"Terima kasih atas kesudian doktor untuk datang ke sini...medical confference ni takkan berjalan dengan jayanya tanpa kerjasama doktor dan rakan-rakan doktor..."
Stephen yang dengar menarik senyuman di bibir sewaktu mencengkam tangan yang dihulur kepadanya.
"Terima kasih jugak sebab jemput saya ke sini untuk beri perkongsian pada semua doktor di sini.."ujar Stephen sambil menarik tangan dari cengkaman doktor tadi.
"Baiklah..semoga berjumpa lagi.."ucap doktor yang lain masa jalan meninggalkan bilik sidang tu.
Stephen beri anggukan kecil pada mereka sambil jalan merentasi koridor sebelum tiba di eskeletor. Setelah dia berada di eskeletor, dia perlahan-lahan gerak turun ke bawah. Sambil menunggu dia tiba di bawah eskeletor tu, Stephen pandang sekeliling hospital dengan minat.
Sedang dia pandang, masa tu jugak dia ternampak kelibat seseorang tidak jauh dari eskeletor dia. Hairan dan ingin tahu punya pasal, Stephen cepat-cepat menuruni eskeletor dan jalan mendapatkan orang tersebut.
Tapi tak dapat nak kejar sebab langkah orang tu terlalu lekas seperti mencemaskan sesuatu. Jadi Stephen pun ekori dari belakang orang tu sampai la mereka tiba di satu lorong wad.
Tidak lama berjalan, orang tu berhenti di depan sebuah dinding kaca dimana seorang doktor sedang berdiri. Doktor itu kemudiannya bercakap akan sesuatu pada orang tu dengan muka serius sambil menunjuk sesuatu pada carta pesakit di tangan.
Dan seperti biasa, orang tu tidak tunjukkan sebarang reaksi di wajah. Hanya dingin tidak bereaksi. Buat beberapa ketika doktor tu kemudiannya pergi dari situ, dan jalan berselisih dengan Stephen tapi tak tegur.
Stephen cuma berdiri tegak beberapa meter dari situ perhatikan Reyna. Tak bergerak sebab tak tau nak cakap apa, nak tegur apa, nak beritahu apa. Dia takut kalau Reyna masih terasa tentang kejadian video yang Rian ambik tempoh hari tu.
Ya..selain Killian,Rian ..dia juga sebenarnya ada sekali di malam itu.
Dekat depan dinding kaca tu, Reyna yang mengenakan kemeja dan skinny jean hitam berdiri termenung pandang sesuatu di balik dinding kaca tersebut. Renungan mata dia kosong sewaktu melihat ayahnya yang dirawat dalam unit rawatan rapi dikelilingi wayar di sana sini dalam bilik tersebut.
Stephen mendekati Reyna dengan senyap lalu berdiri di sebelah kiri Reyna. Tapi Reyna tak sedar akan kehadiran dia sebab tengah termenung jauh saat itu. Lepas tunggu Reyna tegur dia tapi tak tegur, Stephen ambil keputusan untuk tegur Reyna sendiri.
"Hei..."sapa Stephen.
Satu sentuhan hinggap pada bahu kirinya tiba-tiba. Dengan letih Reyna palingkan kepala ke kiri dimana lelaki segak mengenakan sut sedang berdiri sebelahnya. Dia tenung wajah lelaki yang sedang tersenyum padanya buat beberapa saat. Tanpa bersuara Reyna kembali pandang ke depan.
"Siapa tu?"tanya Stephen masa pandang lelaki yang tengah baring atas katil dengan alat pernafasan dan bantuan bantuan hayat terpasang dalam bilik ICU melalui cermin kaca depan dia.
Pertanyaan itu tidak dihiraukan oleh Reyna, malahan dia silangkan tangan ke dada lalu memejam mata bersama hela nafas dilepaskan panjang.
"Kami berjaya bawa dia kembali setelah seizure yang menyerang dia buatkan jantungnya terhenti beberapa saat...tapi kami tak boleh confirm sekiranya hal ni terjadi sekali lagi kami dapat buat perkara yang sama. Kami khuatir sekiranya seizure yang mendatang bakal berikan kerosakkan yang lebih teruk dari yang sebelumnya atau tidak..iaitu kematian otak."
"Apa yang saya kena buat kalau begitu?"
"Pembedahan. Untuk buang darah beku pada otak ayah cik. Tapi pembedahan ini berisiko tinggi. Saya nasihatkan cik untuk dapatkan doktor yang pakar dalam kes ayah cik."
Kening Reyna berkerut-kerut sewaktu memikirkan kata-kata doktor yang disampaikan sebentar lagi. Hatinya dipagut rasa hiba yang amat sangat. Dia tak boleh berputus asa pada ayahnya.
Suatu hari nanti. Ya. Suatu hari nanti. Lambat atau cepat dia yakin ayahnya akan sedar. Reyna yakin!Jadi bukan sekarang masanya untuk dia berputus asa.
Tapi macam mana kalau ayah dia pergi meninggalkan dunia ni jugak? Jika hal tu berlaku, maka sendirian la dia di dunia ni. Tiada saudara, tiada adik beradik, tiada lagi sesiapa yang boleh digelar sebagai keluarganya nanti.
Dia tak kuat nak hadapi semua ni sendirian. Apa dia nak buat?Takkan la nak dia mintak belas kasihan orang supaya beri dia kasih sayang?Takkan la dia nak merayu pada orang supaya jadi kawan dia?
"Reyna...awak tak apa-apa ke?"suara dalam Stephen menyapa telinganya sekali lagi. Sedap je buat telinga dengar.Tapi tidak dapat menghilangkan rasa resah yang menggunung di dalam dada.
Perlahan-lahan Reyna pun membuka mata. Dia pandang dinding kaca depannya buat beberapa ketika sambil bersuara.
"Awak doktor kan?"tanya Reyna dengan nada mendatar.
Stephen berdiri menghadap Reyna dengan kening berkerut. "Ya saya...ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?"
Lalu Reyna palingkan kepalanya ke sisi. Dia pandang Stephen. Pergi lantak la dengan egonya. Lagipun Stephen dah nampak sisi rahsia dia. Jadi tiada apa yang perlu dimalukan lagi.
"Selamatkan ayah saya..."minta Reyna masa pandang mata Stephen dalam-dalam.
Stephen terkedu di situ.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...