Kematian tak pernah izinkan kita ucap selamat tinggal
Kosong.
Tiada apa yang dia rasakan sekarang ni. Sampaikan air mata pun tak boleh nak mengalir. Kalau orang lain dah meratap sedih dan meraung tapi tidak dia.
Hari tu cuaca cerah mendung, matahari tiada namun berangin. Dan tak ramai yang hadir di majlis pengebumian tu memandangkan ayahnya anak tunggal dan tiada sanak saudara selain sahabat handai.
Rissa berdiri dekat sebelah Rudy sementara Ryan cuma berdiri dekat tepi pokok dengan muka 'apa aku buat dekat sini' dia masa semua di situ memerhati keranda dimasukkan ke dalam lubang kubur.
Drr!Drr!
Getaran telefon pada poket dirasainya semasa melihat petugas kubur mengambus tanah ke dalam lubang kubur. Tanpa mengalihkan pandangan, dia seluk tangan ke dalam poket lalu mencapai telefon itu lalu panggilan tersebut di jawab.
"Mana awak Reyna?Kita ada meeting penting sekejap lagi ni..I need you here now.."minta Yuan dalam panggilan.
Reyna termenung memandang ke depan dari balik kaca mata hitamnya. Melihat tanah merah mulai menutup sepenuhnya lubang kubur ayahnya.
"I'm sorry. I can't make it."jawab Reyna.
"Apa yang berlaku dengan awak ni?Asyik mebghilang. Selalu tak ada dalam pejabat...masa meeting selalu mengelak?Penting lagi urusan awak tu sampai tak boleh nak beritahu?"bebel Yuan.
Reyna tundukkan pandangan dia. "Maafkan saya."ucapnya lagi.
"What happen?Why you can't tell me?"tanya Yuan bernada mengalah dalam panggilan.
"Jangan risau. Saya akan masuk kerja esok.." balas Reyna lagi. Dia tak nak susahkan sesiapa lagi. Dia tak nak simpati dari sesiapa. Dia bukan seorang attention seeker sampai perlu canang masalah dia pada semua orang. Jadi kalau Yuan nak marah dia lelaki tu patut. Salahnya jugak sebab keluar tanpa notis.
"You better...and one more thing..Jenny nak jumpa dengan awak..."
"Okay."angguk Reyna satu kali.
Sejurus itu panggillan itu diputuskan oleh Yuan. Reyna biarkan telefonnya melekap di telinganya buat seketika sebelum tangan dia jatuh ke sisi tiada tenaga.
"Perempuan tak guna!"laung Rissa tiba-tiba dengan lantang.
Dan bila Rissa angkat kepala untuk pandang ke arah suara tu, tiba-tiba saja satu tamparan hinggap di pipi kanannya dengan padu. Tak sempat nak bersedia, tubub Reyna tercampak ke tepi lalu jatuh terduduk di situ.
Semua pelawat yang datang berpaling ke arah Reyna yang sedang terduduk dekat lantai sementara Rudy yang keberangan berdiri di depan.
"Dasar pembunuh!Apa kau buat dekat sini hah!"soal Rudy sambil menunding jari ke Reyna. "Semua ni salah kau ayah mati...kalau kau tak pindahkan dia dan bawak dia jauh dari kami semua...dia masih ada.."
Masa tu Rissa tiba di situ lalu mencekau kolar dress hitam Reyna dengan kasar lantas memaksa Reyna berdiri.
"Apa kau dah buat dekat suami aku...puas hati kau sekarang?Yang dia dah meninggalkan kita semua?"marah Rissa sambil mengoncang Reyna macam Reyna tu anak patung.
Reyna hanya diam membiarkan dirinya diperlakukan begitu. Dia tak ada tenaga nak melawan atau beri reaksi.
Tubuh dia yang tak dapat rehat yang cukup kebelakangan ni benar-benar memakan dirinya sekarang. Ditambah lagi dengan insiden pemergian ayahnya. Ianya sangat berat untuk dia tanggung dalam satu masa.
"Suka la kau tengok kita orang terseksa macam ni..."nangis Rissa. Dia tak sempat nak buatkan Salazar tukarkan wasiat tu atas nama dia dan anak-anaknya, suaminya dah mati pulak. Semua ni salah perempuan tak guna depannya.
Ryan datang menyertai Rissa tak lama lepas tu. Dia tolak Rissa jauh dari Reyna lalu memeluk bahu mamanya dengan erat.
"Cukup...tak ada gunanya kita buang masa dengan orang macam dia ni..."ujar Ryan.
Rudy dekat belakang dah mengepal penumbuk dengan erat sampaikan urat belirat timbul. Dia hairan dan sakit hati. Kenapa?Kenapa Reyna sikit pun tak menangis apa lagi tunjukkan ekpresi sedih. Tak ada perasaan ke perempuan pelik ni?
Reyna berdiri longlai di situ sewaktu menghadap Rissa dan Ryan. Dia tenung wajah dua insan di depannya dari balik kaca mata hitamnya.
"Berhenti berlakon boleh tak..."komen Reyna dengan mendatar sambil membetulkan kedutan yang ada di pakaiannya.
"Apa kau cakap?"tanya Ryan dengan muka tak percaya.
Reyna tanggalkan cermin mata hitamnya. Mendedahkan dua pasang mata yang disolek gaya smokey eye dan bercelak hitam.
"Jangan malukan diri kalian di depan semua orang di sini.."pesan Reyna masa pandang Rissa. Bukannya dia tak kenal Rissa ni macam mana. Suka buat scene supaya nampakkan Rissa ni mangsa keadaan dan buatkan dia kelihatan jahat di depan semua orang.
Dan memandangkan ayahnya sudab tiada lagi, tiba masanya untuk dia singkirkan tiga parasit penghisap darah ni jauh daru hidupnya.
"Kau fikir diri kau tu bagus sangat ke?"desis Ryan dengan bengis pada Reyna.
Reyna silangkan tangannya ke dada lantas menjungkit bahu tak peduli. "Lihat la sendiri. Di mana saya sedang berdiri, dan di mana kalian sedang berdiri..."balasnya sebelum memakai semula cermin mata ke mukanya.
Rudy bergerak hendak menyerang Reyna semula, dan seinci semasa tangan dia naik hendak menyentuh Reyna semula, dengan bersahaja Reyna berdiri dekat depan Rudy lantas berkata.
"Jangan lupa. Pembacaan wasiat akan diadakan di mahkamah..and i hope i see both of you..or else..don't blame me if you got nothing.."sejurus itu dia berpaling dari situ.
Rudy yang tergamam hanya berdiri kaku memeandang tempat dimana Reyna sedamg berdiri. Ryan pula hanya mengetap rahang menahan sabar. Sementara Rissa sudah mengumam macam-macam kata carut.
Sebaik tiba di perkarangan tempat letak kereta, Reyna disambut empat lelaki yang segak mengenakan sut hitam dengan gaya masing-masing.
Dua darinya berkaca mata hitam, seorang bersandar pada kereta, seorang berdiri dengan tangan di dalam poket. Dua yang lain pula menyilang tangan ke dada dan jalan mundar mandir.
Terhenti seketika langkah Reyna di situ. Dia perhati mereka dengan lama sewaktu kehadirannya tidak disedari mereka.
Dia tertanya-tanya sekiranya keputusannya ini betul atau tidak!
"Dah ke?"tegur Killian semasa dia sudahpun berdiri di depan Reyna. Buatkan yang lain ikut mendekat lantas berdiri sekelilingnya.
Reyna angguk kepala dengan perlahan.
YOU ARE READING
7. Forever I'm For Yours
General FictionApa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna...