Cermin kaca yang memaparkan bayi di dalam incubator di pandang dia melalui cermin mata hitam yang dipakai dengan lama.
Dua tubuh kecil tu baring dengan lena bersama wayar dan tiub berjela-jela sana sini. Sedih bila tengok semua tu, tapi kalau itu dapat memanjangkan hayat mereka dan bantu mereka terpaksa la ditabahkan hati bila menengoknya.
Menurut Yuan, kembar dua orang ni lahir tak cukup bulan. Jadi mereka berdua terpaksa menerima rawatan rapi untuk beberapa tempoh sehingga la mereka dapat bernafas sendiri tanpa menggunakan topeng oksigen.
Jadi selama dua minggu ni berulang alik la Reyna dari rumah ke hospital untuk menjenguk kembar ni. Masuk dua minggu ni jugak dia tak masuk kerja. Yalah dalam keadaan macam ni mana la dia ada mood nak kerja atau fikir apa-apa. Lagipun baru dua minggu pemergian Jenny. Kerana tu Yuan pun izinkan la Reyna untuk cuti sehingga Reyna bersedia untuk masuk kerja.
"Hai Reyna..."satu suara dari sebelah kanan kedengaran.
Dengan lemah, Reyna palingkan kepala ke sisi lalu bertentang mata dengan dengan doktor berpakaian jubah pembedahan dan berkaca mata di sebelahnya.
Tidak membalas sapaan itu, Reyna kembali memandang ke depan lalu menyilang tangan ke dada.
Stephen pandang ke dalam bilik kaca dimana dua bayi yang terbaring di dalam incubator ultraviolet sambil di awasi dengan beberapa orang staf perubatan di dalamnya.
"Saya dengar apa yang berlaku...takziah saya ucapkan. Ianya pasti sukar buat awak dan Yuan.."ucap Stephen sambil termenung melihat tangan kecil yang ditusuk IV drip.
"Yang hidup pasti akan mati.."sebut Reyna dengan dingin dan mendatar tanpa emosi. "Tiada apa yang saya boleh lakukan mengenainya."ujarnya lagi.
Stephen palingkan kepala ke sisi untuk memandang tepi wajah Reyna. Lantas dengusan kecil mengejek dilepaskan bersama sengih meleret sinis dia.
"So we back to heartless Reyna la ni?"soal Stephen lepas dengar jawapan sinis dari Reyna.
Reyna diamkan diri. Dia tak balas komen tu sebab penat nak bercakap banyak. Dia dah fed up nak hadap semua ni. Too much too fast. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang sama. Dia tak boleh handle semua ni.
Hela nafas pendek dilepaskan Stephen lepas mereka berdua diam buat seketika.
"Killian dia cari awak...mengadu dia dekat saya yang dia tak dapat temui awak dekat mana-mana sepanjang beberapa hari ni. Dia cari dekat rumah awak tak ada...dalam pejabat, dia call awak tak angkat apatah lagi reply mana-mana mesej dia.."cerita Stephen.
Mendengar nama itu buatkan Reyna memejam mata taktala hatinya di pagut sedih sebab serba salah. Bukan sengaja dia nak elakkan diri dari Killian. Dia cuma tak tahu macam mana nak berhadapan dengan lelaki tu.
Dengan apa yang berlaku sekarang ni, Yuan lebih perlukan dia. Kalau diberi pilihan dia akan pilih Killian, tapi dia tak boleh pentingkan diri. Lepas apa yang berlaku, dia tak boleh pilih kesenangan hati dia.
Sakit, tapi apakan daya kita hidup mengikut ketentuan Tuhan bukan apa yang kita hendakkan. Infact, dia sangat merindui Killian ketika ini.
"Sebagai kawan baik Killian, saya nak nasihatkan awak. Sekiranya awak tak suka dia beritahu awal-awal. Sekiranya suka beritahu dia depan-depan. Jangan biarkan perasaan orang tergantung macam ni...ianya tak baik..permainkan perasaan orang lain dengan memberi fake hope pada mereka..."kata Stephen dengan tegas.
Perlahan-lahan Reyna membuka matanya bersama hati yang terluka dan kecewa. "Kalau begitu awak beritahu la Killian supaya berhenti menemui dan tidak lagi menghubungi saya.." minta dia.
"Apa awak kata?Sampai hati awak cakap macam tu..lepas apa yang dia dah buat untuk awak...ini balasan awak pada dia?"soal Stephen dengan kening mencerun terkejut.
Reyna berdiri menghadap Stephen lantas berdiri rapat ke lelaki tu sebab tak nak tinggikan suara memandangkan situ adalah hospital.
"Do you think I want this?"bisik Reyna dengan kening berkerut dan mata kemerahan mahu menangis. "Saya cuba yang terbaik.."sebutnya dengan ketulan angin mahu menangis di tekak.
Stephen tatap wajah tertekan Reyna tanpa bersuara.
"Setiap kali saya cuba yang terbaik untuk gembirakan hati semua orang...sebaliknya mereka kecewakan saya...tinggalkan saya...khianati kepercayaan yang saya dah berikan kepada mereka...dan awak di sini salahkan saya?"bisiknya bersama linangan air mata di pipi.
Stephen angkat tangan lantas memegang lengan Reyna dengan hati serba salah.
"Killian yang mintak semua ni...kalau dia tak bawa mulut pada Yuan dengan menceritakan segalanya keadaan takkan jadi rumit macam ni." nangis Reyna. "Tak satu-satu masalah timpa saya...awak ada tahu tak?Tak...awak semua tahunya salahkan saya..salahkan saya..." nangis.
Stephen tarik Reyna ke dalam pelukan lalu disandarkan ke dadanya.
"Saya penat...."sedunya dengan sebak yang amat sangat. Tangannya mencengkam kuat labcoat putih Stephen dengan kuat untuk mencari sokong supaya dia tak terduduk di situ.
Stephen usap belakang kepala Reyna sbil tepuk belakang badan tu. "Shhhh....saya salah. Maafkan saya Reyna.."ucapnya mahu memujuk.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...