28.

1.4K 105 3
                                    

"Terima kasih untuk makan malamnya puan." ucap Reyna pada wanita yang duduk  bersebelahan dengan Jenny.

"Apa nak berterima kasihnya...lama dah aunt tunggu kamu makan bersama kami sekeluarga." kata Puan Venessa sambil tersenyum senang.

"Saya harap saya tak menganggu...saya dah beritahu Yuan tak perlu susahkan puan.."ujar Reyna lagi dengan formaliti.

Howard yang dengar angkat kepala dari makannya. Sambil kunyah dia pandang bangga ke Reyna.

"Anggap saja ini sebagai tanda terima kasih uncle pada kamu untuk apa yang berlaku pada hari ni..walaupun uncle masih tak faham kenapa kamu buat begitu..."ujar Encik Howard.

Jenny yang dengar berkerut kening. Dia pandang Howard dan Reyna silih ganti. "Dia buat apa papa?"tanya Jenny pada bapa mentuanya.

Yuan yang duduk dekat sebelah Reyna hampir nak tercekik. Dia terlupa yang Jenny ada dekat sini. Boleh pulak ayah dia ungkit hal pejabat time ni jugak.

"Reyna..dia ambil alih satu projek ni dari ketua kumpulan lain. Tapi dia guna idea ketua kumpulan ni dan handle projek ni sendiri...tapi yang peliknya dia creditkan semua kerja dia pada bekas ketua projek yang sama.."cerita Encik Howard sambil potong daging ayam belanda dekat pinggan dia.

Reyna yang dengar cuma tunduk pandang makanannya. Dia nak makan sangat tapi luka melecur dekat tangan kanan dia tengah kering. Jadi kalau dia gerak banyak sangat ianya akan sakit. Jadi dia limitkan pergerakkan tangannya itu.

"She's what?"Jenny pandang tak percaya ke Reyna. "Rey..!"panggilnya dengan marah.

Reyna angkat kepala bila dipanggil. Dia pandang Jenny dengan muka kosong tanpa emosinya.  "Ya."

"Berapa kali kita nak bincang benda ni?"tanya Jenny sambil tunding jari ke meja sebab fed up.

"Aku ada alasan buat semua tu.."jawab Reyna mwendatar.

"Dan apa alasan tu?"soal Jenny bernada mencabar. Cabar Reyna untuk katakan sesuatu yang Jenny sendiri boleh agak apa alasan tu!

Reyna pandang Howard lantas bersuara. "Alang-alang kita dah bicang soal ni..apa pendapat tuan mengenai Ketua Dante?"

Yuan dekat sebelah bagi muka 'WTF' pada Reyna.

"Seorang yang berdedikasi dan cergas...komited terhadap tugas dia..dan sangat cergas..kenapa?"Encik Howard letakkan pisau dan garfu ke atas pinggan sebelum capai gelas berkaki dia lalu meneguk sedikit air kosong darinya lalu diletakkan semula.

"Apa pendapat tuan sekiranya kenaikan pangkat tu diserahkan kepada beliau..lagipula dia seorang ketua yang bertanggungjawab. Berdasarkan idea yang saya peroleh dari beliau, beliau boleh pergi jauh.."ujar Reyna dengan panjang lebar.

Encik Howard tertarik, dia topangkan kedua-dua siku atas meja lalu tangannya diletakkan ke bawah dagu.

"Kenapa tak Ketua Damon sendiri?Dia boleh tahan jugak.."tanya Encik Howard dengan sengih penuh maksud dia.

Reyna hampir nak membutang mata terkejut bila dia perasan akan renungan tu. "Tuan dah tahu sejak awal lagi?"tanya Reyna.

Encik Howard ketawa kecil lalu mengangguk kepala. "Ya...sejak dua orang tu dipanggil untuk present idea masing-masing. Saya boleh kesan mana yang komited terhadap tanggungjawab yang diberi..mana yang komited terhadap kedudukan yang ditawarkan...sejak awal lagi saya nak Dante yang ambil alih jawatan tu...tapi kamu tawarkan diri untuk ambil alih projek tu pulak.."jelas Encik Howard.

Reyna yang dengar cuma pandang Encik Howard dalam-dalam.

"Uncle tahu apa tujuan kamu ambil alih projek tu tapi guna nama Dante sebagai penerima kreditnya masa kamu kerjakan projek tu sendiri siang malam uncle rasa tak patut.." sambung Encik Howard lagi.

Yuan, Jenny dan Puan Venessa sendiri hanya diam memasang telinga. Rasa tertarik nak dengar perbualan dua orang ini lebih lanjut.

"Kamu buat semua ni sebab nak lindungi Dante dan Damon pada masa yang sama projek yang mereka perlu kendalikan. Kamu tahu sekiranya kamu yang ambil alih projek ni Damon tak berani masuk campur dan jika kamu tak ambil alih, bukan saja karier Dante yang terjejas tapi semua staf yang terlibat dalam projek ni, lalu Damon masuk campur dan rosakkan semua ni semata nak dapatkan jawatan yang saya tawarkan.." Encik Howard pandang Reyna dengan renungan judging dia. Ingat dia tak tahu ke apa yang Reyna rancangkan dalam diam.

Reyna capai gelas berkaki berisi air kosong dengan tangan kiri lalu diteguk sedikit untuk hilangkan rasa keinginan dia untuk makan lagi.

"Dan uncle tahu apa yang menimpa kamu sewaktu di kafe tempoh hari...apa yang Dante dan anak buah dia telah lakukan pada kamu..dan kecederaan yang kamu alami.."

Masa itu la bunyi kerusi di seret ke belakang dengan kasar tiba-tiba kedengaran.

"Reyna!"panggil Jenny dengan kepalan penumbuk dekat tangan. "Kau memang cari masalah kan!"

Puan Venessa berdiri lalu memegang bahu menantunya. "Bawa bertenang Jen...kamu tu tengah mengandung...marah-marah tak elok untuk baby..."

"Mama sendiri dengar apa papa cakap tadi kan..perempuan ni susahkan diri untuk orang yang dah sakiti dia..?"marah Jenny sambil tunding jari tak puas hati dia pada Reyna.

Yuan pandang ke sisinya dengan renungan serba salah.

"Uncle tak marah..cuma uncle serba salah. Kamu dah banyak lakukan kebaikan untuk syarikat uncle..."

Puan Venessa pujuk Jenny sampai wanita mengandung tu kembali duduk ke kerusi bersama dada naik turun menahan sabar dari meledak marah dekat situ.

Reyna angkat kepala memandang Encik Howard. Apa yang dia buat ni baru sikit kalau nak dibandingkan apa yang keluarga Howard dah buat untuk dia.

Kalau bukan kerana mereka yang sponsor kos pengajian dia dari dia sekolah menengah sampai la habis kolej dia mungkin tak ada dekat sini. Kalau bukan Howard sendiri tawarkan untuk bekerja dekat syarikat beliau, pasti dia tengah merempat dekat tepu jalan jadi pengemis.

"Tak ada apa-apa tuan. Saya hanya balas kebaikan tuan dengan menjaga nama dan imej syarikat dengan baik."jawab Reyna dengan perlahan.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now