reyna palingkan kepala ke sisinya.
"Hari ni..birthday girl kita.."maklum Yuan sambil merangkul bahu Reyna di sisi sebelah lagi.
"Serius?Kenapa tak beritahu?Kalau saya tahu, saya prepare hadiah.."
Jenny ketawa lepas dengar. "Tak perlu... kehadiran awak pun dah cukup Killian.."seloroh Jenny.
Reyna pandang Jenny lepas sedar apa yang berlaku. Lalu dia pandang Yuan. Sama macam Jenny, senyuman penuh makna turut terukir di bibir Yuan.
Seriously?
"Apa saya nak buat dengan awak berdua ni?"keluh Reyna kerana sikap dua orang sahabat baiknya ini tak pernah nak biarkan hidup dia sendirian. Ada je yang dirancangnya.
Killian di situ tersengih pada Reyna. "Happy birthday Reyna."
Tidak terkutik dengan ucapan itu, Reyna balas senyuman Killian dengan hela pendek.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...