27.

1.3K 102 1
                                    

Keningnya berkerut selepas meneliti hasil laporan dan idea untuk projek yang dia bakal serahkan kepada pekerja kebanggaannya. Hairan dengan idea dan bentuk kerja dia angkat kepala lalu memandang pelik.

"Reyna...kenapa kertas kerja ni ada yang pelik?"tanya Encik Howard senasa pandang Reyna dan kertas dekat tangan silih ganti.

Reyna yang sedang berdiri di hadapan layar putih depan bilik sidang hanya pandang reaksi mereka yang lain ada dekat situ. Termasuk bekas pemegang projek tu sendiri dengan riak kosong di wajah.

Dante yang lagi terkejut dari Howard dan yang lain diam mengengam penumbuk atas peha dia. Berani betul perempuan tak guna depannya ini guna idea yang sama dia gunakan untuk projek tu!ingatkan perampas je...rupa-rupanya peniru jugak!

Yuan yang duduk dekat sebelah kiri meja dekat dengan Howard ikut berkerut kening. "It's just don't look like you Reyna...it different..a lot."komen Yuan. Dia pun perasan.

Reyna yang dengar kerling ke Dante sebelum memandang Howard. "Kenapa?Teruk sangat ke idea ni?"tanya Reyna.

Encim Howard berkira-kira hendak berkata. Bukan apa, dia hanya hairan. Biasanya corak kerja Reyna lebih detail dan agak rumit. Namun tidak dengan idea baru yang dibentangkan oleh Reyna sebentar tadi. Ianya baru dan lain dari kebiasaan.

"Bukannya teruk...ianya sangat baik...sampai saya tak ada kata yang boleh jelaskan apa yang saya rasa sekarang...ianya agak-" Howard pandang Yuan, meminta tolong anaknya itu untuk katakan apa yang dia tak tahu nak istilahkan.

Yuan yang perasan terus bersuara untuk Howard. "It's refreshing...idea ni sangat brilliant dan begitu youthful...dan ceria...kami cuma terkejut sebab semua ni bertentangan dengan konsep kerja awak Reyna.."

Sudah tentu la ianya bertentangan dengan Reyna, sebab idea ni bukan Reyna yang punya. Asalnya semua ini adalah idea Dante sendiri. Lelaki tu telahpun merancang hampir 80% siap untuk projek ni. Reyna cuma perkemaskan lagi detail idea Dante dan tokok tambah sedikit supaya lebih baik.

"Sebab semua ni bukan idea saya.."ujar Reyna semasa dia menyelak kertas dekat meja bermikrofon dia.

Encik Howard ikut selak kertas tu lalu terhenti dekat muka surat belakang sekali. Dekat muka surat tu terdapat maklumat orang yang bertanggungjawab dalam projek ni. Sepatutnya dekat kertas tu ada nama Reyna, tapi tak. Sebaliknya nama Dante Antonio yang ada dekat situ.

Yuan angkat kepala dari bacaan dia masa Howard bingung tak faham. "Bukan ke projek ni awak yang handle kenapa nama Dante dalam
ni?"

"Sebab ini adalah idea dia...saya cuma orang yang menyampaikannya. Jadi yang sepatutnya mendapat kredit adalah beliau.."Reyna ajukan tangan ke Dante yang dah kejung macam patung dekat seberang meja.

Semua kepala berpaling ke arah Dante.

Reyna kemas-kemas kertas yang ada lalu susun sebelum dimasukkan ke dalam fail manila birunya. "Itu saja dari saya. bagaimana tuan menteri kebudayaan?Ada bantahan?"tanya Reyna pada empunya projek tu.

Lelaki berambut putih dan berwajah tembam tu kemudiannya mengangguk kepala. "Saya suka. Bajet yang disediakan juga sangat memuaskan. Pelan rancangan dan operasi sangat terperinci...sekiranya tiada aral melintang projek ni akan diserahkan kepada Golden Venture.."

Ketua projek dari syarikat lain melepaskan keluhan mengalah bila kata putus disampaikan oleh menteri kebudayaan tu.

"Baik...terima kasih."sambut Reyna masa tunduk beri hormat pada lelaki tu.

Dante yang terkejut dekat situ cuma tunduk pandang ke lantai kerana serba salah. Dia baru aje mengutuk Reyna sebentar tadi.

Setelah semua orang bergerak keluar dari situ, Reyna terus gerak hendak ke pejabat dia semula kerana ada meeting lagi dengan group projek dia pula.

Baru aje dia nak belok ke kanan, tiba-tiba pergelangan tangan kiri dia di pegang lantas badan dia dipaksa berpaling ke belakang semula.

Terkejut dia!

"Ketua Reyna..tunggu."panggil Dante dengan renungan serba salah dia.

Tanpa memberi sebarang reaksi mahupun emosi di wajah, Reyna menarik tangan dia dari cengkaman Dante.

"Kenapa kau buat semua ni?"soal Dante dengan muka kesal yang amat sangat.

Reyna tenung wajah Dante buat seketika sebelum bersuara. "Awak sendiri pilih projek bukan. Saya berikannya kepada awak. Sekiranya waktu saya tanya awak pilih jawatan...saya takkan tolong awak."jelasnya.

Kening Dante terangkat sedikit. "Kau dah tau tentang kenaikan pangkat tu?"

Reyna mengangguk kepala. "Yes and good luck for that. You worth it."ucap dia sebelum berpaling pergi dari situ meninggalkan Dante yang terkedu dekat situ.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now