56.

3.5K 128 10
                                    

6 tahun kemudian...

Bingkai gambar tergantung di sana sini, tergeletak memenuhi ruang tamu dan dinding rumah tiga tingkat itu. Di laman luas rumah itu bersepah dengan mainan kanak-kanak. Kolam mandi pula terisi dengan pelampung unikorn merah jambu.

"Tania...ke sini kamu sekarang!"

"No!"

"Ahahhaa..."

"Tasha jangan!Mama kamu marah nanti!"

Riuh pagi tu dengan suara budak ketawa dan menjerit-jerit. Mujur la jiran tetangga dekat situ sedia maklum akan suasana keluarga besar itu.

Di dalam ruang tamu,

Tania yang mengenakan baju ala-ala tomboyish melompat-lompat atas sofa sementara Tasha dengan baju pricess Ariel dia berlari sekeliling meja di kejar dengan Yuan dekat belakang.

"Pulangkan semula sayang...beg tangan tu kesayangan mama kamu.."minta Yuan sambil mendepakan tangan mahu mengelakkan anak perempuan kecilnya larikan diri.

"Wekk...papa janji nak tengok cerita dengan Tasha tapi papa tidur..."rajuk Tasha.

"Papa penat okay..bukan sengaja. Now give it to me.."

"Lari Tasha!"arah Tania semasa melompat turun dari sofa lalu menarik tangan kembar dia keluar dari ruang tamu tu.

"Tania!Tasha!"panggil Yuan."You little brat!Come back here now!"

Yuan terus kejar dua beradik tu sampai la keluar rumah. Gara-gara beg tangan je dia kena bazirkan tenaga dia untuk kejar dua minion tu.

Disebabkan Yuan lagi laju, dia berjaya menangkap dua kembar tu dengan serentak lalu diangkat ke atas bahu sebelum di pusing-pusingkan.

"ahhhh!!!!!!"

"Papa!papa!ahhahahaha.."

Teriak dan ketawa mereka silih ganti kedengaran di laman rumah tersebut. Buatkan jiran tetangga yang sedang siram pokok bunga dan mencuci kereta ikut menjengah kepala ingin tahu apa yang berlaku.

Tiga beranak tu kemudiannya bergerak masuk ke dalam dengan sisa ketawa mereka lalu ke dapur untuk bersarapan.

Masuk je ke dapur, bau haruman masakan menerawang di udara.

"Mm..yummy!mama masak apa?"tanya Tania sambil panjat kerusi lalu selesakan diri di atasnya.

Yuan dukung Tasha dan membantu anaknya naik ke kerusi sebelum gerak ke dapur untuk membantu isterinya.

"Lasagna kegemaran kamu.."Reyna berpaling menghadap mereka dengan senyuman lebar di bibir. Wajah berseri ibu mengandung jelas terpancar di wajahnya.

Tasha tepuk tangan macam anjing laut kegembiraan. "Yeah!"soraknya dengan girang.

Yuan cepat-cepat capai bekas makanan dari tangan Reyna. "Biar saya buat...awak duduk." arahnya.

Reyna serahkan bekas tu pada Yuan dengan senyuman lebar di bibir. "Terima kasih.."

Yuan ikut tersenyum. "Kasih di terima.."

"Mama hari ni kita jumpa nenek ke?"tanya Tania sewaktu Reyna tarik kerusi lalu duduk.menghadap kembar dua orang itu dengan susah payah sebab perutnya yang sudah sarat 8 bulan itu buatkan semua pergerakkan dia terhad.

"Kamu nak jumpa nenek kamu ke?"tanya Yuan semasa menghidangkan makanan ke atas meja makan.

"Nak."sahut Tasha pula.

"Lepas sarapan nanti kita pergi jumpa nenek. Atuk kamu pasti gembira lihat kamu..."kata Reyna.

Yuan tuang air kosong ke dalam gelas lalu diletakkan ke sisi pinggan Reyna lalu cawan untuk dua anak kembarnya.

Reyna perhatikan saja gerak kerja Yuan. Cekap dan kemas. "Awak nampak smart bila buat semua ni..."puji Reyna masa dongak memandang tepi dia.

Yuan yang dengar ikut tunduk memandang Reyna.

"Baru tahu ke?"balas Yuan sebelum duduk di sebelah Reyna.

Sambil menggeleng kepala menyampah dengan Yuan, Reyna hulurkan pinggan yang terisi dengan makanan pada Tania sementara Tasha punya di hulur Yuan.

"Cukup tak tu?"tanya Reyna pada Tania.

"Terima kasih mama.."ucap Tania dengan riang.

"Mama je?Papa tak ada?"soal Yuan sewaktu Tasha perlukan bantuan untuk memegang grafu plastik dia.

Sambil suap makanan ke dalam mulut, Tania cuma buat muka mengejek ke Yuan. "Mama yang masak.."

Yuan ketawa kecil melihat reaksi comel Tania.

"Awak makan la sekali.."pelawa Reyna pada Yuan sewaktu menyuakan potongan kecil lasagna ke suaminya.

Yuan pandang garfu itu sebelum memandang Reyna. Tanpa berkata apa-apa dia hanya memberi renungan terima kasih kepada Reyna.

Reyna yang faham akan renungan itu mengangguk kepala faham. Tak perlukan kata-kata untuk sampaikannya sebab dia tahu."Say ahhh..." agahnya seperti mahu menyuap anak kecil.

Yuan dengan patuh mengangakan mulut. Lalu sudu itu disuap ke dalam mulutnya. Masa dia mengunyah, masa tu la suara anak kecil kedengaran.

"Ihhh...papa budak kecik...dah besar pun bersuap.."ejek Tasha masa suap sudu ke dalam mulut sambil mematai Yuan.

Reyna dan Yuan cuma ketawa kecil mendengar keletah itu. Harap je 6 tahun tapi perangai macam budak besar.

~TAMAT~

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now