Love is difficult
"Apa ni?!"satu fail dihempas ke meja dengan kasar sampaikan kertas dalam tu ikut terkeluar. "Lain yang saya mintak lain yang awak bagi...apa aje dalam fikiran awak tu?"
Tanpa bersuara kertas yang bersepah dekat lantai dikutip lalu di susun semula ke dalam fail.
Yuan mencekak pingang bila perhati Reyna sikit pun tak beri reaksi terhadap angin dia.
"Saya bagi apa awak nak..laporan kewangan untuk dua projek sebelum ni dan strategi untuk peningkatan profit syarikat la.."jawab Reyna dengan mendatar.
Seusai menyusun kertas tadi, Reyna berdiri sambil memegang failnya rapat ke perut lantas menilik wajah tegang Yuan.
Jarang kawannya ini naik angin dan marah-marah. Biasanya kalau Yuan sensitif mesti sebab marah atau terlalu penat. Tapi angin marah Yuan seperti ada sesuatu yang lain mencetus tantrum lelaki ini.
"Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia.
Yuan jeling ke Reyna. "Awak tanya kenapa dengan saya?"soal Yuan dengan berang.
Reyna hanya berdiri di situ memerhati wajah Yuan. Tak kira la waktu marah waktu senang Yuan tak pernah tak buat Reyna terkesan dengan rupa yang dimiliki oleh lelaki itu.
"Ya...saya ada buat salah apa-apa ke?"balas Reyna.
"Saya ingatkan saya dah beritahu Killian supaya jauhkan diri dari awak?Still saya dapat tahu awak keluar dengan dia?Tak cukup dengan tu..awak keluar dengan mereka berempat?"soal Yuan sambil tunjukkan tangan ke arah pintu kaca di belakang Reyna.
Reyna mengedipkan mata dua kali sebaik mendengar kata-kata itu.
"Awak luangkan masa dengan mereka sampai lupa tugas awak dekat sini...di sisi saya..untuk syarikat ni..awak ingat saya tak tahu ke yang awak luangkan masa di luar dengan setiap seorang dari mereka..."marah Yuan lagi.
Reyna tenung wajah berang Yuan sebelum selak anak rambutnya ke belakang telinga lantas berkata. Kenapa pulak Yuan ni?
"Bukan ke awak yang bersungguh nak saya lakukan semua ni?Dan sekarang awak salahkan saya?"tanya Reyna dengan perlahan.
Tangan Yuan jatuh ke sisi. Dia pandang Reyna dengan kening mencerlung.
"Iya...tapi bukan macam ni...awak sibuk sampai call dan mesej saya awak susah nak balas..!" luah Yuan lagi. Dah memang betul pun. Sejak dua menjak ni dia perhati Reyna selalu keluar pejabat dan luangkan masa dengan Killian tak seperti Reyna lakukan. Hal tu buatkan dia jengkel. Rasa macam dipulaukan pun ada.
"Awak dah berkahwin Yuan...dah ada isteri. Dan akan mempunyai anak tak lama lagi...Kenapa awak peduli akan urusan saya?"balas Reyna dengan kening berkerut tak faham.
"Sebab siapa saya dalam situasi ni sekarang?"Yuan tunjuk dada dia dengan bengang. "Beritahu saya sebab siapa?"mata lelaki itu kemerahan.
Reyna mengetap gigi bila lihat reaksi Yuan. Dia boleh agak ke mana perbalahan mereka ini akan berakhir.
"Yuan..jangan."tegah Reyna.
"Saya takkan berperangai macam lelaki tak guna kalau awak tak letakkan saya di posisi ni sejak awal lagi..."sambung Yuan yang tak mempedulikan amaran Reyna.
"Benda dah lepas biarkan lepas..kenapa perlu diungkit...saya ingat kita dah bincang hal ni.." tegah Reyna lagi.
Yuan kuak rambutnya ke belakang dengan kasar sebelum direnggut perlahan. Deru nafas kasarnya keluar dari bibir tak lama lepas tu.
"I can't help it..."luah Yuan. "Pada awalnya saya tak kisah, sebab awak ada di sisi saya...saya ingat dengan jodohkan awak boleh hapuskan apa yang saya rasa ni...tapi tak..ianya hanya buat saya jengkel lagi ada la.."
Reyna pandang wajah tertekan Yuan dengan dada berdegup senak.
Yuan pandang Reyna dengan kening mencerun sedih sewaktu jalan keluar dari belakang meja dia untuk mendekati Reyna. "Saya ingat saya dapat ubah awak..baiki awak dengan semua ni..tapi sebaliknya ianya hanya lakukan kerosakan pada diri saya je."dia capai tangan Reyna kemudiannya.
Reyna menggeleng kepala. Dia tarik tangan dia lalu undur ke belakang. Yuan dah hilang akal. Lelaki ni tertekan ke apa?Sedar ke tak apa yang Yuan tengah katakan ni?
"Dengar sini...Banyak benda yang tak kena dengan saya. Terlalu banyak kesilapannya. Awak tak boleh lakukan apa-apa mengenainya...awak tak boleh ubahnya. You can't fix me because i'm not broken. I don't need to be fixed. I'm me!"tegas Reyna dengan nada perlahan.
Yuan dekati Reyna lalu mencapai tangan Reyna. "Saya tahu tu..tapi awak paksa saya terima Jenny...sebab awak saya kahwini dia...kerana dia saya terpaksa korbankan perasaan suka saya pada awak Reyna...awak lupa ke?"
Reyna terkedu lepas mendengarnya. Matanya kemerahan taktala menatap mata Yuan. "Stop it Yuan.."arah Reyna.
Yuan berdegil, dia tetap juga mahu bersuara. "Sebab awak tak nak ditinggalkan...saya korbankan perasaan saya demi pastikan Jenny bersama dengan awak..supaya awak gembira...awak fikir saya suka ke dengan semua ni?" bentak Yuan.
Mujurla bilik itu kedap bunyi. Kalau tak mungkin dah sampai keluar suara Yuan boleh di dengar.
Satu titisan air mata jatuh melurut ke pipi Reyna. "Tolonglah Yuan..berhenti."
"Saya bersama dengan Jenny sebab nak kekalkan awak di sisi saya..tapi nampaknya usaha saya tak dihargai kerana awak dah ada penganti yang lain..awak lebihkan mereka..pulaukan saya."
"Yuan tolongla..."minta Reyna masa tarik tangan dia dari cengkaman Yuan.
"Saya tahu awak cintakan saya sejak kali pertama kita jumpa, tapi awak undurkan diri sebab awak tahu Jenny sukakan saya jugak..." luah Yuan lagi.
Reyna tenung mata Yuan dengan perasaan berkecamuk yang amat sangat. Kata-kata Yuan buatkan dia teringat perasaan lama dia yang dah terkubur sejak Yuan berkahwin dengan Jenny.
"Awak tahu tapi awak pilih Jenny jugak." sebut Reyna.
"Iya..sebab saya tahu niat awak nak satukan kami sejak awal lagi...saya tak nak awak jauhkan diri kalau saya pilih awak bukan Jenny..."
Reyna peluk kedua-dua belah lengan lantas menggeleng kepala. "Tak..awak tak boleh buat macam ni pada Jenny. Ianya salah..."
Yuan mengetap gigi erat-erat.
"Janji pada saya Yuan...Jenny tak boleh tahu hal ni..."minta Reyna sambil termenung pandang ke kakinya.
Yuan terus berpaling dari situ lalu kembali duduk di belakang meja dia.
"Keluar."arah Yuan dengan nada serius.
Tanpa berkata apa-apa, Reyna terus keluar dari pejabat tu.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...