09.

1.5K 114 0
                                    

Apa yang dirasai waktu itu seperti ada batu bata penuh dekat kepala, perut mengelegak macam buat somersault dekat dalam sebaik dia tersedar dari tidurnya. Dan perkara yang dia nampak lepas bukak mata adalah cahaya terang dari jendela berlangsir putih yang tak ditutup rapat.

Ngerangngan jengkel keluar dari bibirnya sewaktu dia angkat tangan untuk pegang kepalanya yang berdenyut sakit bagai nak pecah tu.

Serentak pada masa itu juga telefon bimbitnya berdering. Entah mana keberadaan benda alah tu sendiri dia tak tahu.

Dring!Dring!

Reyna bangun dari baringnya dengan susah payah sebelum duduk melunjur di atas katil dengan letih. Dan bila dia mula sedar dari mamainya, baru la Reyna sedar betapa messed up nya dia waktu ni.

Kasut tumit tergeletak sepah atas lantai. Beg tangan tergolek dekat bawah sofa. Kot labuh yang dia gunakan semalam berada di hujung katil, dan bilik yang dia duduki itu bukan la bilik di apartment sebaliknya dia berada di bilik sebuah HOTEL?!

Mata Reyna terbutang luas. Kepala dia tersentak memandang ke depan. Apa yang dah berlaku?

Dengan cemas dia pandang kiri dan kanan. Hendak pastikan dalam bilik tu hanya dia seorang. Lalu tunduk memandang pakaian di badannya pula. Dia masih mengenakan pakaian kerja semalam!?

Dring!Dring!

Reyna yang sedang cemas kerana bingung tak tahu apa yang berlaku palingkan kepala ke punca deringan. Bila dia pandang, telefon bimbitnya yang berada di atas almari sebelah katil cepat-cepat mencapai telefon tu lalu menjawab panggilan yang masuk sejak tadi.

"Hello?"sapanya dengan suara serak bangun tidur dia.

"Awak dah bangun?"suara Yuan dalam panggilan menyapa telinga dia.

Reyna menguak rambut panjang hitam mengurai dia ke belakang dengan perlahan sewaktu memejam mata.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Reyna dengan kening berkerut sewaktu cuba mengingat kembali apa yang dah berlaku malam tadi.

"Hahaha...awak buat apa Reyna sampai tak ingat apa yang berlaku?Banyak sangat awak minum semalam dengan Killian?"

Terbuka terus mata Reyna lepas dengar. Killian?

"Malam tadi lepas kita selesai makan malam, awak dengan Killian keluar sama untuk minum dengan kawan-kawan dia...lepas tu saya tak tahu apa yang berlaku. Awak dekat mana?Saya suruh orang jemput awak...nak saya sediakan pakaian sekali ke?"

Reyna pandang ke depan dengan muka terkejut tak percaya dia lepas dengar. "Saya keluar dengan Killian?"soal Reyna yang tak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Yes...you totally wasted don't you?Sampai tak ingat apa-apa?Saya harap awak tak cakap yang bukan-bukan depan Killian..."ujar Yuan lagi dalam panggilan.

Reyna telan air liur gemuruhnya masa dengar. Dan bila palingkan kepala ke kiri, serta merta dia di sapa dengan pantulan imejnya sendiri melalui cermin meja solek dekat sebelah katil tu.

O.h m.y g.o.d!

Perlahan-lahan tangan Reyna angkat tangan untuk menekup mulut hendak menghalang jeritan keluar dari mulutnya.

Dekat cermin tu, Reyna nampak betapa teruknya rupa dia waktu itu. Rambut mengerbang macam apa, maskara cair menuruni pipi dan celak hitam berada di bawah mata seperti dia telah menangis sepanjang malam tadi.

What the hell happened!?

"Rey...you there?"panggil Yuan bila Reyna terdiam tak bersuara.

"Saya mesej awak saya dekat mana...tolong hantarkan orang ke sini.."minta Reyna dengan nada lemah seperti rohnya telah keluar dari jasad.

Ugh!

Apa yang dah berlaku malam tadi?Adakah dia telah menangis di depan semua orang macam baby malam tadi?Kalau ya?Mana dia nak letak muka!!!

"Okay...saya tunggu. Sebelum saya lupa kita ada meeting setengah jam dari sekarang. Tapi saya tangguhkan sejam lewat...jumpa dekat pejabat nanti.."

Reyna jatuhkan tangan dia yang memegang telefon ke bawah dengan lemah. Dengan geram Reyna kemudiannya mencekau rambut dia lalu baring menekup muka di atas cadar tu lantas menjerit sekuat hati!!!!

Please!

Beritahu dia malam tadi hanyalah mimpi.

Please!

Beritahu dekat dia malam tadi dia tak menangis depan semua orang!

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now