DET!DET!DET!Bunyi alarm jam loceng menghuni bilik tidur bertemakan hitam tu. Lama bunyi tu berkumandang sebelum tangan pemilik jam tu keluar dari cadar lalu mematikan alarm tu.
Sambil menguak rambut ke belakang Reyna baring telentang menghadang siling biliknya. Matanya dikebil-kebil bingung kerana mamai.
Tengah dia dalam proses nak sober dari mamai, telefon bimbit dia pulak berdering. Dengan malas Reyna capai telefom bimbit dia dari almari sebelah katil lantas menjawab panggilan tu.
"Hmm."jedanya dengan suara bangun tidurnya.
"Morning beautiful..."suara ceria dalam panggilan tu buatkan Reyna buka mata lantas berkerut kening.
"Siapa ni?"tanya Reyna lagi sambil bangun dari baring lalu duduk melunjur di atas katil dengan letih.
"Saya ni..Killian.."
"Ada apa awak call saya awal pagi macam ni?"Reyna gerak turun dari katil lalu berjalan keluar dari bilik.
"Breakfast dengan saya sebelum saya bertolak ke Itali nanti. Sebulan kita tak boleh jumpa..".pelawa Killian.
Dengan langkah penat, Reyna berjalan keluar dari bilik lalu menuruni tangga dengan kepala pandang ke bawah. "Bila awak bertolak?"tanya Reyna.
"Sebelum tengah hari nanti.."jawab Killian yang sepertinya dalam kereta sebab dia boleh dengar suara dj radio bercakap dari latar belakang panggilan tu.
"Okay..."angguknya semasa tiba di bawah tangga. Dia jalan melintasi ruang tengah. Beberapa langkah sebelum tiba dekat depan dapur, langkah Reyna mati dekat situ. Mata dia terbutang luas sebab terkejut.
Mana Gina? Sejak bila pulak dia ada maid lelaki?Uhh?
"Saya jemput awak sejam dari sekarang boleh?"kata Killian dalam panggilan.
Reyna menahan nafas terkejut dia sampai tak terkata taktala memerhati penceroboh rumahnya itu berdiri dengan apron di sekeliling pinggang menghadap dapur memasak sesuatu.
"Reyna..you there?"tanya Killian bila Reyna tak balas kata-kata dia.
Reyna tersentak lalu mengangguk kepala. "Ya..boleh."jawabnya yang mana buatkan lelaki tu sedar akan kehadirannya di situ.
"Okay...bye.."pamit Killian sebelum putuskan panggilan.
Perlahan-lahan Reyna turunkan tangan yang pegang telefon ke bawah bila melongo lihat lelaki yang kini sedang berdiri menghadap dia bersama sudip di tangan.
"Selamat pagi Cik Reyna.."sapa lelaki tu dengan senyuman mesra pelanggannya.
"Ap-apa yang dah berlaku? Ma-macam mana awak boleh masuk ke sini?"tanya Reyna tergagap-gagap sebab bingung terkejut dia.
Dan pada masa yang sama, Gina muncul dari pintu bilik stor dengan tisu dapur dekat tangan. "Ini tisunya yang ka-"kata-katanya terhenti bila mata dia terarah pada Reyna. "Eh...Cik Reyna dah bangun?"sapa Gina dengan senyuman lebar di bibir.
Mata Reyna tersentak memandang Gina. Dia tilik Gina dan lelaki bersudip di depannya silih ganti.
"Siapa dia?"Reyna tunding jari ke lelaki bersudip depan dia.
Gina pandang lelaki muda itu dengan senyuman si bibir lantas kembali memandang Reyna. "Maafkan saya cik sebab tak beritahu hal ni lebih awal mengenainya...kenalkan ini adalah anak lelaki saya, Jason, dia bekerja sebagai pengurus restoran berdekatan...."aku Gina.
Mata Reyna gerak ke Gina dan lelaki bersudip tu dumbfounded. What the hell?Jadi pengurus diner tempat dia selalu pergi tu anak Gina rupanya?
"Dia yang minta untuk ke sini sebab nak jumpa dengan cik sendiri.."kata Gina lagi di belakang kaunter dapur sewaktu berdiri sebelah anak lelakinya.
Reyna pandang Jason dengan muka bangun tidur tak terurus dia. Masih terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Ya...saya datang ke sini sebab nak berterima kasih untuk jasa baik cik yang selama ni dah bantu ibu dan saya..."kata Jason.
Reyna pandang Jason dengan renungan tak faham. "Apa saya dah buat?"tanya Reyna dengan nada mendatar.
Jason menarik senyuman berlesung pipit dia.
"Kalau bukan sebab cik, restoran tempat saya kerja sekarang mungkin tiada lagi, dan kalau bukan cik berikan ibu saya pekerjaan dan bantuan kewangan sewaktu beliau susah mungkin ibu saya takkan sembuh dari sakitnya dan saya tak jadi piatu kerananya."jelas Jason.
Reyna mengerling ke Gina dengan kening terangkat tinggi. "Kamu sakit ke Gina?"tanya Reyna yang tiba-tiba rasa sebu di dada.
Gina senyum sambil menggeleng kepala. "Tiada yang serius...saya cuma hidap masalah usus...tapi semuanya dah pulih..."
"Kenapa kamu tak beritahu saya?"soal Reyna. Rasa terkilan sebab Gina tak beritahu dia semua tu.
"Cik ada banyak perkara yang perlu difikirkan ...saya tak nak tambahkannya lagi.." jelas Gina.
"Cukup dengan hal sentimental ni, apa kata cik bersiap..sarapan saya dah siapkan.."aju Jason.
Reyna yang dengar kerling ke Jason. Dia ada janji temu dengan Killian. "Sa-"
"Marilah cik..Jason bangun awal untuk siapkan sarapan ni.."minta Gina.
Reyna yang dengar tak boleh nak buat apa. Nak tak nak kena la terima. Nak jaga hati punya pasal.
"Okay."angguknya.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
Ficção GeralApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...