Saat ini pasti ada yang tertanya-tanya setelah melihat dia. Buat yang pertama kali, soalan pertama yang terlintas difikiran mesti ada orang mati ke?Dia baru balik dari pengebumian orang ke?Tapi bagi yang dah mengenali diri dia lama,soalan yang terlintas adalah, apa yang baru saja dilakukan olehnya?
Mana taknya, Reyna masuk ke ruangan bilik sidang tu full dress up dari atas sampai bawah dengan warna hitam.
Dia mengenakan dress off shoulder lengan pendek paras lutut, bertumit tinngi dan berkaca mata hitam. Rambut yang biasa bersanggul tu dibiarkan lepas beralun. Gara-gara malam tadi punya pasal dia tak ada masa nak berdandan mahupun bersolek. Jadi perkara pertama yang muncul di depan mata itu la yang di pakai.
"Awak dah datang..." sapa Yuan setelah Reyna berdiri di tepi meja panjang di mana semua ahli meeting sudahpun tiba.
Masih sakit hati apa yang menimpa malam hari lahirnya Reyna buat tak layan. Semua ni salah Yuan. Kalau Yuan tak kenalkan Killian pada dia semua kejadian ni takkan berlaku. Dan dia takkan rasa apa yang dia rasa sekarang.
Furious and annoying!
Yuan berdiri apabila Reyna tak hiraukan sapaannya. "Reyna kenalkan ini adalah klien baru kita..."Yuan ajukan tangan ke sebelah kiri meja.
Reyna silangkan tangan ke dada lalu memandang orang yang ditunjukkan Yuan. Dan bila mata di balik kaca mata tu pandang klien mereka, perlahan-lahan mata Reyna terbuka luas.
Oh sh*t! Takkan la!
"Rian Stanvosky, Pengarah Syarikat T...kertas kerja yang awak handle dua minggu ni..dia adalah bosnya.."
What the-
Mujur la dia pakai cermin mata hitam ni. Kalau tak pasti lelaki depannya tahu akan identiti dia.
"Encik Rian kenalkan ini adalah ketua projek kita Cik-"
Reyna cepat-cepat berdehem. Gila apa!Kalau lelaki ni tahu na-
"Cik Reyna Salvatar..ya. Saya kenal kami dah bertemu.."lelaki tersebut terlebih dahulu beritahu.
Oh!
Kening Yuan terjungkit.
"Ya ke?"Yuan dan semua di situ pandang Reyna dengan serentak.
Reyna lirik Yuan setelah perasan tatapan dalam lelaki itu. Kenapa pandang dia begitu?Memangnya siapa yang bersalah dekat sini!?
"Kenapa berkaca mata?Tempat ni cukup gelap, cik silau ke?"tanya Rian berbaur perli.
Reyna yang dengar pandang dari shade hitamnya tanpa reaksi. Memangnya lelaki ini sengaja hendak mencipta masalah di awal pagi begini ke apa?Enggan memberi komen apa-apa Reyna terus mengambil tempat dan mula membuka laptop untuk presentation dia.
"Baik kita mulakan meetingnya jangan buang masa..."ujar Reyna yang selesakan diri lalu mula membuka fail dimana kertas projeknya berada.
Yuan dan Rian berdiri buat beberapa ketika sebelum duduk. Yuan yang tak tahu apa-apa cuma buat muka pelik yang curiga. Sementara Rian hanya menarik bibir seakan menahan diri dari tersenyum atau ketawa.
Sejam lebih itu, Reyna membentangkan idea dan konsep projek iklan untuk syarikat Rian termasuk la dari aspek kewangan,lokasi dan beberapa lagi aspek penting.
Dan sepanjang pembentangan tu tiada sesiapa bantah mahupun beri cadangan.
Pembentangan tu dah terlalu sempurna untuk mereka ubah dan complaint.
"Sekian.Itu saja dari saya."ucap Reyna setelah dia selesai memberi penerangan.
Ahli kumpulan lain yang telah membuat pembentangan pun rasa rendah diri. Tidak yakin yang pembentangan mereka akan diterima memandangkan presentation mereka tidak la segempak dan detail seperti Reyna punya.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...