49.

1.5K 82 2
                                    

"Aku dengar sebab dia isteri Tuan Yuan meninggal dunia?"

"Ya ke?Aku dengar dia nak jadi puan besar dalam keluarga tu.."

"Patutlah dia berkawan baik dengan Puan Jenny, konon kawan...sekali tikam kawan sendiri dari belakang.."

"Ih...jahatnya dia.."

"Harap je muka cantik...dasar pembunuh..perampas"

Bisik-bisikan halus kedengaran sepanjang perjalanan dia untuk ke pejabat. Dia tak tahu apa yang dah tersebar dekat dalam bangunan tu sepanjang ketiadaan dia di situ. Apa yamg pasti ianya bukan perkara baik.

Tanpa hiraukan semua jelingan dan bisikan mereka sekeliling Reyna teruskan langkah dia dengan yakin dan berkarisma.

Yalah buat apa nak rasa malu, bukannya dia buat salah apapun. Biar la apa mereka nak kata.

Dan bila dia tiba di ruangan utama Kumpulan Projek ACE dia, para pekerja yang duduk di situ berdiri menyambut kehadirannya di situ dengan satu renungan.

Ya, renungan yang paling dia benci sekali dalam muka bumi ni.

Simpati!

"Ketua.."panggil mereka sewaktu Reyna jalan melintasi mereka.

Seperti biasa, dengan muka kayu tak ada perasaan dia, Reyna hanya jalan menonong begitu saja tanpa mempedulikan mereka. Dia tak perlukan simpati atau kasihan sesiapa.

Baru je dia jejak masuk ke biliknya, mata dia teus terarah pada lelaki yang sedang berdiri menghadap pemandangan luar bangunan tingkat 20 itu.

"Tuan Howard..."sapa Reyna dengan perlahan sambil meletakkan beg tangannya ke atas meja kerjanya.

Perlahan-lahan Howard berpaling menghadap Reyna bersama reaksi serius seorang bos dan juga ayah.

"Selamat kembali Reyna...macam mana keadaan kamu?"

Reyna jadi kekok. Dia terpinga sekejap lepas bertentang mata dengan Howard.

"Baik tuan."jawabnya.

Howard mengangguk kepala lalu duduk di kerusi Reyna. Seusai dia duduk, dia arahkan Reyna pula yang duduk. Tanpa berlengah Reyna terus duduk.

"Rasanya tanpa saya beritahu kamu apa-apa, kamu sedia maklum apa tujuan saya ke sini?"Howard duduk sandar ke belakang dengan tangan di rehatkan pada lengan kerusi.

Memangnya dia tahu apa orang tua Yuan ni buat dekat sini?Dia bukannya psikik yang boleh baca fikiran orang.

"Sesuatu berlaku ke?"tanya Reyna yang tak berminat nak tahu. Tapi kena la hormat nak tak nak bila orang tanya kan.

Howard menarik sengih nipis. Matanya tunduk memandang ke bawah buat seketika sebelum memandang Reyna semula.

"Yuan dah ceritakan semua kepada saya. Mengenai permintaan terakhir Jenny dan semuanya."ujar Howard

Reyna cuma tenung muka Howard dengan blur. Yuan tu kan!

"Saya tak bantah apa-apa tentang hal tersebut. Begitu juga dengan isteri saya. Ini adalah hidup Yuan. Kami sebagai ibubapa dia hanya doakan yang terbaik untuk dia."

Dah tu?Nak apa datang sini?Nak marah?Nak salahkan dia apa yang berlaku dekat Yuan?Macam tu?

Howard duduk tegak kemudiannya. " Jadi...tujuan saya di sini sebagai seorang ayah dan bos ingin meminta kepada kamu yang mana saya tahu kamu dah lakukan banyak untuk keluarga kami..."kening Howard berkerut serba salah. "Saya harap kamu tak kecewakan Yuan.Dia satu-satunya anak yang kami ada. Sekiranya sesuatu terjadi pada dia, kami tak tahu nak buat macam mana lagi.."

Hati Reyna tersentap sedih lepas dengar permintaan tu. Sekali lagi!

"Tolong kami ya Reyna...bagi Yuan kamu ibarat tulang belakang dia...tanpa kamu dia takkan mampu teruskan hidup seperti biasa.."ujar Howard. "Apa yang kamu dengar jangan di hiraukan...mulut orang kita tak boleh nak tutup. Apa yang penting saya dan isteri tahu apa yang sebenarnya terjadi."

Tanpa bersuara, Reyna tundukkan kepala ke bawah kerana sedih. Dia sedih sebab terpaksa korbankan perasaan dia sekali lagi. Wajah Killian bermain dalam fikiran dia.

Ya Tuhan, kuatkan la hatinya ini supaya tak berputus asa.

"Reyna.."panggil Howard bila Reyna tak bagi apa-apa respon.

Reyna pejam mata bila nama dia di panggil. Buat beberapa saat dia diamkan diri buat seketika. Berbolak balik untuk buat keputusan. Dengan geram dia cengkam kain skirt hitam yang dipakai lalu mengangkat kepala memandang Howard.

"Baik tuan."setuju Reyna yang sudah menangis dalam hati bagai nak rak!

Ini la pepatah kata, banyak makan budi, merana diri!

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now