54.

1.8K 86 1
                                    

Why we here again?

Kenapa dia tak terfikir langsung hal ni dari awal sebelum setuju?Kenapa?!Dan sekarang dia tak boleh nak buat apa-apa lagi dah!

URGH!

This gonna be a disaster later!

"Kenapa?"tegur Yuan dekat sebelah lepas mereka berdua keluar dari kereta.

Reyna dekat sebelah pandang pintu masuk dewan eklusif dengan renungan 'what the hell' dia tanpa ekspresi dekat muka. Dia terlalu bengang sampai tak terkata.

Yuan yang kesan akan perubahan aura dekat sekeliling Reyna, terus pegang belakang Reyna. Dia tunduk menjengah kepala di sisi Reyna.

"Awak tak sihat ke?"soal Yuan dengan risau. Dia usap belakang badan Reyna dengan lembut.

Reyna pejamkan mata buat beberapa saat untuk tenangkan diri lantas di buka semula. Dengan perlahan, dia palingkan kepala ke Yuan dengan renungan gelap dia. Tolong!Jangan beritahu jawapan yang dia tak nak dengar. Tolong!

Yuan jungkit kening ingin tahu lepas Reyna merenung tepat ke mata dia. "Ada apa?"tanya dia.

"Sebelum kita masuk...ada sesuatu yang saya nak pastikan dulu."kata Reyna dengan mendatar.

"Apa dia?"tanya Yuan.

"Adakah semua tetamu di sini terdiri daripada sesetengah orang yang kita kenal atau..." leret Reyna yang mahu Yuan sambung kata-kata dia.

"Semua orang la..."jawab Yuan dengan muka blur. Tak faham apa yang Reyna hendak katakan.

Lepas dengar tu, Reyna dah mencarut cukup-cukup dalam hati. Kalau betul semua orang, itu bermakna mak datin pak datuk mulut longkang tak ada insurans pasti ada di sini jugak.

Lagi-lagi ahli lembaga pengarah syarikat Howard. Yang mana terdiri daripada pakcik dan makcik Yuan sendiri. Adik beradik kepada parents Yuan. Memandangkan khabar angin yang entah apa-apa dah tersebar, pasti mereka akan aim dia cukup-cukup bila bertembung nanti.

"Kenapa awak tanya?"soal Yuan.

Tanpa berkata apa-apa Reyna geleng kepala lalu terus jalan ke depan. Nak cakap lebih pun tak ada gunanya lagi. Mereka dah ada di sini pun. Suka ke tak suka, hadapkan je la.

Yuan dekat sebelah bawa tangan Reyna ke dalam lengan dia lalu jalan seiringan ke dalam dewan tersebut.

Tiba je dekat depan pintu utama, kehadiran pasangan sejoli itu berjaya menarik perhatian para tetamu di situ. Seorang dengan tuksedo putih segak Armaninya,seorang lagi dengan dress tube hitam labuh menyapu lantai. Masing-masing memancarkan aura dominan mereka.

Sampaikan yang pandang terpegun sendiri dengan mulut terbuka sedikit.

Yuan dekat sebelah dah tersenyum lebar. Berseri-seri muka dia macam baru menang loteri. Sementara Reyna dengan muka ais batu dia.

Masa ni la suara orang berbisik-bisik mula kedengaran. Mereka semua pandang serong ke Reyna membincangkan isu dan scandal yang berlegar-legar buat masa ni.

"Tonight gonna be have a lot of drama.." komen Reyna di sebelah sewaktu dia menyusuri isle pembahagi dewan tersebut.

Yuan dekat sebelah hanya lambai tangan ke kenalan yang dia nampak bersama senyuman di bibir. Dia kena nampak tough dekat luar walaupun dekat dalam dah koyak macam apa.

Sebabnya, dalam dunia bisnes ni, ramai yang tunggu orang macam Yuan ni jatuh. Sebab itu, tak kira la sesukar mana sekalipun cabaran yang menimpa, dia kena kuat. Dia tak boleh nampak lemah sampai boleh diambil kesempatan dengan musuh dia.

Yuan berpaling ke sisi menghadap Reyna. "Berlembut sikit dengan mereka..."pesan Yuan sewaktu melurutkan tangan sepanjang lengan kanan Reyna sebelum mencapai tangan itu.

Mata Reyna ikut pergerakkan Yuan dengan muka tanpa perasaan. "Bergantung pada keadaan."balasnya yang kedengaran sedikit jengkel.

Yuan angkat tangan Reyna lalu di bawa dekat ke bibirnya semasa dia tunduk mengucup jari bercincin tunang Reyna dengan kasih. Setelah itu dia pandang Reyna semula dengan senyuman sinis.

"Dan saya harapkan awak ada comeback yang lebih savage dari mereka..."pesan Yuan.

Reyna hampir nak menjuling mata menyampah. Senang je Yuan cakap, dia yang kena hadap nanti. Bukannya Yuan.

"Saya pergi jumpa papa sekejap...awak layan diri dulu. Saya datang cari awak nanti."pamit Yuan kemudiannya.

Reyna terus bawa tangan dia bersilang ke dada sejurus Yuan melangkah pergi dari situ.
Setelah ditinggalkan, Reyna berdiri sendiri dekat situ memerhati sekelilingnya.

Reyna membayangkan diri dia waktu itu ibarat berada di dalam padang pasir Zimbabwe. Dia zebra, manakala tetamu di situ adalah hyena, singa, jaguar, buaya dan segala pemangsa yang sedang mengepung dia bersedia untuk menerkam.

5...

Dia tak kisah, tapi mereka tak apa ke?

4...

Lagipun dia dah biasa dengan semua ni.

3...

Mereka?Rasanya tak sedia lagi kot...

2...

Lagipun dah lama dia tak beraksi..kan?

1...

"Reyna Salazar kan?"satu suara perempuan menyapa dari sisi kiri kedengaran tak lama lepas tu.

Game on!

Reyna palingkan badan dia menghadap penegur itu dengan wajah serius dingin dan renungan gelap.

"Ya saya."sahutnya dengan dingin.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now