Petangnya sellepas habis waktu kerja, Reyna singgah ke shopping mart untuk membelikan sedikit barang dapur untuk keluarga tirinya.
Yes,even stepfamily is such a pain in the ass , still mereka adalah keluarga ayahnya. Mahu tak mahu dia kena jaga mereka.
Reyna tidak mengharapkan apa-apa dari mereka, tapi itu la. Susahnya la nak dengar perkataan 'terima kasih' dari mereka. Banyak yang dia dapat hanya la....
"Ini je?Better tak payah. Dari bagi semua benda ni better kau bagi duit kan lagi berguna..." sungut Ryan masa tengok Reyna letakkan barang dapur atas meja makan.
Duit?Memang tak la. Reyna dah belajar dari kesilapannya. Jika dia berikan duit, tak sampai sejam duit tu dapat ianya dah lebur dibuat Ryan.
Membazir!
"Mana ibu?Senyap je rumah,Rudy kerja ke?"tanya Reyna yang langsung tidak menghiraukan komen Ryan sebentar tadi.
Soalan itu membuatkan Ryan meletakkan kaki atas meja kopi lalu menyilang tangan ke dada tidak puas hati semasa dia memandang tv dengan kening mencerun tajam.
"Main mahjung dengan makcik sebelah apartment....Ryan lepak la apa lagi." renggusnya dengan jengkel.
Reyna yang dengar memerhati sekeliling ruang tamu rumah itu dengan renungan redup.
Ruang yang dulu tempat dia bermain, bergelak ketawa bersama ibubapanya bermain dalam fikirannya. Perasaan hiba serta merta menerpa dada dia tiba-tiba bila mengingatkan semua itu.
Namun semua itu tinggal kenangan lalu.
Alangkah baiknya yang mati itu dia bukan ibunya. Alangkah baiknya jika dia dapat putar balik ke masa dimana keluarganya bahagia. Mungkin dia takkan menjadi seperti apa yang dia jadi sekarang.
Mungkin kalau semua musibah itu tidak terjadi, mereka masih bahagia. Dia masih dapat tersenyum, ayahnya tidak akan terlantar.
"Duit rumah dah bayar?"tanya Reyna sewaktu jalan mendekati bingkai gambar lama keluarga bersama ibunya. Sudah tidak tergantung malah terbiar di dalam kotak.
"Asal tanya aku pulak..ini kan rumah bapak kau...kau la yang bayar..tanya aku buat apa.."
Reyna kesat permukaan kaca itu lalu dibawa rapat ke dada. Lantas berpaling menghadap sofa dimana Ryan sedang duduk. Dia tenung dalam-dalam ke belakang kepala abang tirinya. Kalau dia ada kuasa laser, mahunya tembus renungan dia ke dalam tengkorak batu milik Ryan tu.
"Awak semua yang tinggal sini kan... sama-sama la tanggung. Takkan la semuanya Reyna yang kena tanggung?"kata Reyna dengan perlahan.
Ryan toleh ke belakang. Dia pandang menyampah ke adik tiri perempuannya beriak jijik. "Eh!Apa kau cakap tadi?Hei...tolong sikit rumah ni atas nama bapak kau...bukan kita orang. Buat apa kita orang yang kena bayar kalau nanti harta semua ni jatuh dekat tangan kau...lagi pun kau yang kerja kan..kau je la yang bayar.."
Reyna pandang kesal ke Ryan. Rasa nak marah tapi tak terluah kerana sudah muak. Bukan Ryan saja termasuk Rissa dan Rudy sekali. Tiga beranak ni sejak dulu sampai sekarang hidup goyang kaki je. Ayah Reyna jugak yang bertungkus lumus nak sara tiga beranak ni.
Sampai satu masa tu Reyna sedar yang Rissa kahwin dengan ayahnya bukan sebab cinta tapi kerana harta dan hendak hidup senang. Dulu memang la Reyna biarkan sebab ayah dia masih sihat walafiat, dan sekarang selepas ayah dia tak sedarkan diri, sabar dia tak boleh nak ditahan lagi. Mana boleh macam ni!
Dia pula yang kena tanggung biawak-biawak hidup ni.
Tanpa bersuara Reyna gerak ke beg tangan yang ada di atas meja bersama bingkai gambar keluarganya lalu disimpan ke dalam beg tangannya.
"Beritahu ibu, Reyna akan hantar orang untuk ambil semua barang lama dekat rumah ni..jadi pastikan dia tinggalkan kunci sebelum keluar.." pamit Reyna semasa jalan mendekati pintu...
Ryan yang dengar lambai tangan menghalau tak peduli.
"What ever..."Ryan menjuling mata menyampah.
Reyna tutup pintu rumah itu dengan perlahan sejurus keluar sebelum bergerak ke arah lif. Masih tertanya-tanya sampai bila mereka bertiga nak hidup macam ni....
Ding!
Pintu lif terbuka sebelum penumpang di dalam lif itu berjalan keluar lalu berselisih dengan Reyna yang kebetulan hendak masuk ke dalam.
Tanpa mengerling ke arah penumpang tadi, Reyna berdiri di situ lalu menekan butang turun. Perlahan-lahan pintu lif itu pun tertutup rapat.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...