19.

1.4K 102 0
                                    

Esok paginya dia bangun dengan perasaan dreadfull yang amat sangat. Tekak kering punya pasal dengan malas dia jalan mendekati peti sejuk. Baru je dia nak buka pintu peti sejuk tu, Gina muncul dengan beg kertas terisi dengan barang dapur.

"Oh...cik dah bangun?Saya baru je beli barang dapur. Belum sempat nak buat sarapan."maklum Gina semasa meletakkan beg kertas tu di atas meja dining.

Tanpa bersuara Reyna buka peti sejuk. Dia capai pek ais dan sebotol air mineral lalu di bawa keluar sebelum ditekup ke mata dan mukanya yang sembab gara-gara menangis malam tadi. Tak pasal-pasal dia kena pakai cermin mata pergi kerja nanti.

Gina yang sudah terbiasa dengan kebisuan Reyna setiap kali ditegur tak menjawab tak terasa. Malah dia hanya bersahaja.

"Cik nak makan apa-apa yang spesifik ke?"tanya Gina lagi sambil mengeluarkan barang dari beg kertas tu.

Reyna duduk atas bangku kaki panjang meja dining tu menghadap Gina. Dia buka penutup botol lalu menuang air tu ke dalam gelas. Lalu dia buka laci kecil tepi meja tu mengeluarkan satu papan panadol. Setelah itu dia makan dua biji ubat tersebut dan diakhiri dengan meminum air tadi. Lantas suara mengerang letih kedengaran kecil darinya tanpa Reyna sedar.

Gina yang dengar menjungkit kening terkejut. Dia ingatkan dengar kucing berdengkur sekali dia lihat Reyna rupanya.

"Sesuatu terjadi ke?Cik tak sihat?"tanya Gina yang mengesan ada sesuatu yang tak kena dengan majikan mudanya itu.

Sambil melepaskan keluhan letih Reyna turunkan pek ais dari mukanya lantas memandang Gina.

"Sediakan air mandian saya...saya tak larat nak buat sendiri hari ni."minta Reyna dengan suara serak seperti orang hidap batuk.

Kening Gina berkerut risau. Dia jalan mengelilingi dining table lalu berdiri di sebelah Reyna sebelum menekup dahi Reyna dengan tangannya. Sebaik saja dia sentuh Gina cepat-cepat tarik tangan dia dari dahi tu.

"Cik demam ni.. Kita kena ke hospital.." gesa Gina dengan cemas.

Reyna menggeleng kepala. "Sikit je ni...saya ada banyak kerja nak buat..lekas siapkan air mandian saya.."

"Tapi cik.."

Reyna aju tangan menghalau Gina supaya lekas-lekas pergi dari situ. Tak nak dengar apa-apa lagi.

Dengan muka risau, Gina yang teragak-agak tu bergerak keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas untuk ke bilik Reyna.

Sementara Reyna yang ditinggalkan dekat dapur menopang dahi dengan tangan kiri, kepalanya tertunduk ke bawah sewaktu dia memejam mata hendak hilangkan rasa pening yang dirasai. Namun tak lama, ketenteraman dia terganggu.

Dring!Dring!

Telefon bimbitnya berbunyi dari tepi gelas kosong dengan bekas penadol yang dibuka. Reyna angkat kepala lalu memandang letih ke telefonnya. Alangkah bagusnya kalau telefon tu tak berdering satu hari ni!

Telefon tu kemudiannya dicapai Reyna sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Reyna bercakap."

"Hai..ni saya Killian."

Reyna tundukkan kepala sambil mengurut belakang tengkuk pula. Lenguhnya tu macam rasa ditarik-tarik urat dekat belakang lehernya. Sakit! "Ya..ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Boleh saya jumpa dengan awak?"

Reyna melepaskan dengusan kecil. Apa lagi lelaki ni nak. "Untuk apa ya?"

"Yuan jumpa saya...dia beritahu semuanya dekat saya. Sumpah saya tak tahu apa-apa tentang video tu..dan awak jangan risau. Saya dah arahkan Rian padam video tu.."

Reyna yang dengar mengangkat kepala. Dan pada masa yang sama Gina muncul. "Kalau begitu tak ada apa-apa yang saya perlu beritahu pada awak..."

"Reyna...dengar..saya tahu saya salah. Saya tak patut bawa awak ke sana...dan biarkan mereka sakat awak macam tu.."jelas Killian dalam panggilan.

Reyna turun dari bangku tu dan beri anggukkan kecil terima kasih kepada Gina semasa berselisih dengan wanita itu.

"Yeah...you should not..but what we can do...things happen..and can't turn back.." kata Reyna sambil pegang rel besi tangga sewaktu memijak anak tangga.

"Reyna..saya ikhlas nak berkawan dengan awak...kita okay kan?"

Masa ni la Reyna ternampak cahaya terang melintas mata dia. Serta merta dia terumbang ambing hendak tumbang. Namun digagahkan juga dirinya sambil bersandar pada rel besi tu.

"Reyna?Awak dengar tak?"

Tak dapat tahan lagi, Reyna terlepas pegang pada rel besi tu.Telefon dekat tangan Reyna melurut jatuh sewaktu Reyna menjadi lemah dan jatuh ke belakang sebelum berguling empat anak tangga sebelum terbaring di atas lantai depan anak tangga tak sedarkan diri.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now