"What the hell!Why you not pick up my call?"tanya Yuan dari depan kereta dengan bengang.
Reyna yang berjalan keluar bersama dengan driver dan Killian bingung-bingung. Dia berkedip mata bila Yuan jalan laju lantas mendapatkan dia.
"Apa yang dah berlaku?"tanya Reyna masa Yuan terus capai pergelangan tangan dia.
"Ikut je saya..."maklum Yuan sewaktu mahu menarik Reyna pergi.
Killian yang tak faham apa yang berlaku capai pergelangan Reyna yang satu lagi lalu menarik Reyna ke arah bertentangan.
"Auw!"aduh Reyna bila dirinya di tarik serentak dari kedua-dua arah.
Kepala Yuan tersentak belakang taktala langkahnya terhenti tiba-tiba. Sekali dia toleh, mata dia terarah pada tangan Killian.
"Ada apa ni?"tanya Killian masa pandang Yuan dengan kening berkerut.
Reyna cuba pulas tangan dia dari kedua-dua cengkaman tu sebab kerimasan.
"Lepaskan dia."arah Yuan dengan kening mencerlung tak puas hati.
Reaksi wajah Killian tiba-tiba jadi keruh. Tak pasal-pasal dia rasa semacam. "Kau lepaskan dia, aku lepaskan dia..."balas Killian.
Reyna pandang Killian dan Yuan silih ganti. Please la, jangan nak buat drama dekat depan hotel ni boleh tak?Buat malu betul!
"Aku tak ada masa nak bertekak dekat sini...so please..just let her go."arah Yuan kejengkelan sewaktu menarik Reyna.
Killian ikut tarik bila dia rasa rentapan dari Yuan.
Driver Reyna dah bingung sendiri, dia pandang Killian, Reyna dan Yuan silih ganti. Tak tahu apa dia kena buat.
"Killian.."panggil Reyna dengan perlahan masa situasi tu jadi semakin tegang.
Mata Killian yamg mencerun tu kembali normal semasa pandang Reyna. "Ya saya.."sahutnya.
Reyna geleng kepala pada Killian. Isyarat supaya Killian tak buat Yuan makin jengkel dan burukkan lagi keadaan.
Yuan perhati cara Killian tenung Reyna. Dia mengetap gigi menahan sabar bila tahu apa.perasaan Killian terhadap Reyna melalui renungan tu.
"Tapi sa-"Killian katup mulutnya lepas dia tengok muka Reyna. Nampak sangat Reyna merayu pada dia supaya mengalah. Dengan keluhan pendek, dia perlahan-lahan lepaskan tangan Reyna. "Fine.."
Yuan terus tarik Reyna ke arah keretanya. Dia buka pintu sebelah pemandu lalu mendorong Reyna masuk ke dalam kereta. Dengan bengang dia tutup pintu kereta tu lalu berpaling ke belakang semula.
"Ace...kamu boleh balik hari ni..tak perlu bawa Cik Reyna!"arah Yuan sewaktu pandang driver Reyna.
"Baik tuan.."sambut Ace dengan patuh dan hormat.
Lantas Yuan menjeling tak puas hati ke Killian sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Masuk je dalam kereta Yuan hidupkan enjin kereta dengan marah.
Reyna dekat sebelah dah pandang geram. Tapi tak bersuara, dia tahu Yuan marah. Tapi Yuan tak berhak bersikap kurang ajar macam ni dekat Killian. Lagipun buat apa Yuan nak marah kalau dia tak beritahu apa-apa pada Yuan tentang apa yang berlaku dalam hidup dia. Lelaki ni bukan sesiapa buat dia!Suka hati dia la.
"Pakai seatbelt tu."arah Yuan sambil gengam erat stereng kereta dan pandang ke depan.
Reyna silangkan tangan dia ke dada lalu sandar ke kerusi. Dia takkan buat. Entah apa sebab Yuan datang kacau pagi dia pastu marah-marah macam orang tak betul!
Yuan palingkan muka ke sisi bila Reyna tak buat apa dia nak. Rasa geram dengan perangai Reyna yang tiba-tiba memberontak, Yuan sendiri yang pakaikan seatbelt tu.
Masa Yuan sondongkan badan pasangkan seatbelt, Reyna pandang tepi muka Yuan dengan jengkel. Sesaat lepas tu dia alihkan mata keluar tingkap.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...