It's Okay
Dengan berat dia tolak dirinya jauh sebelum memandang wajah pucat ayahnya. Pipi dingin dan bermisai nipis itu lalu ditekupnya dengan kasih.
"Ayah ingat Reyna?"tanya Reyna dengan suara serak menangisnya. Sambil itu dia menyeka air mata dari pipi Salazar.
Reyna sangkakan Salazar akan lupa ingatan selepas pembedahan. Tak sangka Tuhan tunaikan permintaannya supaya ayahnya sedar. Namun setiap perkara yang diperoleh perlu ada bayarannya. Dia perlu bayar untuk permintaan yang satunya ini.
Salazar tersenyum nipis lepas dengar. Matanya bergerak menatap wajah yang saling tak tumpah seperti mendiang isterinya. "Mesti la ayah ingat..."
Reyna ikut tersenyum lepas dengar. Rasa sedih mula mengasak dadanya. "Did I look much like her?"bisik Reyna dengan lembut. Tak nak buatkan ayahnya terganggu.
"Just like her.."gumam Salazar dengan lemah. Nafasnya tersekat-sekat menahan sakit.
Reyna perasan akan hal tu, tapi dia tak endahkan. Dia tak nak endahkannya. Tak nak!
"Terima kasih sebab bangun..." ucapnya dengan lirih.Salazar angkat tangan dia dengan sisa tenaga yang ada lalu mengusap kepala Reyna bersama senyuman sedih dia. "Maafkan ayah untuk semua yang ayah dah lakukan terhadap kamu." terketar-ketar suara Salazar masa bercakap.
Reyna menggeleng kepala sambil air mata mengalir turun dari hidungnya. "Ayah tak buat salah. Reyna faham kenapa ayah marah...sikit pun Reyna tak pernah bencikan ayah.."jawab Reyna dengan jujur.
Dia faham sebab dia rasa apa yang ayahnya rasakan. Cuma dia tak pandai nak ekpresikan perasaannya saja.
Kening Salazar berkerut sewaktu memejam mata menahan sakit. Lantas dia tersedu sedih. "Ianya sakit..."sebutnya. "...kehilangan ibu kamu...ianya sakit..rasanya seperti sebahagian diri ayah dicarik-carik..pandang wajah kamu buatkan ayah teringat pada ibu kamu...ayah sakit hati sebab dia tinggalkan ayah sendirian sebab itu ayah layan kamu dengan kejam..."
Reyna angguk kepala sambil menyeka air mata dari tepi mata Salazar. "Reyna tahu...sebab tu Reyna tak salahkan ayah..."
Salazar buka mata bila sakitnya semakin lama semakin menyakitkan kepala dan seluruh badannya. Nak gerakkan badan pun rasa sangat menyeksakan.
"Ayah dah tak ada banyak masa Reyna..." beritahu Salazar taktala dia dapat merasakan masanya semakin menghampiri.
Berkerut-kerut kening Reyna taktala mendengarnya."No..."gelengnya dengan perlahan. "No...you will be fine.."nafi Reyna sedangkan dia lebih tahu dari apa-apapun.
Salazar menarik senyumannya dengan susah payah. Hatinya sedih, tapi dia tak nak buatkan Reyna semakin sedih."Ayah dengar semuanya...sepanjang kamu jaga ayah. Sepanjang masa ibu dan abang tiri kamu bergaduh mengenai harta...segalanya yang kamu ceritakan apa yang berlaku di hari
kamu..."luahnya.Reyna tersenyum senang. Dia tak pernah senyum untuk sesiapa kecuali untuk ayahnya saja. Untuk keluarganya saja. "Reyna ganggu ke?"tanya dia.
Salazar pejam mata sambil menggeleng kepala.
"Kamu dah lakukan yang terbaik untuk semua orang Reyna...kamu dah cuba yang terbaik. Bukan salah kamu sekiranya orang meninggalkan kamu.."kata Salazar.
Reyna menggigit bawah bibirnya dengan kuat hendak menahan rasa sedih dan sebak yang dirasainya. Dah tu kenapa semua orang tinggalkan dia jugak kalau dia dah buat yang terbaik untuk mereka.
"I know...."sebut Reyna bersama linangan air mata di pipi.
Perlahan-lahan Salazar membuka mata. Dia beri renungan redup ke Reyna."Ayah tak kuat lagi...tanpa ibu kamu..semuanya...tak kena..ayah penat Reyna.."luah Salazar dengan suara serak sebaknya.
"Reyna faham..."kepala berambut putih sebahagian itu di usap Reyna dengan kasih. "Ayah boleh rehat lepas ni.."ucap Reyna bersama ketulan udara dalam kerongkongnya.
Perlahan-lahan dada Salazar naik turun lemah. "Maafkan ayah sebab tak dapat temani kamu dengan lebih lama.."ucap Salazar semasa memejam mata.
Reyna tepuk dada Salazar mahu mendodoikan ayahnya. "It okay...ayah rehat la...Reyna tak apa-apa..."Reyna cengkam tangan kanan ayahnya dengan erat masa pandang wajah itu. "You can rest now.."minta Reyna.
"Maafkan ayah..."ucap Salazar sebelum menutup mata buat kali terakhir.
Setelah beberapa ketika suasana senyap sunyi menghuni bilik itu. Reyna yang duduk di atas katil menepuk dada Salazar hanya termenung menatap wajah ayahnya.
BIP!BIP!BIP----------bunyi alat pembaca detak jantung itu menghasilkan bunyi panjang. Memberitahu yang memakainya sudah tiada lagi degupan jantung.
Masa itu la pintu wad terbuka, tiga lelaki dengan wajah sugul berjalan masuk ke dalam ruangan itu.
Sambil memegang tangan ayahnya, Reyna palingkan kepala ke arah mereka bertiga. Dia berkedip memandang Killian,Rian dan Stephen.
"He's gone..."ucap Reyna dengan mendatar.
Bahu mereka bertiga jatuh hilang semangat lepas pandang wajah sedih Reyna yang basah dengan air mata.
Killian terlebih dahulu mendapatkan Reyna lalu menariknya ke dalam pelukan.
Sebaik saja tubuhnya didakap, terus meraung Reyna dekat situ meratap pemergian ayahnya.
Stephen jalankan tugasnya sebagai doktor dengan memeriksa Salazar sebelum merasmikan jam waktu kematian ayah Reyna.
Rian hanya berdiri di situ dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan berada di depan perut.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...