15.

1.4K 102 0
                                    


"Buatkan saya draf kasar untuk akaun ni.." arah Reyna pada akauntan kumpulan projeknya itu.

"Baik...cik nak saya hantar secepat mungkin ke?"

"Kalau boleh ASAP tapi kalau tak sempat tak apa. Esok pagi awak boleh berikannya kepada saya..."

"Baik!"

Setelah itu Reyna gerak ke meja kerja dimana staf lelaki sedang sibuk dengan drawing pad dan skrin melukis di meja.

Reyna pegang bahu lelaki tu dengan perlahan.

Staf lelaki tu pun tersentak lalu dongak memandang ke tepi. Earfon ditelinga di tanggalkan. "Ya cik?"

"Buatkan saya story board berdasarkan jalan cerita ni.."Reyna berikan fail pada staf lelaki tu.

"Ini untuk iklan kasut tu ke?"

"Ha'ah...kalau awak ada idea awak tambahkannya.."

"Boleh...cik nak saya siapkan story board ni secepat mungkin ke?"

"Tak apa..saya tahu awak ada story board lain kena buat..yang ni minggu depan serahkannya kepada saya.."

"Okay...yang saya tengah buat iklan tentang minyak pelincir ni bila cik nak?"

Reyna buka mulut nak bersuara sebelum suara lantang tiba-tiba kedengaran dari belakang. Buatkan Reyna terkejut lalu berpaling ke punca suara tu.

"Mana perempuan jalang tu!Hah!Mana perempuan tu!"teriak seorang wanita mengandung dari kejauhan.

Staf lelaki di sebelah Reyna ikut berdiri sebab nak tahu apa yang berlaku. "Dah apahal pulak tu?"tanya dia dengan kening berkerut.

Masa Reyna tengok tu, wanita mengandung tu sedang tengok kanan dan kiri dengan berang sebelum tunduk memandang skrin telefon. Lalu wanita tu mula jalan merentasi lorong meja di situ sambil perhati setiap wajah di situ.

Tak lama selepas tu Encik Norman pula yang muncul dari belakang. Wajah lelaki itu cemas.

"KAU!!"jerkah wanita mengandung tu tiba-tiba sambil tunding jari ke satu arah.

Reyna dan semua di situ terkejut bila suara lantang tu memenuhi gegendang telinga mereka. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah orang yang wanita mengandung tu maksud kan ialah Reyna sendiri.

"Dasar perempuan jalang tak guna!"maki wanita itu yang jalan laju ke arah Reyna lalu menampar pipi Reyna kuat-kuat tanpa amaran.

Berpaling ke kiri muka Reyna bila tamparan tu hinggap di pipinya. Terkejut punya pasal Reyna pegang bekas tamparan tu dengan mata terbutang kaku.

"Ramai-ramai lelaki asal suami aku jugak yang kau nak?Hah!?Suka tengok rumah tangga orang musnah?Nampak tak aku tengah mengandung ni!"bentak wanita tu depan Reyna dengan berang.

"Puan..tolong bawa bertenang..."minta staf lelaki di sebelah Reyna tadi. Dia sama-sama kebingungan di situ.

"Kau diam!Aku tak cakap dengan kau!"wanita mengandung tu menengking pada staf lelaki tu pula.

Reyna yang tak faham apa yang tengah berlaku perlahan-lahan turunkan tangan dari pipi. Rasa tak percaya dengan apa yang baru menimpa dirinya. Bini siapa pulak yang sesat dekat sini?Berani-berani tuduh dia tanpa bukti macam ni?!

"Kau dengar sini eh perempuan jalang...kalau aku dapat tahu kau dekati suami aku lagi...mati kau aku kerjakan!"ugut wanita mengandung tu.

Waktu itu baru laEncik Norman muncul di belakang lalu memegang bahu wanita mengandung tu dengan cemas.

"Sayang...jangan la macam ni...orang tengok. Kita bincang dekat rumah nanti.."pujuk Encik Norman.

Reyna dan yang lain di situ perhati situasi tersebut dengan muka tak percaya. Isteri encik Norman rupanya.

"Apa dekat rumah...biar la semua orang tengok!perempuan tak guna tak sedar diri ni patut malu dengan apa dia buat...awak pun satu menggatal dengan perempuan lain sedangkan awak ada saya...berani awak kan..."

"Puan..."panggil Reyna dengan nada tenang.

Wanita mengandung tu jeling tajam ke Reyna sambil mengetap rahang.

"Asal?Kau nak nafikan?Aku ada bukti la..dah sah-sah gambar kau ada dalam senarai contact suami aku..perempuan yang di chat siang malam..dah tak cukup kasih sayang ke sampai nak rampas laki orang lain!"marah wanita tu lagi sambil tunjuk telefon yang dipegang.

Lepas dengar akan kenyataan itu, Reyna pandang pelik ke Norman. Lelaki tu tutup identiti kekasih gelap sebenar menggunakan gambar dia?

"Apa yang berlaku ni?"satu suara mencelah tiba-tiba.

Disebabkan semua orang kenal siapa tuan punya suara, semua kepala berpaling ke arah orang tu.

Reyna terkedu dekat situ apabila Yuan perlahan-lahan mendekati dirinya dengan wajah tegang.

Suasana dalam ruangan itu berubah menjadi tegang hingga meremangkan bulu roma.

Setelah Yuan berdiri di depan Reyna, kening lelaki itu mencerun tajam taktala dia mengesan darah di tepi bibir Reyna diikuti dengan kesan merah pada pipi Reyna.

"Apa yang berlaku?Siapa yang buat awak luka macam ni?"tanya Yuan sewaktu memegang dagu Reyna untuk membelek kecederaan yang dialami Reyna.

"Semua ni salah faham..saya boleh uruskannya.."ujar Reyna sewaktu menolak perlahan tangan Yuan jauh dari dia.

Dengan berang Yuan berpaling menghadap Norman dan isteri beliau. "Berapa kali saya pesan pada kamu Norman...jaga masalah kamu jangan sampai terdedah...?!"

Kepala Norman tunduk pandang ke bawah serba salah.

Reyna pandang Yuan yang kelihatan sedia nak apa-apakan orang tu. Kalau dia tak halang bukan saja imej Yuan akan terjejas malah pekerjaan Norman juga akan terkesan.

"Apa?Jaga jangan sampai terdedah?"soal Isteri Norman. "Jadi semua orang dekat sini tahu tentang hubungan suami saya dengan perempuan jalang ni?"

Mata Yuan menjeling tajam ke isteri Norman. Dia mengepal penumbuk menahan sabar. "Dia ada nama...bukan perempuan jalang....ya kami tahu. Jaga tepi kain orang bukan polisi dan cara kerja syarikat kami. Hal peribadi pekerja di sini bukan masalah kami....yang masalah nya sekarang adalah suami puan dah melangkaui batasan yang saya tetapkan pada dia..."kata Yuan dengan garang.

Norman mengetap rahang menahan sabar.

"Saya dah beri amaran pada Norman supaya tak jejaskan mana-mana pihak dalam syarikat ni dengan isu peribadi dia...ikut kan hati lama saya pecat dia..."

Kening isteri Norman mencerun tajam kebengangan.

"Patutnya pecat perempuan jalang ni...bukannya suami saya!"dia tunding jari ke muka Reyna. "Kalau bukan dia yang menggatal dengan suami saya semua ni takkan terjadi..." dia cuba serang Reyna.

Tapi di hadang oleh staf lelaki di sebelah Reyna tadi.

"Reyna bukan o-"Reyna pegang lengan Yuan. Menghalang Yuan dari dedahkan siapa identiti wanita yang curang tu. Kalau isteri Norman tahu ianya hanya akan burukkan keadaan dan akan buatkan wanita ni malu. Dah alang-alang kena tampar dan disalahkan baik dibiarkan saja begitu.

Yuan toleh ke sisi lalu nampak Reyna geleng kepala menghalang dia dari terus bersuara.

Reyna kemudiannya pandang isteri Norman. "Maafkan saya..."ucap Reyna.

Norman dan Yuan pandang Reyna dengan muka terkejut. Tidak menyangka Reyna akan membiarkan dirinya disalahkan.

"Maaf?"tanya wanita tu dengan tak percaya."Lepas semua ni terjadi ingat boleh pulih semula ke dengan maaf kau tu?"marah wanita tu.

Well..dia dah minta maaf. Terpulang la apa perempuan ni nak kata. Siapa suruh kahwin dengan lelaki jalang macam Norman ni. Reyna tenung wajah pucat Norman tanpa mengatakan apa-apa.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now