Khabar angin banyak tersebar tentang wanita bernama Reyna Salazar dalam dunia bisnes ni. Membuatkan ramai ahli bisnes agak was-was nak buat sebarang urusan dengan wanita ini. Lagi-lagi khabar angin yang disebarkan tu tiada satu pun yang positif.Kebanyakkannya negatif feedback dari rakan sebisnes lain yang pernah buat urusan dengan Reyna sendiri.
Ada yang mengatakan Reyna buatkan rakan kongsi syarikat belot rakan kongsi lain dengan tikam mereka dari belakang.
Ada jugak yang mengatakan Reyna rampas suami orang sebab nak posisi utama dalam syarikat terkenal.
Selain tu ada jugak khabar angin mengatakan Reyna aniaya orang lain supaya dia dapat tender projek yang mahal-mahal belaka.
Paling teruk, ada khabar angin mengatakan Reyna berjaya sebab dia mempunyai ramai sugar daddy.
Tapi banyak-banyak khabar angin yang tersebar, tiada satu pun berjaya menjejaskan reputasi Reyna di dalam syarikatnya. Yalah, kalau kerja bagus, reputasi sebagai eksekutif lagi cemerlang dari orang yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam dunia bisnes, sesiapa pun akan hargai.
Sebab itu Reyna tidak pernah gentar mahupun peduli akan semua khabar angin mengenainya. Yalah kita ni hidup bukan bergantung pada pendapat orang terhadap diri kita tau. Tapi kita teruskan hidup atas pendirian masing-masing dan sebab diri kita sendiri.
Kalau hidup ni mengharapkan pendapat orang lain, mati la jawabnya!
"Maaf sebab menunggu."ucap Reyna sewaktu berdiri di tepi meja dimana seorang lelaki muda segak mengenakan kot dan rambut di sisir segak serta berkaca mata sedang duduk.
Lelaki berkaca mata itupun tersenyum lalu berdiri untuk berjabat tangan dengan Reyna. "Tak mengapa. Saya sendiri pun baru tiba di sini. Kenalkan saya Killian Eugene, eksekutif perancangan strategi dari Syarikat Majalah X..."
Reyna pandang tangan kanan milik Killian buat beberapa saat sebelum mencapainya. Tanpa emosi di wajah mahupun senyuman di bibir dia goncang sekali tangan itu.
"Reyna..."
Killian tarik tangannya dari mencengkam tangan Reyna lalu duduk di kerusinya. "Silakan duduk.."
Dengan cermat dan tertib Reyna tarik kerusi lalu duduk di situ menghadap Killian dengan tegak. Bongkok tidak sandar pun tidak.
"Saya mewakili Tuan Yuan untuk perjumpaan ni kerana beliau masih belum balik dari lawatannya di Jepun. Saya dimaklumkan oleh beliau mengenai kertas proposal yang ingin ditawarkan oleh pihak encik."suara Reyna dengan formal dan mendatar.
Killian mengangguk kepala. "Ya betul...ini proposalnya."Killian mengeluarkan sampul coklat dari briefcase lalu diletakkan atas meja sebelum ditolak ke Reyna.
Reyna capai sampul tu lalu dikeluarkan isinya. "Boleh saya tahu apa tujuan proposal ni diadakan?"tanya Reyna semasa tunduk meneliti butiran dalam dokumen tersebut.
"Syarikat Golden Venture dah bertahun lama berurusan dengan syarikat Majalah X, untuk tahun ni kami akan buat event dengan gabungan Golden Venture sendiri. Untuk itu kami memerlukan persetujuan kerjasama dari pihak Tuan Yuan sendiri untuk
laksanakannya."jelas Killian.Reyna yang dengar hanya tekun membaca, kening dia sikit pun tak berkerut, malah bersahaja.
Killian yang menjadi pemerhati tersenyum bila lihat betapa komitednya Reyna terhadap kerja. Tak hairan la kenapa Reyna ni terkenal di kalangan banyak syarikat.
"Apa kata kita makan dulu?Saya ni dari semalam lagi tak sempat nak jamah apa-apa. Pulang saja dari airport saya masuk pejabat. Sampai je pejabat perlu hadap meeting..."cerita Killian dengan bersemangat.
"Silakan..."pelawa Reyna semasa meneliti dokumen ditangannya. Langsung tidak mengerling ke Killian.
Haih...Killian topang kedua-dua tangan di bawah dagu sewaktu merehatkan sikunya di atas meja. Dia perhati Reyna yang sikit pun tidak peduli untuk memandang dia.
Dekat pejabatnya, dia adalah lelaki paling diingini oleh semua staf wanita di situ. Sama ada yang bujang mahupun sudah berkahwin. Mereka tergila-gilakan dia. Sementara Reyna, di hadapannya sekarang ini malah hanya berkelakuan bersahaja. Adakah dirinya ini tidak cukup menarik lagi?
"Awak tahu...saya masih tak percaya dengan khabar angin yang tersebar mengenai awak bila saya lihat awak depan-depan begini..." kata Killian semasa angkat tangan memanggil waiter datang mendekat.
Reyna terdiam setelah mendengar kenyataan itu. Dia termenung memandang kertas seketika sebelum mengangkat kepala ke depannya.Dia tatap wajah kacak Killian buat beberapa saat sebelum berkedip mata.
"Ibu saya pesan, kalau nak judge someone bukan kerana kata-kata orang atau pendapat orang...tapi lihat orang tu sendiri dan kenali orang tu dengan mata sendiri..."kata Killian dengan senyuman ikhlas di bibir. "Dan saya rasa awak seorang yang baik.."
Reyna terpaku seketika taktala melihat senyuman dibibir Killian. Disebabkan lelaki tu berkaca mata, penampilan tu buatkan lelaki ni kelihatan muda dan kebudak-budakan sedikit pada pandangan mata Reyna.
"If like that...your mother is a wise person." komen Reyna.
Killian memberi eye smile dia pada Reyna.
"Mari la order...saya belanja. Sebagai perkenalan kita..."aju Killian sewaktu seorang waiter berdiri di sebelah meja menghulur buku menu padanya dan dicapai pada masa yang sama.
Reyna sekadar melepaskan hela pendek dengan ajakan itu.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...