13.

1.4K 96 2
                                    


"Jangan la...kalau ada orang nampak macam mana?"

"Alah...tak ada orang nampak la.."

"Hehehe..."ketawa staf wanita sewaktu dia dikepung rapat dengan staf atasannya rapat ke dinding.

Tanpa rasa segan dua orang itu mula bercumbuan dalam bilik penyimpanan fail dan arkib dokumen itu. Staf lelaki yang asyik mengucup staf wanita itu perlahan-lahan gerak untuk rapat lebih ke dalam namun tidak sedar yang dia pergi ke arah yang salah.

Staf wanita itu pula yang terlalu fokus pada kucupan tu terpelecok lalu jatuh tumbang ke belakang. Bersama-sama dengan staf lelaki tu, mereka berdua terbaring di atas lantai tersebut saling menghempap.

Tepat pada masa dua orang itu jatuh, seseorang berdiri di atas mereka. Mulanya mereka ketawa terkekek-kekek kerana lucu.

Sekali tu, bila staf lelaki tu bangun dari staf wanita tersebut, terkejut beruk dia di buatnya sampaikan dia jatuh terduduk semula ke belakang.

"Hei...kenapa ni?"tanya staf wanita tu bila kesan teman lelakinya terkejut seperti baru melihat hantu.

Dalam keadaan terketar-ketar staf lelaki tu tunding jari ke belakang staf wanita tersebut. Ikut dengan tundingan itu, staf wanita itupun toleh ke belakang. Pandang saja dia ke belakang, staf wanita itu menahan nafas terkejut dia sebelum menekup mulut.

Di situ, berdirinya wanita yang mengenakan kemeja hitam lengan panjang dan slack hitam fit serta bertumit tinggi berkilat, Reyna. Dengan ipad di tangan kiri, helaian kertas di tangan kanan,dia berdiri menghadap pasangan kekasih gelap itu.

Namun air mukanya masih kekal tidak beriak. Reyna malahan mematai dua orang tersebut dengan renungan kosong. Seakan apa yang dilihatnya perkara biasa.

"Encik Norman...."panggil Reyna dengan mendatar. "Cik Wina..."sebutnya sambil kerling setiap seorang dengan dingin.

"Ketua Eksekutif....."kalut mereka bangun dari situ dan membetulkan pakaian masing-masing.

Bukan urusan dia untuk cuba masuk campur hal peribadi mereka berdua ni, tapi inikan tempat kerja. Senonoh la sikit..takkan la sini jugak nak berasmaradana bagai?

"Anda berdua menghalang laluan saya.."Reyna jelingkan mata ke lorong dimana mereka jatuh terbaring tadi. Niat dia nak cari rujukan menggunakan dokumen lama bagi projek terbarunya ini. Entah macam mana boleh pulak dia bertembung dengan dua ekor makeluk ni.

"Oh...ma-maaf."ucap Norman dengan kekok. Malu bagai nak apa. Macam mana la Reyna boleh muncul waktu macam ni!

Kedua-dua itu kelam kabut membetulkan pakaian masing-masing.

Wina yang takut-takut tergentel-gentel kain skirt ketat dia. Tak tahu macam mana nak bersuara. Habis la!Habis la dia kalau orang lain tahu. Mana dia nak letak muka nanti.

Reyna kerling ke Wina yang sedang tundukkan kepala ke bawah sebelum jalan menuju ke depan tidak mempedulikan mereka  Ada-ada je perangai orang ni. Tak ada etika langsung!

Dan bila Reyna dah menjauh, Wina tarik Norman pergi dari situ. Sambil jalan tu dia berbisik keras.

"Macam mana ni pengurus...macam mana kalau dia beritahu orang?Habis nasib kita nanti.." tanya Wina.

Norman yang dengar dah berkerut kening. Dia kenal Reyna tu macam mana. Jenis orang yang tak peduli akan orang lain. Manusia tak ada hati dan perasaan tu mana la ada masa nak sibukkan hal orang. Dalam kepala Reyna tu cuma kerja...kerja...kerja. itu je la tahu dia.

"Jangan risau...dia takkan beritahu sesiapa.."

"Saya takut..."rengek Wina.

"Tak apa...saya lindungi awak...kalau sesuatu berlaku..saya akan pertahankan awak.."ujar Norman sambil menepuk belakang badan Wina.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now