Dia penat.
Itu je yang dirasainya masa berjalan masuk ke dalam rumah. Nak jalan je pun rasa macam ada batu bata bertenggek dekat segenap urat saraf dia waktu ni. Setiap langkah yang di atur sangat berat untuk dia.
"Selamat pulang Cik Reyna.."sambut Gina dekat depan pintu sebaik saja Reyna jejak kaki ke dalam penthouse.
Reyna tak menyambut ucapan tu. Dia hanya tunduk menyarung selipar dalam sambil menghulurkan kot dan beg tangannya kepada Gina.
"Cik dah makan?Nak saya sediakan air mandian ke?"soal Gina sambil mencapai kot dan beg Reyna.
Baru je Reyna nak gerak ke sofa ruang tengah, matanya terarah pada kotak dan bungkusan di tepi dinding depannya.
"Apa semua ni?"tanya Reyna masa berdiri depan kotak-kotak tu.
Gina pandang timbunan barang tu dengan kening terangkat sebelum tersenyum. "Barang-barang yang cik minta supaya diambil dari kediaman ayah cik.."jawab Gina.
Reyna tersentak sendiri. Dia terlupa mengenainya. Dia ada mintak orang untuk keluarkan semua barang milik ibunya sebelum dibuang dari rumah tu. Dan sekarang tak ada satu pun barang mengenai dia dan ibunya dalam rumah tu lagi.
"Oh."itu saja reaksinya.
"Cik nak saya buat apa-apa ke?"tanya Gina.
Reyna termenung buat seketika. Dia termenung tanpa memikirkan apa-apa. Mata dia terarah secara random di depannya.
Gina dengan setia berdiri dekat situ memandang Reyna. Dia faham ada sesuatu yang menganggu fikiran Reyna waktu itu, jadi dia tak bertanya lagi. Dia biarkan dulu sampai la Reyna nak bercakap.
Bersama keluhan panjang Reyna berpaling memandang Gina. Dia ambil masa beberapa saat untuk mengatur kata-katanya sebelum bersuara."Sediakan air mandian untuk saya...dan makan malam. Saya nak duduk sekejap. Dah siap panggil saya.."arah Reyna.
"Baik cik.."tunduk Gina menerima arahan itu.
Reyna kemudiannya gerak ke ruang tengah lantas duduk menghenyak punggung di sofa hitam kulit berkilat miliknya.
Tanpa bersandar Reyna duduk tegak menghadap perapian tidak bercahayanya dengan kedua-dua tangan bersilang di atas riba. Dia termenung sekali lagi setelah itu.
"Kau anak perempuan tak guna!Asal isteri aku yang mati!Kenapa bukan kau je yang mati! sikit pun tak pernah nak menyenangkan!"
Habis, di lempar barang-barang dekat ruang tamu ke dinding oleh ayahnya semasa lelaki itu mabuk. Benda rutin yang ayah dia lakukan kalau pulang rumah selepas lepak di luar.
"Muka kau..suara kau...buat aku jijik tau tak!Jijik!Aku benci semua pasal kau!"ludah ayahnya lagi dengan bengis.
"Ayah..tolong la jangan macam ni.."
"Aku benci kau!Aku benci semuanya tentang kau?Berhambus dari hidup aku!Aku tak nak tengok muka kau!"
Terus terpejam mata Reyna selepas itu. Tanpa dia minta ingatannya kembali di waktu ayahnya kemurungan selepas kematian ibunya. Saat-saat itu adalah moment yang sangat sukar untuk Reyna handle sendirian.
Ianya sangat sakit!
"Ini isteri baru ayah...mama baru kamu. Dan dua orang ni adalah anaknya. Jadi ayah mintak kamu supaya jadi anak yang baik dan jangan menyusahkkan mama kamu.."
"Oh ini ke anak yang awak cerita suka beri masalah pada awak tu?"
Dengan renungan benci tak suka ayahnya berdecit. "Entah kenapa aku masih anggap dia anak.."
Perlahan-lahan Reyna membuka matanya. Enggan lagi mengimbas memori tak menyenangkan ni. Bukannya buat dia senang hati malah lebih depress adalah.
"Cik..."suara lembut keibuan Gina menyapa telinganya tak lama lepas tu.
Dengan lemah Reyna palingkan kepala ke kiri dimana Gina tengah berdiri. Dan bila dia pandang wajah tua Gina, wanita itu tersenyum kepadanya.
"Gina..."panggil Reyna dengan nada mendatar.
"Ya cik."sambut Gina dengan riang.
"Adakah saya seorang anak yang menyusahkan?"tanya Reyna dengan hati yang hiba.
Sampai sekarang dia tertanya-tanya adakah dia seseorang yang menyusahkan orang lain?
Gina jalan mendekati Reyna sebelum duduk di sebelah Reyna. Lantas dia usap belakang kepala Reyna dengan lembut.
"Ada sesuatu yang menganggu fikiran cik ke?"tanya dia.
Reyna cuma pandang Gina tanpa ekpresi di wajah. Dia tilik wajah tua Gina dengan lama. Bertuah siapa dapat Gina sebagai ibu mereka. Bukan saja lemah lembut dan penyanyang tapi seorang yang penyabar.
Bila Reyna tak jawab, Gina bersuara sekali lagi. "Tak...cik bukan seorang yang menyusahkan...saya lakukan semua ni kerana tanggunjawab saya bekerja untuk cik dan saya ikhlas lakukannya bukan kerana di bayar. Tapi sebab saya dah anggap cik macam anak saya sendiri...."jelas Gina dengan jujur.
Reyna yang dengar berasa luluh hati dek kesedihan yang mengasak dadanya selama ini. Dia jarang menangis kerana tak nak kelihatan lemah dan cengeng di depan orang.
Tapi apakan daya, dia hanya seorang manusia biasa yang banyak kekurangannya. Manusia yang lemah dan rapuh. Manusia yang terlalu sensitif dan emosional.
Gina menjungkit keningnya tinggi-tinggi lepas lihat air mata turun dari kelopak mata Reyna masa Reyna tenung wajahnya.
Naluri seorang ibunya buatkan dia angkat tangan lalu menyeka air mata tu dari pipi Reyna.
Sambil tersenyum menyeka air mata Gina bersuara.
"Ianya tak apa...cik boleh menangis..."pujuk Gina. "Saya takkan beritahu sesiapa..."senyum dia sewaktu mengusap pipi Reyna.
Masa tu jugak Reyna menghamburkan air matanya lalu tunduk merehatkan dahi ke bahu Gina sebagai sokongan.
"Tolong saya Gina....jangan tinggalkan saya sendirian.."minta Reyna sewaktu memeluk badan Gina dengan erat.
Dia sudah tiada siapa-siapa lagi. Gina yang sudah dianggap seperti ibunya adalah satu-satunya insan yang memahami diri dia!
Belakang badan Reyna diusap Gina dengan lembut. "Saya janji Cik Reyna. Sehingga akhir usia saya,selagi mampu saya akan berkhidmat untuk cik..."
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...