55.

2K 93 0
                                    

"Lah...memang awak la. Bukan main lagi cantik dia, sampai tak kenal saya."ujar Ferina, sepupu Yuan sebelah ibu. Seorang model dan juga isteri seorang bussinessman.

Reyna cuma perhatikan saja wanita cantik depan dia tersengih sinis kepada dia.

"Mana tak cantik...bakal madam besar kan..ya berseri-seri.."komen Tiana pula, adik kepada Ferina.

Kalau nak banding dua orang ni, mak dia orang lagi teruk sebenarnya. So jangan judge. Karakter seseorang tu terbentuk melalui education yang mereka terima bukan salah sesiapa.

"Apa khabar Cik Tiana..Puan Ferina.."sapa Reyna semasa memberi anggukan kecil pada mereka berdua.

Ferina silang tangan kanan dia di perut sementara tangan kiri dia ditegakkan sewaktu memegang gelas berkaki wain putih dia.

"So...dari title kawan baik kepada orang kanan kesayangan terus naik kepada kesayangan terus?Mesti seronokkan?"komen Ferina semasa melirik Reyna dari atas ke bawah dengan renungan skeptical dia.

Reyna pandang Ferina masa komen sinis itu keluar dari bibir penuh dengan lip filler beribu ringgit tu. Dia nak balas, tapi Tiana mendahului dia.

"Hebat betul...aku dah agak dah. Kau dekati abang sepupu aku tu sebab ada udang di sebalik batu kan..beria Aunt Rissa back up kau...sihir apa kau dah guna?"ujar Tiana dengan ketawa kecil dia.

"Terima kasih di atas keprihatinan awak berdua untuk ambil tahu akan hal saya...tapi nak di bandingkan saya, sekurangnya tak ada la kena tangkap dengan suami orang depan media, tak begitu Cik Tiana?"aju Reyna dengan bersahaja masa pandang Tiana.

Terkedu macam tercekik Tiana dibuatnya lepas dengar. Mata dia terbutang kaku masa pandang Reyna.

"Hei...cakap tu baik sikit ya..suka hati je." marah Ferina dengan kening mencerlung. "Kau tu apa kurangnya..dasar perampas!Perempuan murahan. Entah apa Jenny pandang dekat kau sampai percayakan pembelot macam kau ni.." desis dia pula.

Reyna kerling ke balik bahu Ferina masa Ferina bercakap. Yuan jalan mendekati ke arah mereka. Nak tak nak kena la dia halau dua smurft depan dia ni cepat-cepat.

"Sekurangnya Jenny tiada lagi dalam dunia ni. Tak macam orang tu, hidup hanya untuk tengok suami dia curang depan mata dia sampai perempuan lain dijadikan sebagai perempuan simpanan...."komen Reyna dengan nada bosan tak berminat pada Ferina. Loya tekak pun ada!

Merah padam muka Ferina lepas dengar. Dia mengepal penumbuk menahan sabar sewaktu menjegil mata dengan benci pada Reyna.

"Dah la kak..dari kita cakap dengan dia baik kita makan..buang masa je."ajak Tiana sewaktu memegang lengan Ferina. Dia tak nak malukan diri lagi di situ.

Ferina yang sudah kelu tak terkata itu hanya berdengus kasar sebelum berpaling dari situ dengan jelingan tak luas hati dia.

Reyna cuma beri anggukan kecil pada dua beradik tersebut masa mereka gerak meninggalkan dia. Lepas dua beradik tu pergi, Yuan pun tiba di depan dia.

"Awak okay?"tanya Yuan sambil tersengih handsome pada Reyna.

Asal lelaki depan dia ni happy semacam? Ada yang patut di gembirakan ke sekarang ni? Nampak tak dia tengah marah sekarang ni!

"Jangan cakap dengan saya selama seminggu ni."arah Reyna sambil tunding jari dengan geram ke dada Yuan.

Sambil ketawa Yuan capai jari Reyna lalu digengam tangan itu. "Kenapa marah-marah ni?"tanya Yuan.

Reyna tepis tangan Yuan dengan bengang. Boleh pulak ketawa? Seronok ke tengok dia kena kecam dengan ahli keluarga lelaki ni?

Wait a minute!

Reyna kecilkan mata curiga ke Yuan lepas sedar akan sesuatu. Terus dia pandang kanan dan kiri ingin memeriksa sesuatu. Something fisyh here!

Yuan yang perasan Reyna menyedari sesuatu hanya menarik senyuman penuh muslihat dia diam-diam. Dia seluk tangan ke dalam poket sewaktu mengamati wajah cantik Reyna dengan dalam. Wajah dingin tanpa ekspresi yang telah mengamit hati dia selama lapan tahun ini.

"Apa semua ni Yuan?"soal Reyna lepas menyedari kebanyakan tetamu dekat situ bukan sahaja ahli keluarga Yuan, tapi sebaliknya rakan-rakan lama sekuliah serta orang pejabat ada di situ.

Kalau majlis lelong, patut yang ada orang-orang ternama dan berada. Ini tidak, majlis itu seperti majlis tertutup yang khas untuk kenalan Yuan dan dia saja.

"Apa maksud awak?"tanya Yuan olok-olok tak faham.

Reyna pandang Yuan dengan lama. Dia tatap mata berkanta lekap Yuan seakan mencari jawapan dari renungan itu. Dan sesaat selepas itu, Reyna tersentak sedar akan apa yang sedang berlaku.

"Awak tipu saya. Ini bukan majlis lelong dan amal. Ini adalah majlis tertutup yang awak adakan.."luah Reyna. "Awak panggil mereka semua ke sini untuk kenalkan saya pada mereka kan?"tanya Reyna bernada tak percaya. Patut la dia rasa pelik dengan suasana tempat ni!

Clap!Clap!

"Sememangnya...awak adalah Reyna Salazar yang terkenal tu. Saya tak sangka awak boleh sedar semua ni dengan jangka masa yang pendek."tepuk Yuan.

Reyna terus tampar tepi lengan Yuan sebab bengang. Lelaki ni kenakan dia sekali lagi! Hari tu Jenny, lepas tu ini! Memang tak guna betul!

"Mari...tiba masanya untuk kenalkan awak secara rasmi pada mereka semua di sini sebagai bakal isteri saya."ajak Yuan sambil hulur tangan ke Reyna.

Reyna terus silangkan tangan ke dada tanda protes. Kalau nak kata dia licik, Yuan lima kali lebih licik dari dia. Otak geliga milik Yuan ni kadang-kadang buat dia benci!

Yuan tersenyum meleret melihat reaksi marah Reyna. "Kalau saya beritahu hal sebenar..awak akan mengelak..sebab itu saya kena buat semua ni..supaya awak tak lari...sekali lagi." jelas Yuan.

Mata Reyna gerak menjeling ke Yuan.

Yuan menjungkit kening pada Reyna. "Jom.." ajaknya.

Reyna pandang tangan Yuan dengan bengang sebelum mencapai tangan itu.

Sambil tersenyum menang, Yuan gengam tangan Reyna erat-erat lalu menarik Reyna sandar ke sisinya.

"Saya rasa lepas ni ahli keluarga saya takkan berani nak banyak songeh dengan saya.."kata Yuan sewaktu mereka berdua mula mendaki tangga untuk ke podium kecil.

"Kenapa pulak?"tanya Reyna semasa tunduk memandang langkah dia sewaktu di pimpin Yuan.

Yuan pimpin Reyna sampai ke tengah pentas lalu berdiri menghadap para tetamu di situ.

"Sebab Knight in armor saya ada dekat sebelah saya."ujar Yuan semasa pandang ke sisi dia.

Reyna yang dengar berasa menyampah. Tapi tak komen apa-apa. Dia hanya menarik senyuman nipis di bibir.

"Saya Miss In Black..bukan knight in armor awak.."balas Reyna.

Sambil tersenyum senang Yuan pandang ke depan."Bukan miss dah..tapi madam.." selorohnya dengan perlahan, cukup kuat untuk Reyna saja yang dengar.

Reyna toleh ke sisi sewaktu nama mereka berdua mula dilaungkan melalui mikrofon oleh pengacara majlis. Dia tatap tepi wajah Yuan dengan lama. Langsung tak peduli dengan apa yang sedang berlaku di depannya waktu itu.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now