35.

1.3K 98 1
                                    

I'm in pain and you put me here

Dia hubungi Rissa dan yang lain supaya datang ke hospital setelah dia tiba di situ. Selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Stephen, dia segera beritahu lokasi keberadaan ayahnya supaya Rissa dapat menemui ayahnya semula.

"Reyna!"panggil Ryan dari jauh buatkan beberapa kepala tersentak memandang ke hujung koridor. Kecuali seorang.

Rian,Killian dan Stephen pandang tiga beranak yang jalan mendekati ke arah mereka. Secara instinctnya mereka hadang Reyna seperti tembok pelindung setelah Ryan jalan berarak seperti mahu menyakiti Reyna.

Reyna yang termenung memandang ke lantai tak bergerak. Dia dah tak peduli apa-apa lagi mengenai mereka atau sekelilingnya waktu ni.

"Apa kau dah buat hah?Mana ayah!Mana dia?"soal Rudy pula setelah tiba di depan mereka.

Killian hadang Reyna sementara Rian hulur tangan je dada Rudy untuk menjarakkan Rudy dari Reyna.

Rissa berdiri depan pintu wad dengan wajah tak peduli dia. Langsung tak hiraukan kekecohan yang anak lelaki dia buat.

"Mana suami aku?"tanya dia masa jengah kepala lihat kanan dan kiri koridor tu.

Reyna angkat kepala, dia toleh memandang Rissa dengan renungan kosong. "Dalam.."tunjuk Reyna ke pintu depannya.

Dengan jelingan menyampah Rissa terus tolak pintu wad itu ke dalam dan berjalan masuk ke ruangan tu lalu diikuti Ryan dan Rudy di belakang.
Sementara Rena, dia cuma berdiri dekat situ membatu.

Stephen toleh ke Reyna. Keningnya berkerut tak faham. "Kenapa awak tak nak masuk..."

Rian dan Killian ikut berpaling memandang Reyna ingin tahu jawapannya.

Reyna silangkan tangan ke dada lantas memandang setiap seorang lelaki si depannya seorang demi seorang.

"Saya tak bersedia.."jawab Reyna dengan perlahan. Dia tundukkan pandangannya ke bawah.

"Kalau bukan sekarang...lain kali tiada lagi Reyna.."ujar Rian dengan lembut.

"Masuk la.."gesa Killian pula.

Stephen pandang tepi wajah Reyna dengan risau.

Telinga dan hidung Reyna mulai kemerahan. Dia tundukkan kepala ke bawah. Dia tak berani nak jumpa ayahnya. Dia takut!

Stephen pandang Killian, memberi renungan pada rakannya seakan bertanya'apa kita kena buat sekarang'pada Killian.

Killian yang nampak hanya membuat muka serba serbi tak kena dan sedih lantas menjungkit bahu tak tahu.

"You have to Reyna.."pujuk Killian masa pegang belakang badan Reyna.

Mereka bertiga berdiri dekat situ pandang Reyna yang tunduk memandang ke bawah. Lama mereka perhati Reyna beri reaksi.

Dan bila Reyna angkat kepala mata itu sudahpun kemerahan seperti mahu menangis.

"Saya tak boleh.."sebut Reyna semasa memandang pintu wad dimana ayahnya ditempatkan. Dia tak kuat nak berhadapan dengan ayahnya. Ianya menyakitkan dia dari dalam.

Tepat pada masa itu la pintu wad terbuka, Rudy dengan wajah tegang dia terlebih dahulu melangkah keluar lalu diikuti Rissa dan di akhiri oleh Ryan.

"Puas hati kau sekarang?"desis Rudy dengan benci.

Reyna pandang Rudy dengan muka dingin tiada perasaan.

"Semua ni salah kau...entah apa kau dah racun fikiran orang tua tu...sampai dia tak nak pandang muka kita orang lagi..."sambung Ryan sebelum beredar dari situ.

Rissa hanya membuat muka benci dia ke Reyna sebelum melangkah pergi dari situ.

Stephen dorong Reyna ke depan supaya masuk berjumpa dengan orang tuanya.

Reyna menggeleng kepala tak mahu. Tapi mereka dekat situ paksa juga Reyna masuk ke dalam dan menutup pintu itu lalu di hadang supaya Reyna tidak membukanya.

Reyna yang ditinggalkan dekat depan pintu cuma berdiri di situ dengan kepala tertunduk ke bawah. Jantung dia berdegup kuat sampai senak dada dia!

"Reyna..."suara serak-serak basah kedengaran di belakang tak lama lepas tu.

Terus terpejam mata Reyna lepas dengar suara tu. Rasa sebu mulai mengasak dadanya. Tangannya mengepal penumbuk seerat-eratnya.

"Reyna..."panggil Salazar lagi dengan susah payah.

Tak tahan dengan perasaan yang ditanggung dadanya, Reyna mengalah. Dia perlahan-lahan berpaling menghadap ayahnya. Dan bila mata dia terarah pada katil, air matanya terus tumpah.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya melihat satu-satu insan terpenting dalam hidupnya membuka mata dan bersuara seperti ini.

Salazar ikut menangis bila dia menatap wajah sedih Reyna. Dengan sebak dia bersuara. "Maafkan ayah Reyna..."ucapnya.

Dengan kaki ibarat jeli itu, Reyna jalan mendekati katil sambil tersedu sedan seperti anak kecil.

"Ayah...."panggil Reyna sewaktu mendepakan tangan lalu memeluk sekeliling leher Salazar. Dan waktu itu la suara tanggisan keluar dari mulutnya buat kali pertama sepanjang setahun ni.

Salazara gunakan tangan kanan dia lalu membalas pelukan itu dengan mata terpejam rapat. "Maafkan ayah Reyna..."ucapnya bersama linangan air mata.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now